Assalamualaikum..
Terima kasih kepada feedbacks yang aku terima untuk 2 sharing sebelum ni, boleh klik kepada link di bawah untuk baca previous post tentang tips-tips simple untuk mula berniaga di Instagram.
https://iiumc.com/cara-
https://iiumc.com/cara-
Suka untuk aku katakan, selepas 2 sharing yang aku lakukan di sini, dan berkat doa-doa kalian, sales aku melonjak naik untuk Feb & March. Terima kasih banyak-banyak. Harap ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat buat semua. Dan aku harap ilmu ini akan dipanjangkan kepada sahabat-sahabat lain yang memerlukan kick-start knowledge.
Ada juga yang mengatakan apa yang aku share kat sini cuma boleh dapat dekat kelas-kelas berbayar. Aku tak nafikan aku selalu pergi kelas berbayar. Tapi, apa yang aku share kat sini, adalah info-info yang korang boleh dapat sendiri kalau korang rajin google dan korang tahu the correct keywords untuk dapatkan artikel berkaitan. Banyak lagi ilmu dalam kelas yang aku tak dapat kongsikan sebab nak hormat kepada cikgu yang mengajar dan takut tak dihalalkan sebab selamba kasik free kat orang lain. So, basically apa yang aku cakap kat artikel-artikel ni adalah samada aku found out sendiri selama berniaga, ataupun aku google. Ataupun aku baca buku – dan akan dikreditkan kalau ada.
Ok habis part disclaimer :) Kat sini aku berikan beberapa tips yang aku rasa penting. Semuanya secara random ikut apa yang aku terfikir ya.
8. Cara Menaikkan Followers
8.1 – Beli Followers.
Ramai jual followers dalam 3-4 tahun lepas. Harga beratus-ratus dan beribu-ribu untuk sejumlah fake followers. Actually kau boleh buka Fiverr.com, bayar USD 5 (RM 17) untuk 10,000 followers. Masa tu ramai jual fake instagram and facebook followers kat Fiverr. Dan disebabkan istilahnya Fiverr, semua transaction cuma berharga USD 5 walaupun kau nak buat logo sekalipun. Aku suka Fiverr sekarang sebab designer boleh charge lebih ikut pakej, so diorang dibayar dengan lebih berbaloi untuk hasil kerja diorang.
Tujuan beli followers ialah untuk kononnya naikkan ‘rating’ dan kepercayaan pembeli. Kedai A ada 10 followers dan kedai B ada 1000 followers, jual barang yang sama, kau beli kat mana?
Bila kau beli fake followers, semua akaun yang follow kau itu ialah fake accounts.
Instagram & Facebook constantly delete fake accounts. So, within a few days, 10 000 followers kau akan tinggal 7000 dan kemudian 3000 dan long after 0. Tapi by the time fake followers tinggal 0, masa tu kau punya real followers dah naik beribu-ribu so kau takkan perasan pun yang berkurang tu. It takes months jugak la.
Di mana dosa pahalanya? Tak jujur beb, tak jujur. Menipu. Aku dedahkan kat sini just to show you how cheap it actually is. Banyak je service provider yang offer real followers lah kejadahnya. Sila fikir kejujuran kau berniaga sebab itu lah yang akan menarik rezeki kau. Takyah carik kat Fiverr, dah takde pun benda tu. Service kat Fiverr tu pun dah mahal so sila bayar designer accordingly ya :)
8.2- Follow & Unfollow (Target Market)
Limit jumlah akaun yang boleh kau follow di instagram ialah 7500 akaun. Sehari kau boleh follow 500 orang (jumlah yang selamat. Lebih daripada tu, sila hati-hati).
Kalau kau takde duit untuk buat iklan, dan takde kawan nak buat swap review, apa caranya untuk kau tunjuk kat orang lain apa yang kau jual?
Caranya ialah kau follow orang.
Bila orang tu tengok, “Eh, ada orang follow aku lah, siapa ni?”
High chance dia akan buka IG kau kalau:-
1 – IG handle kau menyatakan bahawa kau jual apa yang dia nak beli (Inilah dia TARGET MARKET kau).
2 – Kalau dia taknak beli pun, dia nampak logo kau cun. So dia pun click nak tengok (LOGO YANG MENARIK ADALAH PENTING)
3- Kalau IG handle tak best, Logo pun tak best, at least pleasee la IG description kau boleh menarik orang untuk buka IG kau. Tu paling last dah tu hehehe…
Dan bila dia dah buka, biasanya human behaviour, diorang akan scroll 2-3 round, kalau gambar tak menarik, bye-bye.
Maka IG Page kau, gambar kena best-best ok!
Tapi bila kau follow orang, kena pilih target market.
Kau jual jamu, jangan follow orang yang suka bersenam. Kau kena la follow orang yang tgh berpantang atau makcik-makcik bawang yang nak ketat-ketat tu.
Kau jual baju budak, kau jangan la follow budak wechat yang seluar dalam pun mak bapak belikan. Diorang mana ada duit nak beli baju kau, huhuhu…
So, target market tu penting. Mana nak dapat?
Kau jual baju muslimah jenama A, kau pergi Instagram baju muslimah jenama B.
Follow followers diorang. Sebab followers diorang ialah orang yang nak beli baju muslimah atau orang yang suka baju muslimah.
Tapi even followers pun kadang-kadang tak aktif.
So kau pergi follow orang yang ‘LIKE’ photo baju-baju muslimah tersebut.
Atau follow orang yang komen kat gambar-gambar baju muslimah tersebut.
Curi followers? There’s no such thing. You’re just getting your extremely targeted markets.
Sebab 100 orang yang kau follow tu, ntah-ntah sorang pun tak follow ko balik ngahaha… tapi rezeki & customer kita kena continuosly cari.
Kau curi follower atau cantas seller, kalau kau komen kat gambar baju dia, “Hi, I ada jual gak, I jual lagi murah, meh beli ngan I”. Haaa… camtu memang kalau aku nampak pun, aku report page ko.
Ataupun lagi biadap, kau DM tepi customer-customer tu, kau bgtau kau jual barang yang sama lagi murah. Weh, please be ethical.
Kalau kau just DM diorang with simple broadcast message tu OK la. Perkenalkan diri kau dan mention yang Ig ko jual pakaian muslimah secara general. Tapi please jangan directly cantas seller lain, sama-sama cari makan beb.
Ok itu follow Target Market based on competitors.
Kau juga boleh cari customer based on hashtags. Tengok hashtags #bajuraya2018, tengok gambar yang highest like, follow orang yang Like-like tu. Ada rezeki, ada la yang tertarik ngan IG kau, dan maybe convert to sales.
This is free marketing strategy, tapi memang jenuh, hahaha… Kalau ada budget lebih, buat la FB and IG ads.. lagi professional & sales pun masyuk kalau kena caranya.
Actually ada aps yang memudahkan business owner follow dan unfollow ni. Download Follower Assistant. Kau boleh unfollow orang secara free. Kalau kau nak follow orang pun boleh tapi kena bayar RM 7.99 per month. Aku gunakan secara berhati-hati (means limitkan follow and unfollow kepada 500 sehari) dan apps ni sangat membantu.
Aku suka sebab dia boleh follow customer based on IG or hastags. Means, aku akan set untuk follow followers kepada IG lain dengan range masa tertentu. So aku takyah buat sendiri. Bebila bukak IG, ramai yang follow balik.
Untuk readers yang bukan seller, ampunkan kami. kadang-kadang korang notice, eh IG seller ni aritu follow aku, sekarang dah unfollow pulak. It’s never personal, everything was done randomly. To each of their own.
8.3- Follow & Unfollow (Celebrity)
Ada perkongsian yang mencadangkan kau follow celebrity dan 50 org suggested on the celebrity’s page. Aku buat dulu. Dalam masa seminggu, beribu-ribu followers naik.
Caranya? Pergi follow Nora Danish, sekarang.
Pastu akan keluar suggested people kat page dia. ko follow semua. lagi banyak lagi bagus. Dulu aku buat 300-400 sehari.
Kau akan notice, ramai follow kau. Kenapa?
Sebab kau muncul kat list follower celebrity-celebrity yang kau follow tu, dan masa kau baru follow tu, kau tengah kat top of the list.
Ada seller lain atau simply orang yang kumpul followers, suka follow followers kepada celebrity.
Bila dia bukak list followers celebrity, biasa la, diorang akan follow yang paling atas sampai kebawah, sejauh mana diorang rajin nak scroll. Masa kau baru follow, nama kau pun kat atas-atas. Sebab tu kau nampak ramai follow kau pastu.
Tapi they’re not your targeted market. They’re just following you for the hope that you’ll follow them back. Nampak tak gamenya kat situ? Basically sama je semua orang kan? Hahahahaa….
And later they’ll unfollow you. Kalau kau pasang any apps to track your followers, kau akan nampak pattern kat situ. Yang follow 100, yang unfollow 90. Ko pun pelik apesal figure tak naik-naik hehehe…
Pening dah? Heheh.. macam-macam cara kan orang buat kat Instagram? Basically apa yang aku tulis, adalah apa yang aku buat dan berhasil. Ada yang setuju dan ada yang tak setuju.
Yang tak setuju, sebab they’re proud of their products. Diorang nak orang acknowledge product diorang sendiri tanpa perlu diorang buat all these craps & cheap marketing. Which is true. Kau banyak duit, go ahead.
Yang setuju, yang rajin dan nak jimat duit marketing or belum pandai guna IG ads.
Yang tak setuju jugak, mangsa-mangsa yang kena follow and unfollow oleh seller-seller ni lah. Hahahahaha… sorry korang.
Anyway, I’m just pointing out the reality. Apa yang baik, ambil. Apa yang tak baik, tayah amik. It’s always open for discussion.
– Puan L
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit