Cara-cara Wanita Menjaga Diri

Assalamualaikum semua. Nama saya Siti, umur pertengahan 20-an. Sejak akhir-akhir ni terbaca banyak kisah terlanjur, ramai plak lahai. Jadi, nak berkongsi cara-cara menjaga diri pulak.

Ni tips yang saya amalkan sampai sekarang walaupun pernah duduk KL sorang diri.

Peraturan paling penting sebagai seorang perempuan, jangan pernah keluar malam. Ni yang mak saya pesan daripada dulu lagi.

Orang dulu2 cakap macam2 boleh jadi waktu malam. Waktu ni paling terbaik duduk rumah je jangan memandai keluar. Kalau terdesak, keluar ke tempat tujuan lepas settle sume terus cepat2 balik rumah jangan mengular.

Kedua, jaga batasan antara lelaki dan perempuan terutama laki orang. Fikir kalau die jadi suami kita nak ke orang buat bende sama? Ingat, kifarah ada.

Memangla die sweet bla bla, kalau ye pun yakin ke nanti tak buat bende sama kat wanita lain pulak. Untuk laki orang saya ade trick, confirm fed up punya. Bila die mesej, reply esok jawap sepatah je.

Saya dulu ade kawan sekerja laki orang nak ajak makan tapi bila buat macam ni tak dela pi jauh. Die tak benci pun, malah die respect die jaga macam adik sendiri. Ni untuk yang kenal, tak kenal block jela daripada menangis dikemudian hari.

Bile berdua dengan laki, jaga jarak ingat syaitan. Bile buat macam ni, diaorang pun faham. Takdenye nak pegang2 bagai. Jangan nak berdua dalam kete, dibawa kehotel ke. Lebih baik tunggu luar atau book grab je.

Ketiga, jangan mudah percaya orang. Saya baca ramai perempuan mudah cair dengan kata2 manis. Berjanji kahwin dah bagi maruah lepas kene tinggal baru menyesal.

Jadikan ni sebagai tauladan hidup, dulu saya pernah tengok drama sampai sekarang terbayang, perempuan tu mengandung last2 kene tinggal melahirkn anak sorang2.

Nak ke kehidupan kite macamtu? Fikir mak ayah. Saya dulu pun naif jugk mudah cair.

Tapi saya fikir mak ayah, saya belajar berkata tak nak, lepastu keluarlah perangai sebenar lelaki tu. Dari situ saya belajar perangai lelaki realiti kehidupan. Banyakkan tengok kisah2 realiti.

Kasihanilah dirimu sendiri dulu sebelum kasihan orang lain. Ko susah takdenye diaorang nak tolong ko, kalau bukan diri siapa lagi yang boleh ubah hidup seseorang.

Laki berjanji bagai pun jangan percaya tau, dieorg serius terus jumpa mak ayah. Ni yang mak pesan. Lagi bagus kenali family dia terutama mak dia, syurga ditelapak kaki ibu. Paling best kene rekomen mak dia, senangla kahwin nanti, hihi.

Ketiga, tanamkan di hati hidup ku m4tiku kerana Allah Taala. Buat sume bende untuk Dia bukan manusia biasa. Dia la yang berkuasa mengubah hati manusia.

Jadi buat ape lahai berkorban ini itu demi seorg lelaki padahal ade yang lebih layak. Saya baca confession sebenarnya agak sedih, ade Allah n mak ayah nak sedih apenye. Saya pernah masa susah, die datangkn pertolongan. Selalu berdoa mintalah ke Dia untuk jaga hati.

Keempat, buat matlamat hidup. Sayangnye sampai tak leh fokus belajar, padahal banyak orang diluar sana tak leh sambung belajar tapi teringin. Lihatlah orang2 disekeliling.

Sebagai perempuan, belajarlah ilmu2 untuk meningkatkan kemahiran sendiri. Buat matlamat contohnya 10 tahun nak ade rumah. Fokus bende ni buat sekarang, takdenye fikir perlu lelaki bagai.

Lagipun, nanti kalau kena tinggal takdela sedih sangat. Bila belajar banyak bende baru rasa ilmu yang ade ni sikit sangat.

Kelima, cari hobi. Bila putus cinta, takdela sedih sangat. Saya banyak kali putus cinta, sakit jugakla lama2 ok.

Sebenarnya tak bagus putus cinta cari laki lain, entahla bagi saya akan rasa macam tergantung kat dia. Lebih baik masa putus cinta biarkan sembuh sendiri dengan masa. Buatlah hobi2 tu, belajar hidup tanpa lelaki.

Bonus, kumpul duit banyak2, hehe. Untuk survival, boleh bershopping hilangkan stress. Berkawan tak perlu ramai2, satu dua waktu senang n susah. Pilih betul2. Tak berkawan pun takpe, macam sayala takdela serabut dapat yang jenis pinjam duit tak bayar.

Ok tu jela tips yang saya ada.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *