Cara Cari Jodoh

Assalamualaikum, nama aku Akane (bukan nama sebenar). Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi cara aku cari jodoh selepas terbaca artikel yang ditulis oleh cik Hayatul Husna bertajuk Love Yourself, (https://iiumc.com/love-yourself-2/).

Aku rasa sangat dekat dengan artikel itu, sebab umur kami sama 29 tahun. Dan sebab aku jumpa orang yang sedang alami benda yang sama dengan aku.

Dalam artikel ini, aku nak kongsikan cara-cara aku cari jodoh. Ada beberapa cara yang mungkin para jomblolillah boleh cuba.

1. Orang tengah

Aku dah gunakan cara ini waktu belajar dulu sebab senior dan kenalan lelaki aku pada waktu itu dalam kalangan para ustaz.

Jadi, waktu itu menurut aku pasti mereka ini tergolong dalam lelaki soleh. Lantas, aku gunakan kakak yang lebih senior atau orang yang dah berkahwin untuk bertanyakan status lelaki soleh tersebut.

Dengan harapan, jika lelaki soleh itu masih belum berpunya, aku mahu diperkenalkan kepadanya. Sebolehnya, carilah orang yang dipercayai dan amanah. Kalau nak diikutkan dah 13 kali aku taqdim lelaki soleh.

2. Website Cari Jodoh

Okay, setakat yang aku tahu ada 3 website yang betul-betul ramai orang guna di Malaysia. Baitul Jannah, Till Jannah dan Baitul Muslim.

Aku ada daftar di ketiga-tiga website ni. Seronoknya apabila menggunakan website ini, mentaliti ahli-ahli yang berdaftar memang semuanya ke arah perkahwinan.

Namun, kekurangannya adalah apabila kita akan lebih jadi orang yang judgemental dan skeptikal dengan pekerjaan ataupun taraf pendidikan seseorang, walhal kita masih belum mengenali mereka.

Kelebihannya berbanding Tinder dan Omi (yang aku bayar harga subsription untuk dapatkan features premium) adalah memang kita akan dilindungi daripada lelaki gila s*ks, ‘open minded’, nakal bak kata diorang yang hanya mahukan badan perempuan.

Nah, aku dah cakap. Geli lah b0doh orang yang memang nak kenal untuk buat s*ks ni.

FWB lah, ON, dan lain lain. Dah tu kenapa bayar harga premium? Kaulah b0doh.

Haah, memang pun tu harga kebodohan aku sebab aku fikir orang-orang kat Tinder ni highly educated lah kononnya. Dengan harapan aku jumpa lelaki idaman aku tu, aku jumpa lelaki gatal dulu.

Mungkin ada success story, aku tahu ada, tapi nasihat aku di akhir zaman ni, jauhilah apps dating begitu.

3. Senior Tempat Kerja

Bila kau dah berumur 29, sudah pasti tempat kerja kau banyak senior sekerja kan. Makcik cleaner pun senior kehidupan juga. Rajin-rajinlah berkawan dengan mereka. Kemudian, nyatakanlah hasrat hati untuk mencari jodoh melalui mereka.

4. Grup FB/Whatsapp

Ya, kau tak salah baca. Kalau kau memang nak kau akan buat. Cayalah cakap aku. Aku pernah letak template bahawasanya aku Akane binti Mat kriteria begini mahu mencari calon sebegini. Aku post kat grup whatsapp alumni sekolah, aku pernah post kat IIUM Online dengan bantuan adik aku.

5. Ibu bapa/Guru

Aku tak tahu mak ayah orang lain, tapi mak ayah aku beserta nenek kedua dua belah aku memang tak nak carikan. HAHA. Entahlah, aku rasa diorang ada je cari dan risikkan. Tapi aku rasa diorang tak de calon yang berkenan di hati agaknya.

Tapi nenek aku cakap, nenek pun tak carikan untuk mak kau. Mak aku pula cakap, macam jual anak pula. Adeyh. Tapi takpe, aku dah luahkan isi hati aku. Kerja aku dah selesai.

Selain ibu bapa, kita akan ada guru dan pensyarah yang rapat dengan kita. Bolehlah minta mereka tolong kita carikan jodoh. Sampaikan hasrat hati pada mereka

6. Isi borang taaruf jemaah

Ini untuk orang yang ada dalam persatuan atau jemaah. ISMA, PAS, UMNO, IKRAM, dan lain lain. Pasti ada satu unit yang menjaga kebajikan ahli dan membuka borang taaruf jemaah.

Meskipun dikatakan borang perempuan lebih tinggi dari borang yang disubmit lelaki, tetapi aku dengar borang ini dibuka juga kepada lelaki soleh yang bukan ahli. Lantas harus dicuba dong, isikan borangnya.

Aku siap dapat whatsapp dari Makcik Kiah bertanya status dah kahwin ke belum. Berbunga hati aku. Tapi sekali tu je dia tanya. HAHA. Mungkin whatsapp survey atau dia pun buntu sebab yang reply ramai lagi perempuan belum kahwin.

Jadi, sebenarnya aku dah jumpa jodoh ke belum ni? Jawapannya, belum.

Aku masih belum jumpa jodoh lagi. Jadinya, aku pun semakin stress lah dalam pkp ini. Sebab aku rasa aku dah buat semua cara. Tinggal belum print banner macam abang kat Terengganu hari tu je. Nanti mak ayah aku tak ngaku aku anak diorang pula.. hahaha.

Aku jadi sedih, mental koyak, degrading dengan lelaki gatal kat Tinder. Sampailah aku sedar, mungkin banyak kurangnya pada ibadah aku. Aku boleh baiki lagi doa aku. Sedekah aku. Macam macam lagi lah.

Lagi pun, siapa aku untuk persoalkan takdir Allah Yang Maha Mengetahui akan perihal jodoh aku. Tinggal sahaja aku berusaha. Aku kena yakin, sabar aku, usaha aku, air mata aku menahan rindu yang tak terucap, sakit aku menahan nafsu semuanya ada pahala di sisi Allah.

Aku masih juga boleh mendapat syurga melalu ibu bapa aku. Sudah cukup kah usaha aku membahagiakan mereka?

Jadi, daripada aku tunggu syurga melalui suami. Baik aku berbakti pada syurga aku yang ada depan mata aku. Usaha aku untuk baiki ibadah, jaga solat, jadi anak solehah pun akan jadi magnet buat jodoh aku.

Semoga aku juga berjumpa dengan lelaki soleh yang jaga mak ayahnya. Jodoh kan cerminan kita. Kita hanya akan menarik orang yang sama dengan kita.

Jadi sekarang, aku berdamai dengan takdir. Aku berdamai dengan diri sendiri. Aku perlu sayang diri aku dulu baru dapat aku sayang orang lain. Apa lagi cara-cara lain yang pembaca boleh kongsikan? Bolehlah kongsi di ruang komen untuk panduan bersama.

Kepada jomblowan jomblowati yang lain, tiada apa yang kurang pada diri kalian. Percayalah bahawa kalian sangat sempurna, solehah, dan cukup.

Allah sayang kita, Allah uji dengan perkara yang kita mampu. Nikmatilah fasa pencarian ini dan yakinlah ada ganjaran besar di sebalik ujian ini. Sabar itu berpahala.

– Akane Sama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *