Cara Cari Peluang

Disebabkan gua tiada masa untuk menulis panjang- panjang, gua akan ringkaskan panduan ini dalam bentuk bullet point bagi senang hadam.

Selepas SPM/sebelum mengikuti kursus pengajian:

1- pastikan sebelum memilih untuk ke matrikulasi atau mana-mana IPT/A, tahu serba sedikit prospek pekerjaan dan minat masing-masing. Kalau dari darjah 1 memang tiada target dan goal dalam kehidupan tidak mengapa. Tapi selepas SPM patut sudah ada sedikit klu nak jadi apa dalam hidup

2- Kalau boleh sila belajar di IPT atau institusi awam. Murah.

3- sebelum itu, buat sedikit carian di internet mengenai peluang pekerjaan. Mulakan dengan Jobstreet
3.1 – Buka Jobstreet dan search bidang-bidang yang akan dipelajari nanti
3.2 – Dari situ, kita boleh lihat pasaran pekerjaan; jumlah gaji yang bakal diterima, expectation majikan, jenis-jenis qualification yang diperlukan, dan berapa banyak kekosongan dalam satu Malaysia
3.3- Jumlah kekosongan itu penting untuk tahu. Contoh: Hasil carian pekerjaan physioterapist di Jobstreet pagi ini membawa dapatan sebanyak <10 peluang pekerjaan. Manakala optometrist atau optician dengan 4 pekerjaan kosong.
3.4 – Dari pada kajian ini boleh dah buat kira-kira apa bidang yang ingin diceburi

4- Kalau tak sempat buat kajian dah pun masuk bidang tersebut, sila tukar bidang. Segalanya belum terlambat. Yang penting ada sedikit klu tentang apa yang hendak dibuat nanti.

5- Kalau masih blur juga maka teruskan pengajian tidak mengapa. Kalau boleh sewaktu di Uni atau pengajian, sedaya upaya dapatkan pointer 3.0 ke atas. Kebanyakan syarikat nak fresh grad dengan pointer macam itu. Kalau tak dapat tak mengapa. Teruskan ke langkah seterusnya.

Grad

6- Selepas grad sila buka akaun- akaun ini
6.1 Jobstreet
6.1.1 – Pastikan resume anda cantik.
6.1.2 – satu hari pastikan apply kerja kosong sampai 20-50 jawatan
6.1.3 – Kebanyakn jawatan di jobstreet akan menggunakan “robot” untuk screen certain keyword dalam resume
6.1.4 – pastikan resume korang dilengkapi dengan keyword-keyword penting sebelum update
6.1.5 – guna jobstreet balik untuk pastikan keyword tersebut ada. Contoh jawatan civil clerk: perlu ada keyword supervising/monitoring. Buat huraian sikit apa yang ko pernah monitor dan supervise.
6.1.6 – asalkan lepas screening robot, mesti ok
6.1.7- petanda employer dah view resume korang tu menunjukkan ko berada di jalan yang betul.
6.1.8 – guna priority application di jobstreet dengan bayaran yang rendah
6.1.9 – untuk mengelakkan dari ditendang oleh robot, kadang-kadang iklan di Jobstreet disertakan email job poster di bahagian bawah. Emel terus kepada beliau.
6.1.10 – tulis emel cantik-cantik. Hantar emel banyak-banyak direct kepada HR atau job poster
6.1.11 – Jangan buat kesalahan ejaan atau grammar. Sekarang zaman teknologi. Ada banyak apps untuk semak grammar dan ejaan. Download dan pakai. Chrome extension pun bersepah
6.1.12- Bukak emal gmail. Pakai la nama penuh untuk email ini. Kasi official sikit.

6.2 – Linkedin
6.2.1 – Pandaikan diri guna button search untuk cari pekerjaan yang diminati
6.2.2 – Sentiasa connect dengan recruiter atau headhunter di linkedin. Lebih banyak lebih baik
6.2.3 – apply jawatan dalam linkedin sampai muntah
6.2.4 – linkedin juga boleh suggest keyword2 penting agar resume boleh di-pick up oleh “robot”

6.3- Daftar di agensi-agensi pekerjaan seperti Kelly, Adecco dan sebagainya
6.3.1- Daftar sebanyak mungkin agensi. Bekalkan mereka dengan profile dan resume anda

7- Resume.
7.1 – resume mestilah cantik, padat dan tepat.
7.2 – semak ejaan berulang kali.
7.3- pastikan include pencapaian dan projek- projek sewaktu di uni atau di pekerjaan yang lama
7.4 – highlight dan elaborate perkataan seperti cost saving, management skill atau projek2 yang pernah dibuat dahulu.
7.5 Huraikan resume dalam bentuk padat. Jangan bagi dalam bentuk bullet point.
7.6 – Jangan ulas balik job description dalam bentuk bullet point. Tetapi huraikan.
7.7 – resume tidak perlu terlalu fancy. jangan ikut template yang fancy sangat. Malaysia masih belum ready untuk itu.
7.8 ada banyak template resume online. Tapi boleh rujuk yang ini. Yang ini bukan tempalte, tapi resume macam ini yang menarik perhatian https://www.businessinsider.com/why-this-is-an-excellent-resume-2013-11
7.9 – Satu pekerjaan untuk satu resume. Jangan tibai resume sama untuk pekerjaan berbeza. Kalau malas, boleh tapi kena ada skill. Tu lain kali.
7.10 – Kalau resume kosong, guna lah imaginasi korang, yang penting kena pandai gebang. Nak gebang pun kena ada ilmu. Katakan korang pernah jadi ahli dalam satu projek, ahli yang paling tak signifikan. Masukkan dalam resume, gebang sikit, elaborate sikit. Google apa projek-projek yang pernah dibuat civil clerk, contohnya. Atau kerja civil clerk. Yang ini nak cerita panjang. Yang penting kena pandai.

Ada banyak lagi nak tulis. Tapi masa tak mengizinkan.

ps; orang melayu ni kalau diberi peluang ok je. Sekarang ni fokus nak dapatkan peluang dulu, iaitu peluang interview.

– Abang bukan Sajat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit