Cara Cari Soft Skill Sebelum Cari Kerja

Terima kasih admin untuk menyiarkan “confession” ini. Aku lepasan graduan universiti terkemuka tempatan dan aku nak bagi nasihat sikit kat lepasan graduan di luar sana yang masih menganggur. Ok. Ramai mahasiswa/i selalu merungut, “aku baru grad tapi majikan semua nak orang yang dah ada pengalaman kerja” / “kita nak kerja untuk pengalaman. tapi majikan nak hire orang yang ada pengalaman bekerja…cannot brain???”

Ok you know what, this is how it actually works. And it is NOT something your seniors, your teachers, or lecturers would tell you. Kita grad umur lebih kurang 22-25 tahun. 22-25 tahun tu lama, awak. Lama. Habis SPM, ada nak dekat setengah tahun jugak la nak tunggu masuk asasi/matrik/diploma, kan? Gunakan masa tu untuk cari pengalaman bekerja. Tak kisah kerja mana. Kedai runcit ke, kedai buku ke, supermarket ke. Biarlah kerja susun barang sekali pun, asalkan ada pengalaman pernah bekerja dengan orang. Itu maknanya kita TAHU bagaimana caranya untuk bekerja. Tahu terima arahan. Tahu serba sedikit nak berkomunikasi dengan superior macam mana, nak communicate dengan team, denagn customer macam mana. Itu yang majikan nak. Our soft skills. Dulu lepas SPM aku kerja wayang kot. Jual popcorn. Memang la jadi kuli sekejap. Kita la yang mop lantai, tukar minyak, tapi TAKPE. Sebab itu semua pengalaman dan lumrah berada di bawah. Besides, we all have to start somewhere. Berbulan-bulan jugak la aku kerja tapi semua tu berbaloi sebab akhirnya aku dapat anugerah Best Employee tiga bulan berturut-turut. Kisah tu habis kat situ sahaja sebab kemudian aku sambung belajar.

Kemudian asal ada cuti sem je mesti aku akan cari kerja. You name it. Kedai runcit, translation kecil-kecilan, kedai buku, kedai makan, pernah aku buat semua tu. Anak orang tumpahkan makanan, dia muntahkan makanan, kita mop. Itu biasa. Tapi pengalaman yang aku dapat sangat berbaloi. The point is, jangan memilih. Sat lagi, guna la masa mana2 yang ada untuk cari pengalaman bekerja. Sebab employers akan hire orang yang reliable, yang boleh terima arahan dengan baik. Sebab takkan ada orang nak hire orang yang malas, tau rebel diam2 tapi tak buat apa untuk improve diri sendiri.

Alhamdulillah sekarang aku dah bekerja tetap dalam bidang professional dan ini yang aku belajar dari kehidupan. Your soft skills are priceless. Jangan siakan peluang. Good luck semua dalam kehidupan masing-masing. Aku doakan semua akan berjaya duni akhirat. Amin.

– Yang Benar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit