Asslamualaikum admin, terima kasih kalau update post aku, ini confession aku yang ketiga (alhamdulillah, admin publish) untuk confession kali ini, apa yang aku nak cerita ni adalah based on pengalaman aku sendiri. Sekarang aku tengah bekerja, jawatan dan gaji yang agak menarik even aku belum officially graduate. Apa yang aku tulis ni semoga menjadi sumber inspirasi kepada graduan-graduan di luar supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
Pertama sekali, ada setengah universiti yang praktikal tengah semester dan ada yang di hujung semester. Walau apa sekali pun, masa tengah final semester tu, please be ready with the next stage of life. Kita tak akan stuck di universiti selamanya unless kita kena extend terlalu lama, jadi sila fikir ke depan ya adik2. Masa last semester, get ready with your CV or resume, zaman sekarang usually majikan lebih suka graphic cv or resume. Zaman dah moden boleh search template atau beli template dengan harga RM 10.00 shj. Jangan kedekut sangat. Tapi memandangkan aku orang yang suka grafik dan photoshop, cv aku, aku design sendiri.
Kedua, mula berjinak jinak dengan JobStreet dan other job seeking website, jangan tumpu semata mata dekat JobStreet. Masukkan pengalaman praktikal dan tulis sedetail mungkin apa job scope korang sepanjang internship tu. Ketiga, jangan memilih atau demand yang terlalu tinggi, perlu sedar anda beginner, ilmu pekerjaan masih 0, environment bekerja dan study sangat berbeza. Tak kira pointer kau berapa sekali pun, jangan demand, tunggu 3 tahun ke atas dulu kerja, lepas tu demand lah puas2.
Sepanjang aku intern lebih beratus-ratus job application aku apply, tak kira kerajaan mahupun swasta. Dan lebih kurang berpuluh puluh interview aku attend, sampai aku dah menyampah dah nak intro about myself. Aku nearly give up dan penat. Daripada semua tu, aku dapat offer lebih kurang 10, tapi aku fikir pro and cont setiap job offer yang aku dapat. Dan finally aku pilih the best one untuk aku.
After a few days intern dah habis aku terus masuk kerja ke company baru. Even masa aku intern company yang aku intern memang nak aku masuk company tapi tak ada vacancy, jadi aku pun membawa diri. Huhuhu. As a intern, korang perform lah sebaik mungkin, jangan rasa intern ni kerja photostat semata mata, aku interm setengah tahun, kerja exec pun aku cover, mana tahu ada rezeki lepas habis intern boleh sambung situ. But to those yang kurang bernasib baik, sila prepare diri sendiri, tak salah sediakan payung sebelum hujan. Jangan jadi pahat dengan penukul. Bina lah diri sendiri dari sekarang. Kita masih muda, perjalanan masih jauh ke hadapan, jadi siapa lagi yang dapat majukan diri anda kalau bukan anda sediri?
Sekarang kerajaan dah kenal kan program SL1M untuk graduan, jadi gunakan lah opportunity yang ada untuk grab peluang yang di beri, jangan rasa amount yang di bayar tu tak setimpal dengan penat lelah buat ijazah. Try ja dulu, kita tak tahu rezeki yang mendatang ke depan, jadi banyakkan berdoa dan solat sunat dhuha untuk dimurahkan rezeki dan keberkatan hidup. Itu sahaja yang mampu aku tulis, semoga kita semua menjadi graduan yang hebat seiring dengan kelayakan kita. Satu pesanan, kalau nak berjaya jangan lupa bawak Allah s.w.t. sebab itu tunggak utama kejayaan kita. Assalamualaikum.
– Qistina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit