Cara Hadapi Situasi Jika Anda Berhutang

Salam a’laik

Bismillah.

Penulisan ini adalah berkenaan Abang F yang dibebani hutang ayah 20 tahun.

Memandangkan saya berumur 20-an serta bujang dan abang sekitar 30-an & dah kahwin..saya panggil abang ya.

Saya bajet muda gitu khenn..okok gurau2 sahaja ya.

Pertama sekali, ingin saya ucapkan tahniah & Alhamdulillah. Abang F menyayangi orang tua yang merupakan kunci2 khazanah syurga.

Selain kalimah Tauhid, mentaati dan menyayangi ibu bapa adalah antara syarat2 ke taman syurga.

Memandangkan nasi sudah menjadi bubur @ beban hutang sudah di pundak abang, ingin saya syorkan kaedah2 penyelesaian berikut.

Moga Allah Ta’ala hilangkan permasalahan abang sekeluarga kemudian usaha penulisan saya yang serba sedikit ini boleh membantu ya.

1. Jaga hubungan keluarga

Abang F ada menyatakan hubungan abang dengan ayah makin renggang. Saya syorkan abang teruskan berbuat baik kepada ayah abang ya.

Hubungan silaturrahim yang baik dalam keluarga menjamin kesinambungan rezeki dan umur berkah ya.

Hadith Rasulullah (Selawat & Salam atas Baginda)

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung hubungan rahimnya.” (Muttafaqun ‘alaih dari Anas radhiyallahu ‘anhu)

Buat macam biasa..bawak buah tangan bila pergi melawat ya. Lupakan sahaja kawan2 ayah abang yang meninggalkan begitu sahaja. Allah Maha Adil.

2. Sabar & Syukur dalam menangani ujian

Dalam hidup ni masing2 ada ujian sesuai dengan kadar kemampuan. Saya yaqin abang mampu menghadapi kemelut ini dan akan berjaya keluar dari masalah tersebut.

Saya juga turut diuji, dari budak kelindan sempadan siam bergaji RM300 hinggalah terlibat dalam bidang kewangan gaji besar. Semua itu ujian pada saya…supaya sabar dan syukur.

Terjemahan Surah Al Hadiid 21
Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Terjemahan Surah Al Hadiid 22
supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan , Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

3. Mencari keberkahan dalam hidup
Hakikatnya yang ini abang sudah laksanakan. Abang F cari kerja halal, isteri abang menjadi pendidik di rumah.

Sudi susah payah dengan abang. Abang pon berterima kasih dengan dia. Saya doakan abang dibuka kan rezeki lagi kerana bersyukur ada isteri macam akak F.

Terjemahan Surah Ibrahim 7
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”

Sebab nama Abang F jadi saya panggil isteri abang akak F ya…jangan maraaaa.

Satu lagi bila dah kaya nanti, hargailah akak F ya, jangan nak ngada2 pasang patung emas plak…ahaksss.

4. Gaya hidup sederhana

Yang ni juga, abang F dah lakukan, Alhamdulillah. Teruskan dan istiqamah ya. Bila dibukakan rezeki bawalah jalan2 keluarga abang Cuti2 Malaysia.

Take a breather, ayat omputih gitu.

5. Hadkan pemberian wang/elaun

Orait, dah masuk bab teknikal sikit.

Daripada pemerhatian saya yang serba terhad terhadap penulisan abang F, abang tidak meletakkan had dalam bantuan kewangan mak, ayah dan adik abang.

Letakkan had ie RM300 elaun, atau RM250 elaun minyak.

Nampak berkira, tapi ini perlu untuk elakkan masalah rumah tangga abang ya.

Ni kaedah masalih mursalah. Antara 2 yang buruk tanpa alternatif baik, pilih yang paling kurang mudarat.

Kalau mak ayah serta adik abang masam mencuka, buat macam biasa. Bawak sahaja buah tangan hujung minggu. ok?

Tak perlu ambil hati kalau mereka buat perangai budak2 ya. Janji tak derhaka, atau tinggikan suara terahadap mereka.

Be strict & responsible with your cashflow.

6. Elak pedulikan kata2 orang orang serta fokus pada penyelesaian.

Maaf kalau ayat kasar, Abang F kena berhenti fikir tentang apa orang kata, apa mak ayah kata, masalah ayah bayar hutang separuh, orang sekeliling kata & isteri mangsa fitnah.

Stop asking sympathy and focus on solutions rather than problems…ok?

7. Mencari Modal Sosial

Elak fikir nak bagi mak ayah serta adik, abang nak faham situasi.

Abang jalan terusss…perh..ayat macam Puan Ainon.

Analisa saya, abang terbeban dari segi kewangan dan sudah mengurangkan kos gaya hidup. Jadi solusi nya adalah menambahkan pendapatan.

Mula lah cari balik kawan2 abang yang berniaga atau usaha cari kawan2 yang jenis berjaya dalam perniagaan.

Sebab saya jenis tak kapel, hujung minggu disamping saya jumpa keluarga saya, orang2 bisnes pun saya jumpa. Dengan ini saya boleh cedok ilmu dan menggunakan kemampuan mereka.

Cth : Menggunakan Kelebihan kawan2 (Leverage)

A tahu buat biskut sedap
B ada duit
C ada masa
D pakar pemasaran media sosial.

Saya boleh minta A (operator) fokus buat biskut raya, minta D buat pemasaran online (dapat duit komisen), C fokus kepadapenghantaran/delivery ( dapat duit servis caj).

Saya dan B (pelabur) akan membeli perkakas & alat dan menyewakan kepada A.

Learn to create a win-win situations.

Abang banyakkan kawan2 serta modal sosial ya. Leverage on their resources & expertise.

8. Menstruktur semula hutang

Abang ada aset seperti kereta, rumah atau tanah?

Refinance semula kereta atau rumah . Gantikan dengan loan baru dengan kadar faedah lebih rendah. Kalau ada tanah, gunakan sebagai gadaian untuk dapatkan lebihan tunai.

Langsaikan sebahagian hutang lama tu ya. Boleh abang rasa lega sedikit.

Saya merasakan hutang oleh ayah abang adalah hutang peribadi (personal loan). Tu yang sakit membayar tu.

Hutang bersandarkan aset kadar faedahnya kebih rendah dan lebih lama tempoh pembayaran.

Wallahua’alam

Kesimpulan

Oklah, panjang juga saya berceloteh. Kami doakan abang agar pemasalahan ini diselesaikan dengan baik. Doa baik2, sabar dengan ujian, syukur dengan nikmat Allah Ta’ala bagi.

Bila dah senang jangan lupa banyakkan sedeqah ya.

Alhamdulillah.

Salam a’laik.

– Abdullah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit