Untuk part I, (https://iiumc.com/cara-
Assalamualaikum dan hai. Aku NA dan umur aku 20. Ya intro sama cam part I hahahaha. Beberapa hari lepas aku ada bagi tips untuk hilangkan daki dan bau kepam. Aku macam terharu dan rasa nak peluk sorang sorang lepas baca komen korang hahahaha.
Sorry la weh aku memang suka excited benda benda kecik. Aku syukur jugak sebenarnya ramai orang share. Moga kita tak diketepikan dan dipandang rendah lagi sebab berbau eh.
Ok ramai gila orang comment pasal deodoran Smelly No More. Best kan deodoran tu? Tapi ada jugak yang cakap tak sesuai malah lagi berbau. Ok semua produk produk yang aku suggest tu tak semua okay untuk setiap individu tau. Korang kena cuba dulu pastu baru tahu sesuai atau tak.
Aku nasihatkan beli yang kecik dulu. Kalau tak ok tu basuh bersih bersih batu tawas tu kemudian bagi dekat abang atau kakak. Sapa sapa jalah yang hang nak bagi hahahahha. Supaya tak membazir ha gituu. Nak buang oso can, no hal.
Ada jugak orang bagi tips kalau batu tawas tu jatuh pastu pecah. Alooo cian eh pecah. Hahaha jangan risauuuu, boleh baca comment dekat part I okeh. Ada orang dah bagi solution kalau pecah.
Aku sebenarnya ada sebab buat part II ni. Aku nak suruh beli sunblock. Aku lupa gila nak share pasal sunblock walhal sunblock penting amat ye. Eh amat penting. Ya aku paksa beli ni kalau belum ada. Sunblock lah benda paling penting dari buat assignment lecturer bagi hahahahahahahah kk sorry madam.
Ok sambung. Aku nak korang beli sunblock biore yang warna kuning tu (SPF 50). Harga dalam RM15 gitu ja. Cam beshe, dekat watsons atau guardian. Aku rasa watsons guardian dah boleh sponsor aku kot. Berus watsons tu dah out of stock belum?
Tolong ah beli, aku ni jarang bohong. Maksudnya ada la jugak bohong kan hahah tapi beli la woi aku paksa ni! Untuk kebaikan dan keharmonian rumah tangga kalian jugak elelele.
Weh japp, aku baca ada sorang ni comment. Korang hati hati lah kalau beli body brush dekat L***** atau S*****, tengok dulu description pasal produk. Sebab ada banyak kedai dari overseas jadinya takut kalau ada boar bristle (bulu khinzir), aku taknak nanti ada apa apa pulak kat badan korang. Cukuplah perangai macam binatang tu eh. Beli ja dekat watsons, senang pun senang kan.
Lepas beli boleh sental badan terus. Pastu rasa la perasaan macam aku rasa. Feeling dia walaupun setiap hari berus tetap lain weh hahahaha sumpah!! Aku setiap kali nak mandi mesti excited. Aduh tak tipu niiii. Ha ada orang comment jangan guna body brush tu lebih dari 3 bulan, ni berkaitan dengan kebersihan lah. Ada duit tu beli ja baru sebulan sekali.
Sambung balik pasal sunblock. Ha aku ni jenis tak guna cleanser toner apa semua tu. Aku rasa leceh. Tapi rasa malas macam mana pun sunblock tetap kena apply kalau keluar rumah. WAJIB! Sebelum keluar tu dalam 10-15 min, apply dulu sunblock dekat muka dan tangan tau.
Ada ja sunblock yang mahal tapi aku ni jenis malas nak keluar duit banyak banyak hahaha. Bukan kedekut cuma tengah jimat hehehe. Dah beli sunblock tu jangan lupa guna makeup remover untuk remove sunblock kalau nak solat. Boleh beli garnier atau apa apa brand yang korang suka okeh. Tak mahal pun. Beli yang kecik pun ok dah, ikut lah heheh.
2 hari lepas aku cari scrub tau. Pastu kannnnnnn, aku jumpa scrub ni dekat Yubiso. RM6 ja weh! Boleh bayang tak reaction aku bila jumpa scrub ni?! Aku rasa macam nak guna scrub tu masa kat situ jugak! Aku tak boleh la hahahahah. Nak lagi ka aku bagitau perasaan aku guna scrub Yubiso ni sambil gosok guna berus Watsons? Tak tahu dah perasaan dia. Best nak mam. Nikmat mana lagi hang nak dusta ni?
Inilah cara kita hargai diri kita girls. Jangan lupa sayang diri kita dulu tauuuuuu. Okay boleh beli jugak scrub Yubiso tu. Aku tanya kak tu scrub yang kasar, dia bagitau cuma ada 1 jenis tapi 2 flavour iaitu Roses dan Lavender.
Aku beli Lavender tapi aku rasa macam nak beli Roses jugak hehehe. Aku scrub cuma dekat badan, aku tak scrub dekat muka tau. Scrub muka boleh try brand St. Ives atau any brand dekat guardian watsons. Muka berjerawat dilarang guna scrub muka #amaran
Ok last eh last, aku nak suggest la jugak lip balm. Aku ni sebenarnya tak suka makeup, tapi kalau tak letak apa apa kat bibir rasa kosong lak kan. Nampak macam tak sihat, pucat pulak tu. Jadi aku sarankanlah untuk para remaja atau mak mak yang tak suka lipstick tu boleh beli lip ice.
Harga dia aku beli haritu RM17 macamtu. Ada 3 flavour. Wow flavour eh. Ada strawberry, mixberry & fragrance free. Hang tengok lah mana suka, aku prefer mixberry. Rasa dia comel comel dan tak sakit otak sangat hahaha. Kalau bosan boleh jilat sikit eh jangan jangan. Aku suka gilaaaaa sebab bila pakai terus colour dia keluar pink pink macamtu. Sorry eh excited lagi.
Aku rasa itu saja kot yang aku nak share buat masa sekarang. Entah la kalau esok aku rasa nak share lagi aku share ah hahaha.
Aku rasa nak listkan produk produk yang aku suggest korang beli tu. Price range tau aku bagi bukan exact price.
– Wooden Body Brush Watsons (untuk daki) RM10
– Syahirah Vitalis Dazzling (mist) RM17
– Smelly No More (deodoran) RM15-25
– Serum Garden of Eden RM35-45
– Aloe vera brand Palmer’s RM17
– Sunblock Biore botol kuning SPF 50 RM15
– Scrub Yubiso RM6
– Lip balm brand Lip Ice RM17
Aku harap sangat tips yang aku share ni bermanfaat untuk semua. Sudah sudahla gelakkan wanita berbau kemudian cakap wanita tak pandai jaga kebersihan diri. Wanita pulak jangan bagi dah laluan untuk kaum adam cakap macamtu dekat kita. Janji eh!!!!!!!
Share link ni dengan kawan kawan korang yang hadap masalah bau badan tau. Share personal jangan dekat group whatsapp pulak. Nanti sorang sentap pastu main left group aduhhh complicated betul wanita ni hahahah.
Aku nak kalau boleh viralkan produk produk ni biar sentiasa out of stock! Takleh diam la kalau produk bagus aku mesti nak share. Comment lah kat bawah kalau korang ada produk produk yang best. Tak kisahlah untuk rambut, kaki, muka. Tulah patutnya tajuk confession ni tajuk lain kan ah lantakla hahaha.
Satu benda aku perasan bila aku dah start jaga kebersihan diri ni. Aku rasaaaaaa aku macam menyayangi diri aku lebih sikit hahahahahaha cubalah kalau tak percaya. Tak salah kan sayang diri kita sendiri? Sapa yang nak sayang diri tu dulu kalau bukan diri sendiri yang sayang?
Korang nanti beli produk yang perlu dulu tau, jangan beli semua sekali. Nanti salahkan aku pulak duit gaji habis la susu anak habis la.
Nanti bagi lah feedback eh kalau yang dah beli dan try tu. Maceh ngat baca. Doakan aku kaya, boleh aku buat produk best harga bawah RM10 hahaha, wow impian.
– NA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit