Assalamualaikum dan hi. Aku tertarik baca confession yang cakap pasal jerawat tu. Oh btw aku NA dan umur aku masih 20. Kalau ada yang perasan, aku pernah tulis confession pasal cara untuk hilangkan daki dan bau kepam. Boleh baca ok kalau free tau.
Part 1, (https://iiumc.com/cara-
Part 2, (https://iiumc.com/cara-
Aku rasa macam nak share apa aku buat dekat muka berjerawat aku dulu sebab muka aku dulu tak cantik macam sekarang hahahaha tak ah gurau jeee. Aku dari dulu memang berjerawat, pastu aku suka korek korek jerawat kononnya ok sikit la parut daripada jerawat.
Tapi tak. Makin tumbuh ada lah. Jadi apa aku buat? Aku pakai aloe vera jenama Palmer’s, aku tak tau ah tapi aku cinta gila benda ni. Aku tak tau apa ramuan dalam ni tapi bagi aku power nak mampus. Mungkin bila mula mula pakai macam pedih, sakit entah aku teruskan ja pakai pastu lama lama makin okay.
Kedua, aku jugak ada pakai feminine wash. Read again, ya feminine wash. Anda tak salah baca hahahahaha.
Aku pernah tengok youtube pasal skincare yang budak ni pakai dekat muka dia dan doktor ni suggestkan pakai feminine wash sebab dia berjerawat. Tapiiiiiiiii feminine wash macam buat muka agak kering, makanya selalu lah apply aloe vera untuk lembabkan balik ok. Oh aku pakai feminine wash jenama Lactacyd botol biru.
Kemudian, bila jerawat dah ok mesti ada parut kan kan kannnn baik ngaku. Bila pegang muka macam licin tapi sebenarnya tak, ada hitam hitam tu kan? Okay aku pakai virgin coconut oil (minyak kelapa dara). Ni macam ekstrem sikit sila stop baca kalau takut yeeeee.
Aku baca kat google dia cakap tuang minyak kelapa dara sikit dekat tangan untuk suhu macam mana tah pastu letak kat muka. Okay dia cam ni lah, minyak ni lagi berkesan untuk hilangkan parut kalau suam suam sikit. So sebab tu letak jap kat tangan sebab suhu badan kita kan 30+ makanya boleh lah panaskan minyak tu.
Jadi aku pun haaaaaaaaaaaaaa why not panaskan atas kuali? Hahahahahhaha sorry ah aku terdesak nak cantik. Jadi apa yang perlu? Api, kuali dan minyak. Thats it hahahaha.
Pastikan kuali BERSIH, INI PALING WAJIB. Bukak api dan tuang bagi cukup untuk letak kat parut tu. Panaskan sekejap sahaja tauuuu jangan sampai berasap asap ni nak letak kat muka ni bukan tempat lain. Ok ambik cotton pad pastu letak lah kat muka. Good luck mengagak panas tu macam mana. Ini atas risiko sendiri lah.
Jangan salahkan aku plishhhh kalau anda tersilap ha jaga jaga. Boleh beli jenama apa apa ja okay yang 100% natural dan kalau minyak tu cecair lagi senang. Mungkin aku over tapi kan kesan boleh nampak lepas angkat cotton pad dari muka #akuserious #akutaktipu
Ok muka dah tak ada jerawat, parut sudah hilang tapi ehhhhhhhh muka berlubang! Ok ni sebab selalu korek tu lah sampai lubang lubang muka. Korek korek ni efek dia buat muka berlubang beb. Kalau make up tu foundation pun takleh tutup sebab kulit tak rata. Ini macam ambik masa sikit untuk pulihkan muka tauuuuuu. Sabar.
Okay aku pakai derma roller untuk kurangkan lubang lubang tu. Boleh check dekat youtube ada ja yang buat derma roller tu. Ni pun ekstrem jugak sebab darah kena keluar dari kulit muka.
Aku malas nak terang pasal derma roller ni hahahah tapi derma roller ni sangatlah bagus sebab bila darah dan luka, dia akan tumbuh kulit baru dan tak berlubang dah yeay. Tolong ambil perhatian untuk tak roll kan derma roller masa BERJERAWAT. ITS A BIG NO!
Ha sekarang ni ada teknologi baru iaitu derma pen tapi ni elektrik. Hang cuma lalukan saja dekat muka tanpa menggunakan tenaga untuk tekan sebab derma roller kena guna tenaga sendiri nak roll muka tu.
Tolong ambik perhatian jugak untuk beli dekat kedai yang trusted dan tak fake. Please. Aku beli dekat youtuber bella khan harganya RM40+. Ok nak bebel lagi, kita ni dah ada effort nak cantik tapi kalau guna produk sampah ataupun fake takut lagi teruk muka tu.
Ok start dari sini aku nak luah something. Sejak kebelakangan ni aku rasa jerawat kat punggung aku teruk. Aku tak tau lah kenapa. Aku memang betul betul give up lah sebab dekat area situ susah nak jaga tak macam muka. Pastu aku ada search, google cakap guna garam bukit jadi aku pun try lah.
Alhamdulillah makin better lah subhanallah syukur sangat. Jadi aku rasa boleh la jugak apply kan kat muka. Basah kan sikit dan letak kat muka jadikan mask dalam 5 minit camtu. Mungkin pedih sikit lah jadi ikutlah nak cuba atau tak. Aku beli garam bukit jenama Halagel natural premium plastik hijau.
Buat yang sedang berjuang dengan ujian dunia, jangan pernah give up ok. Kita semua cantik dengan cara masing masing. Tiber. Oh jangan lupa berus badan tu setiap hari kalau tak tahu ha belum bacalah tu confession aku.
– NA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit