Cara Hindari Suami Bertindak Curang

Assalamualaikum admin dan pembaca IIUM Confession sekalian. Terima kasih admin kerana menyiarkan confession saya ini.

Sebelum ini saya pernah buat satu confession yang bertajuk, Dia Pembolak Balik Hati manusia, (https://iiumc.com/dia-pembolak-balik-hati-manusia/).

Confession itu berkisarkan perjalanan jodoh saya. Hari ini pula saya nak kongsi usaha saya dalam hindari suami bertindak curang.

Nama saya Aisyah bekerja sebagai doktor obstetrik dan ginekologi dekat sebuah hospital di selangor.

Kehidupan saya 80% untuk pesakit di hospital dan lagi 20% barulah untuk keluarga di rumah. Jadi hidup saya jarang berada disisi suami.

Beginilah usaha saya supaya dalam kesibukan saya di hospital. Suami saya tidak buang tabiat untuk bertindak curang dengan wanita lain.

Pertama sekali saya memilih jodoh yang baik. Caranya ketika saya belum kahwin iaitu dari usia 22 tahun hingga 29 tahun.

Saya berdoa secara umum supaya Allah hidupkan jodoh saya atas landasan agama dan peliharakan hatinya dengan sifat mahmudah.

Kedua saya berusaha untuk ubah diri saya supaya sama seperti apa yang saya minta dari Allah. Ketika ini saya jual mahal dengan lelaki yang mendekati saya.

Ketiga cara saya memilih jodoh juga dengan jalan bila ada lelaki datang confess. Sebelum saya terima dirinya saya buat solat sunat istikharah dan lakukan istisyarah bersama keluarga.

Keempat saya berusaha untuk tidak bina rumahtangga hasil dari jalan maksiat. Contoh sebelum tunang, selepas tunang dan ketika melangsungkan majlis perkahwinan.

Kerana itu semua boleh datang kembali selepas berumahtangga dalam bentuk kifarah atau penghapus dosa. Malah itu juga adalah jalan untuk menjemput sifat sakinah, mawaddah dan rahmah dari Allah.

Kelima selepas saya mula masuk dalam rumahtangga. Saya telah dapat apa yang saya minta dan impikan iaitu seorang suami yang baik.

Jadi bermula hari pertama mendirikan rumahtangga. Selepas solat berjemaah bersama dan sebelum tidur. Kami akan berbincang bagaimana untuk membina sebuah keluarga bahagia.

Jadi kami telah bersetuju untuk mencorakkan kehidupan seperti berikut.

– Kami tidak pernah menuntut kebaikan daripada diri kami suami isteri. Kerana hati kami dan kebaikan yang ada dalam diri kami semua ada pada Allah. Malah Allah juga yang membolak-balikkan hati kami.

Jadi setiap kebaikan dalam diri kami akan disyukuri bersama dan setiap keburukan diri kami akan kami bersabar, jadikan ia ladang pahala dan kami bertanggungjawab terhadapnya secara bersama.

– Sifat cinta juga kami tidak letakkan dalam diri kami. Kerana hati kami ini adalah milik Allah. Jadi kami letakkan sifat cinta itu hanya pada Allah.

Maka jika saya dan suami mencintai Allah akan kami bersabar dan bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan kepada kami dalam alam perkahwinan.

Keenam bermula hujung minggu pertama selepas kahwin lagi. Kami suami isteri suka ingat mengingati antara satu sama lain terhadap perkara ikhtilat.

Usaha ini dilakukan pada setiap 2 minggu sekali secara bergilir-gilir jika minggu ini saya jadi da’ie dan suami saya jadi mad’u.

Saya akan terangkan padanya apa itu definisi ikhtilat, hukum ikhtilat, batas ikhtilat dan adab ikhtilat. Juga begitulah juga buat minggu yang berikutnya.

Ketujuh kami jarang ucap i love you kerana sifat cinta itu kami sudah serahkan pada Allah.

Jadi hidup kami banyak penuhkan kantung hati dan emosi kami dengan ucapan abangggg sayang minta maaf walaupun ketika itu saya tak buat salah.

Manakala suami saya pula suka ungkapkan ucapan sayanggg terima kasih.

Kelapan kami sentiasa berusaha menjaga kualiti solat 5 waktu dalam hidup seharian kami. Kerana solat 5 waktu ini adalah tiang keutuhan kehidupan di dunia dan juga akhirat.

Dalam hidup kami juga bila saya ada dekat rumah. Kami akan solat berjemaah bersama.

Selepas solat suami saya akan baca doa yang berbunga sehingga mampu menjatuhkan airmata kami bersama.

Tujuannya untuk hadirkan nilai muhasabah dalam diri kami lalu membentuk nilai kasih sayang antara kami laki bini.

Alhamdulillah sudah 12 tahun perkara ini diusahakan bersama suami tercinta.

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *