Salam semua. Namaku Victoria, seorang working mom dan mempunyai dua cahaya mata yang amat aku sayangi sepenuh jiwaku.
Aku dibesarkan oleh ibuku bersama 3 lagi adik adikku. Ibuku ibu tunggal kerana telah bercerai dengan Abah semasa aku masih alam remaja.
Apa yang aku nak cerita harini, mostly berkenaan cara ibu didik kami vs cara aku mendidik anak anakku.
Aku dibesarkan dengan cara ‘typical Asian mom’ cumanya aku rasa ibu aku agak melebih2 baran nya. Getah pipe, hanger dan rotan sampai berbirat badan itu biasa.
Walaupun masa Abah masih bersama kami, banyak kali Abah tegur, nak pukul, pukul di kaki. Bukan kat badan.
Tapi tak jalan, ibu tetap pukul di kepala, muka, badan (depan dan belakang) sampai lah aku 17 tahun. Mata lebam, telinga berdarah itu normal.
Kata kata cacian, pun dah lali aku dengar. “Anak derhaka, anak tak guna, anak tak kenang budi” kata2 kesat dan kasar sering dilemparkan kepadaku bila aku terlepas solat, terbuat silap sikit, tak dengar bila ibu panggil dari bawah.
Most of the time, aku rasa seperti aku ni anak kutip. Anak angkat yang ibu tak mahu sebab aku dilayan sangat teruk.
Masa 18 tahun aku lari dari rumah, sebab pertahankan adikku yang hadapi benda sama aku hadapi. Aku confront dengan ibu tapi ibu tak suka.
Ibuku datang ke bilikku dan nampak aku tengah packing bag, dan halauku keluar dari rumah nya. Masa tu, aku tinggal dengan Abah (bersama ibu tiri serta adik adik – anak Abah bersama ibu tiri) sementara tunggu result UPU.
Self esteem aku sangat2 lah low sebab selalu dihina. Selalu lepas balik sekolah, akan ku singgah di kedai buku Popular untuk aku baca buku di sana.
Favourite section aku semestinya “Self Help” area. Banyak buku aku khatam di kedai buku Popular.
Zaman tu, boleh je duduk dekat kedai buku and baca buku kat situ. Buku buku mostly tak di-wrap pun.
Aku ada kawan tapi aku tak ada “sahabat” . I don’t know how to make friends sebab selalu rasa down. Hanya bukulah penemanku.
Those were the days, and aku bersyukur aku jauh dari rumah. Growing up aku selalu berazam yang aku tak nak jadi seperti ibu. Terutama cara mendidik dan sayang anak anak.
Tapi “the struggle is real” bila aku dah mempunyai anak sendiri.
Kadang2 dengan tak sengaja aku rasa yang marah dan pukul anak itu satu solution yang akan work. Aku lost control. Aku bertambah stress bila aku lost control sebab I was too desperate of not becoming her, my mother.
Selalu aku ulang2 dekat diri, I’m not her. I’m not her and I will not be like her. Rasa susah sebab kita dah terbiasa dilayan macam tu, jadi kita layan orang lain macam mana kita dilayan.
Aku bersyukur sekarang aku dah semakin better and in control of my own emotions.
Ada masa bila ibuku datang ke rumah kami, bila tengok aku bersabar dan bagi anak masa untuk dia luahkan rasa marah (tantrums) dan bagi masa untuk anak bertenang dengan sendiri.
Dan kemudian aku akan peluk anak, cium anak, and bagi tau anak yang aku ada dekat sini untuk dia. Untuk guide their feelings.
Aku ingat ibu akan memuji sikap kesabaranku, tapi sebaliknya. Ibu cakap sikapku akan merosakkan anak. Ibu ku cakap dulu kami kecik2 takada pun nangis tak terkawal macam ni.
Dalam keadaan itu ibu ada suggest yang aku patut guna cara lain untuk diamkan anak bila anak nangis. Dan salah satu cara tu melalui pukul.
Aku cakap elok2 dengan ibu, kami tak nangis sebab ibu tak benarkan. Bukan sebab kami tak nak nangis.
Nangis tu tak salah pun, cuma ibu tak benarkan kami nangis, dan suruh kami diam bila kami sedih dan kecewa. Part ni aku tak cakap (sebab aku tak nak argue dengan ibu)
Tapi kami banyak memendam rasa bila ibu tak benarkan kami expresskan perasaan. We did not have our ‘safe place’ to cry. As if crying is a crime.
Ibu kata kami ni “jadi orang” jugak dengan hasil didikan dia. Ibu jugak kata yang dengan cara didikan aku, anak2 akan takda kawan in future.
Ibu ku cakap yang aku ni berlembut dengan anak sebab aku nak tunjuk yang ibu ni jahat dan cara ibu salah. Allah… sampai ke situ padahal aku langsung takda niat macam tu.
Ibu, if only you know my issues. The issues I have to face, how teruk I am actually compared to what I show to you.
Aku pandai sembunyikan isu isu aku yang ibu tak tau. Yang ibu nampak, kami ni tak menjawab, diam walaupun bila kena pukul dan kena hempuk tampar depan orang.
Bagi ibu, anak diam dan tak voice out their feelings itu baik dimata orang. Sebab bila voice out dah kira menjawab dan kurang ajar.
Ibu tahu tak, as a result of that – bila orang luar buat jahat dekat kami, kami ni diam dan tak pertahankan diri sendiri.
Unconsciously kami allow ourselves to be mistreated.
Adakah ibu tahu yang masa kecik aku ni pernah mencuri, sepupu lelaki pedo start meraba aku dari kecik sampai la umur 11, and I was once also a lesbo at school.
Not just cintan cintun with kakak angkat but we did more than that, masuk uni jadi straight balik but involved with a guy pulak.
All this while appearing “baik” depan ibu. Because that’s what she wants to see me. She wants to see me how she wants to see me. She refused to get to know the real me.
Kami tak pernah duduk dan have a mother- daughter conversation. Kami tak pernah sembang apa masalah aku hadapi dekat sekolah dan ibu bagi aku kata2 semangat ke, tak da. Hidup aku penuh liku2 yang banyak aku tak ceritakan dekat ibu.
Harini, aku pilih untuk berbakti kepada ibu walau anak ini lah yang selalu dihina, pukul, katanya takkan bagi aku 1 sen pun.
Sebab aku berterima kasih sebab ibu sudi jaga kami, fight for hak penjagaan dan bagi kami education, bawak pergi tuition dan sebagainya.
Aku tak berkira bila ibu datang dan minta aku temannya kemana2, bila ibu kurang duit aku hulurkan juga duit walau sendiri tengah kekurangan. Aku sedar aku sebagai anak masih ada tanggungjawab terhadap ibu dan abah.
Aku dah dewasa & I am a mother of two. Aku cuma harap ibu akan respect cara pilihanku untuk mendidik anak. Kalau tak setuju pun tak apa. Cuma respect my choice, that’s all. Aku dah experience cara kasar dan aku nampak kesan dia terhadap diriku dan adik2ku.
Sejujurnya aku tak pasti how this “gentle parenting” is going to work sebab anak aku baru umur 6 tahun dan setahun.
Kesan atau hasil dari parenting ni masih belum terlihat sebab anak anak masih fasa of regulating their own emotions. Jauh lagi perjalanan hidup diorang.
Aku cuma nak clarify yang “gentle parenting” ni tak bermaksud aku manjakan anak dan allow anak “kurang ajar” . Bukan macam tu. Most of the time aku ni tegas orangnya, sangat follow routine & quite strict.
Bila anak salah aku akan tegur, dan marah bila perlu dengan niat untuk educate. Bukan marah sebab ego atau sebab aku stress.
Aku akan explain dekat anak why aku marah and at the same time sentiasa ingatkan aku sayang anak dan mommy kat sini adalah untuk tolong & guide dia.
I want to help both my kids to find their way through this life and at the same time maintain their unique character & not losing themselves in the process. I want them to be mentally, emotionally, physically and spiritually strong.
InshaAllah.
Setiap parent ada cara tersendiri. Let’s just respect each other’s choice as there is no black and white of what is right or what is wrong. There are consequences no matter the choice.
Doakan aku bertabah dan sentiasa bersabar dalam mendidik anak-anak. Semoga anak2 ku menjadi anak2 yang soleh dan solehah, anak2 yang happy dan healthy serta berjaya didunia dan diakhirat. Aku juga doakan kalian semua. Aamiin.
– Victoria (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit