Syukran admin kesudian publish tips ni. Aku start amalkan benda ni dan Alhamdulillah, semua kehendak aku mendapat keizinanNya. Aku bahagikan tips ini kepada saudara seislamku lelaki dan wanita di luar sana.
KEPADA SAHABAT MUSLIMIN YANG BERIMAN!
1. USAH MELAYAN
1. Jika ada perempuan TIDAK DIKENALI hendak berkomunikasi dengan anda, nyatakan persoalan ada urusan apa? Dan seterusnya panggil beliau sebagai saudari supaya menunjukkan bahasa yang manis dan beradab mengikut islam.
Contoh ayat: Saudari, ada urusan apa dengan saya? Urusan penting sahaja dibalas.
2. Jika ada perempuan YANG DIKENALI seperti sahabat, rakan atau rakan sekerja yang sentiasa berkomunikasi dengan anda dalam nada yang mesra dan menghiburkan, anda mahukan komunikasi yang formal dan tidak ada unsur gelak ketawa dan usik mengusik. Nyatakan prinsip anda secara personal sudah berubah berdasarkan apa yang anda pelajari dan dengar daripada ustaz ustazah. Berdiam tidak mengubah cara.
Contoh: Dalam tempoh ini, aku mahu urusan antara kita sebagai sahabat seperti mana urusan rasmi dengan matang. Kita elakkan gelak ketawa, usik mengusik dan bincang perkara tidak penting demi mendapat redha Allah.
3. Banyakkan berdiam, senyum secara biasa dan tidak bersikap kasar, mesra alam dan usik mengusik.
4. UBAH CARA BAHASA ANDA BERKOMUNIKASI
Pertama, ubah panggilan. Paling terbaik, saudara saudari. Jika tidak mampu KAU AKU kepada panggilan NAMA. Kemudian, ubah bahasa anda daripada bahasa slanga, pasar, ana anti kepada bahasa formal seperti mana anda berurusan dengan “pensyarah”, “cikgu”, “orang yang lebih tua” dan urusan lain.
5. SESI MAKAN DENGAN RAKAN-RAKAN (YANG ADA PEREMPUAN)
Jika mampu, elakkan. Jika tidak mampu, banyakkan berdiam bercakap benda penting dan tidak menuju ke arah gelak ketawa. Itu sebenarnya menambahkan lagi perhatian wanita untuk berbual dengan anda kerana anda bersahaja.
6. JIKA ADA YANG PERASAN PERUBAHAN ANDA
Maklumkan hendak berubah kepada perkara baik.
7. JIKA ADA GOSIP DENGAN WANITA LAIN, BAGITAHU PRINSIP DAN DOAKAN SAHABAT ANDA.
Bagitahu.
Aku tak ada berkawan atau bercinta dengan sesiapa. Maaf aku sekarang aku ini aku BERPRIORITI kepada perkara lain. Aku mahu perbaiki diri aku, menambahkan ilmu agama dan berterusan mencontohi mereka yang lebih hebat. Doakan aku agar hasrat aku ini tercapai dijaga Allah dan doakan aku jodoh aku . Berkenaan jodoh kau , aku doakan kau dipertemukan jodoh yang baik. Aku harap selepas ini tak adalah gosip atau kita bincang perkara ini. Lagi best, kalau kita bincang soal ilmu. Banyak ilmu aku perlu peljari dari kau.
8. DEKATI ULAMA, USTAZ DI MASJID, SURAU, KELAS AGAMA UNTUK MENEMUI SAHABAT BARU YANG MENGUATKAN DIIRMU. JANGAN BERSAHABAT SEORANG, SAHABAT BIAR RAMAI. BANTU SAHABAT LAIN YANG SAMA SEPERTIMU!
KEPADA SAHABAT MUSLIMAH YG BERIMAN!
1. DAPATKAN KEHORMATAN DARIPADA LELAKI
1. Jika ada lelaki TIDAK DIKENALI hendak berkomunikasi dengan anda, nyatakan persoalan ada urusan apa? Dan seterusnya panggil beliau sebagai saudara supaya menunjukkan bahasa yang manis dan beradab mengikut islam.
Contoh ayat: Saudara , ada urusan apa dengan saya? Maaf, hanya urusan penting sahaja saya berurusan.
2. Jika ada lelaki YANG DIKENALI seperti sahabat, rakan atau rakan sekerja yang sentiasa berkomunikasi dengan anda dalam nada yang mesra dan menghiburkan, anda mahukan komunikasi yang formal dan tidak ada unsur gelak ketawa dan usik mengusik. Nyatakan prinsip anda secara personal sudah berubah berdasarkan apa yang anda pelajari dan dengar daripada ustaz ustazah.
Contoh: Maaf ye, apa yang aku pelajari, aku perlu perbaiki diri aku dalam pergaulan . Jadi aku berprinsip aku tidak mahu kau usik mengusik, bergurau dan gelak ketawa atas perkara-perkara sebegini. Aku mahukan kita sebagai sahabat bersikap secara berhemah, matang supaya Allah redha cara kita berhubung. Aku mahu contohi bagaimana sikap Rasulullah.
2. UBAH CARA BAHASA ANDA BERKOMUNIKASI
Pertama, ubah panggilan. Paling terbaik, saudara saudari. Jika tidak mampu KAU AKU kepada panggilan NAMA. Kemudian, ubah bahasa anda daripada bahasa slanga, pasar, ana anti kepada bahasa formal seperti mana anda berurusan dengan “pensyarah”, “cikgu”, “orang yang lebih tua” dan urusan lain.
3. UBAH SIKAP MALU KEPADA SIKAP YANG TEGAS DAN JUGA BERPRINSIP
Boleh tengok contoh drama “Cinta High Class”. Letakkan prioriti dalam hidup dan anda akan terus dihormati lelaki dan lain-lain.
4. BUANG KETAWA , EMOSI, PERASAAN semasa berkomunikasi (Whatsapp), (Facebook) dan semasa berhadapan berbincang untuk menunjukkan anda tidak mesra alam dan sentiasa akan diketawakan, diusik lagi. Nyatakan prinsip mahukan perbincangan habis, bukan lagha perkara-perkara gosip dengan sahabat lelaki.
5. SESI MAKAN DENGAN RAKAN-RAKAN (YANG ADA LELAKI)
Jika berdua, jangan. Bagitahu ibu bapa tak izinkan.
Jika mereka izinkan, wajib ada rakan dan adik beradik utk perkara PENTING SANGAT.
Jika beramai, anda hebat jika elakkan. Jika beramai, anda tak mampu elakkan banyakkan berdiam daripada bercakap, bergosip, gelak ketawa sambil menunjukkan riak muka bersahaja. Kemudian perlahan-lahan elakkan sebarang perjumpaan sebegitu.
6. JIKA ADA GOSIP, BANYAKKAN BERDIAM, ELAKKAN DARIPADA BERTERUSAN MENCERITAKAN CIRI-CIRI LELAKI HEBAT DAN SEBAGAINYA . Manusia akan sentiada menganggap anda suka benda gosip dan akan terus berbual dan terus tak habis cerita.
7. TAMBAHKAN DIRI AMALAN KE MASJID, SURAU, KULIAH UNTUK MENCARI SAHABAT BARU DAN MENDEKATI USTAZ USTAZAH. JANGAN BERSUMBERKAN YOUTUBE …
Insya-Allah lepas ni mereka akan faham perubahan anda wahai sahabat muslimin dan muslimat. Jika anda terus berdiam diri, akan dikatakan sombong. Jadilah muslimah dan muslimin yang menegakkan syiar Islam. Anda bercakaplah dalam suasana yang berhemah, jangan tengking2, itulah cara terbaik!
DARIKU HATI YANG SAMA SEPERTIMU DULU!
#SEBARKAN
– Muslimat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit