Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin approve post ni. Aku student di sebuah university di Terengganu. Aku tertarik dengan satu post berkenaan cara berjimat ketika masih study. Jujur aku katakana, aku alamai nasib yang sama dengan confessor tu.
Aku pun student master yang tengah writing. Betul cakap confessor, bukan senang nak dapat bantuan pelajaran even dari zakat university sendiri. Pernah aku mohon zakat u aku sebab aku taka da duit lansung untuk makan. Nak mintak mak bapak kat kampong, macam dah malu dah. Umur 25 tahun, tapi mintak duit mak bapak lagi. So, aku pun apply lah zakat u aku. Kecewa teramat, sebab puan tu cakap aku tak layak sebab dah ada penaja. Penaja aku MyBrain sahaja, yang cover yuran semata-mata tak termasuk sara diri. Memang aku dibayar duit sebagai RA tapi tak sampai 1K dan sekarang aku dah tak bayar dah sebab grant dah habis. Mana nak bayar duit sewa rumah, bil dan duit minyak kawan aku (aku tumpang dia).
So, disebabkan aku memang susah dari masa degree lagi, aku rasa aku boleh survive sampai aku grad. Masa degree, aku duduk asrama. Aku pernah ada rm50 sahaja untuk makan. Paham-paham lah, Terengganu ni living cost tinggi, aku duduk kat kuala Terengganu pulak tu. Ada beberapa cara yang aku buat untuk survive dalam keadaan duit yang terhad:
1) Aku beli sosej jenama Farm gold. Murah ja dalam RM2. Masa duduk hostel aku rebus dalam jug kettle aku. Tos sampai kering, makan dengan roti gardenia. Itulah makanan aku dalam masa seminggu. Kenyang memang kenyang tapi muak lama2 dan sosej tak baik boleh caused cancer.
2) Macam confessor buat, beli nasik banyak2, lauk sikit. Untuk makan dua kali. Jangan lupa, nasik dan lauk untuk kucing. Insha Allah murah rezeki korang nanti.
3) Puasa. So, kau akan kurangkan kos makan sebab sekali makan sahaja. kalau tak boleh tak sahur, korang alas lah dengan roti atau biskut. Aku selalu minum air je kalau bangun. Biasanya aku puasa Isnin dan Khamis. Bukak puasa kau akan makan sikit sebab kenyang. So, jimat kan?
4) Dah masuk rumah sewa masa master, aku rajin-rajinkan diri masak. Tak sangka ada orang geng dengan aku bawak balik beras dan telur dari rumah. Aku pun buat benda yang sama. So, hari-hari aku makan nasik, kicap, sos dan telur. Sedap weh sebnarnya, nikmat gila time panas2. Kalau kau makan ikan kering atau pekasam, boleh jugak buat tambah selera.
5) Kerja part time. Dulu-dulu aku dropship produk kecantikkan. Time awal tahun, hq buat offer habis dia cut duit untung kami yang bawah2 ni. Tak cukup time awal tahun, time produk tak laku pun dia buat sale. Dah la nak dapat satu customer pun aku susah nak dapat sebab aku tak pandai berniaga sgt. So, aku try cara lain. Satu hari tu, lecturer aku offer jadi babysitter anak dia. Dia tak percaya tempat transit atas sebab2 tertentu so aku pun setuju. Sebabkan aku ni tak ada qualification, dan bukan berdaftar, aku caj RM5 sahaja per jam. Lama-lama lecturer lain mula kenal aku. Aku banyak dapat tawaran sebab aku bagi service ajar buat homework sekali. So, bila lecturer aku dah habis meeting atau kelas, biasanya anak-anak dia dah siapkan homework. Kadang2 aku siap dapat nasik bungkus lagi. Alhamdulillah rezeki.
6) Banyakkan solat dhuha dan amalkan surah Al Waqiah. Mula-mula aku buat sebab aku nak permudahkan rezeki aku. Tapi lama-lama aku jadi malu dengan Allah. Aku tidur lepas subuh then nak mintak pulak rezeki dari dia. Aku ubah cara hidup aku, aku bangun awal, kemas rumah dan banyak kerja yang tertangguh boleh aku siapkan.
Ini adalah antara cara-cara aku, mungkin yang lain boleh tambah pendapat lagi. Korang kalau tak ada duit, jangan pretend korang ada duit. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan nak cantik kat FB atau IG. Ada kawan aku sanggup ikat perut sebab nak beli produk kecantikkan. Berbaloi ke weh? Korang, hidup zaman gst ni, orang yang dah kerja pun berkira-kira nak beli itu ini, kalau kita rasa nak hidup mewah, fikir dulu kemampuan kita. Aku ni kadang2 nak beli telur pun tak mampu sebab tinggal RM2 dalam purse, masa tu elaun aku masuk lambat. Tapi, korang percayalah, rezeki ALLAH sentiasa ada, dan selalu kita dapat time tak disangka-sangka.
Kita nak menutut ilmu, bukan senang nak berjaya. Korang bukan kesorangan *hugs*. Anggaplah ini ujian untuk menuntut ilmu dan kita akan ingat saat susah ni bila berjaya nanti. Jangan lupa mintak doa mak ayah!
– Sis tabah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit