Beberapa hari lepas, cerita Nur berakhir dengan penuh tragis dan emosi. Wujud ke lelaki sezalim Madi dan wujud ke lelaki semulia Adam? Dua-dua wujud! Macam mana kita nak menilai yang mane lelaki yang baik.. Ada caranya sebenarnya.
Aku terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman aku sendiri. Aku bukan berasal dari keluarga yang tinggi ilmu agama tapi aku didik dengan seorang ibu yang banyak membaca dan suka berkongsi ilmu dengan aku.
Sebenarnya, kita mesti didik keluarga kita terutama perempuan untuk berdoa dipertemukan jodoh yang baik. “Ya Allah, berikanlah kepada ku suami terbaik dari sisi-Mu dan menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti”. Nak mula doa ni bukan masa dah ada boyfriend tapi dari kecil lagi. Perlu diasuh dan menjadikan amalan. (Kalau dah usia 20-an masih tidak terlambat selagi belum berkahwin)
Perkahwinan itu bukan satu perjudian, dimana kita taruh kan diri kita samada bertemu dengan lelaki jahat atau baik… tidak! kita cuma silap.. kita tak melakukan 10 soalan taaruf sebelum bernikah. Taaruf ni, benteng pertahanan kita sebelum menjejak kaki ke Alam perkahwinan.
Korang boleh la baca dekat link ni. Nak tulis balik macam panjang pulak hujah aku kang. (https://baitulmuslim.com/artikel-tips-dan-petua/soalan-yang-patut-di-tanya-ketika-bertaaruf-berkenalan).
Selain daripada 10 soalan taaruf, ade beberapa perkara kita kene lihat.
1- Cuba tengok dia layan emak Dan Adek perempuan dia. Bagaimana dia menyantuni kaum wanita. Macam mana dia layan mereka, begitu juga dia akan layan pada kita nanti. Pernah satu ketika dulu, aku naik satu kereta dengan kakak kepada bf (Suami aku sekarang) Dan Suami.. masa nak parking kereta, Suami aku dah siap park tapi bila kakak dia suruh ubah pergi ke parking depan.. dia ubah.. dia hormat kakak dia walaupun sekecil perkara. Bila siap shopping barang, dia angkat barang kakak dia.. barang aku dia biarkan.. dia dahului orang yang penting. Masa tu, memang terasa.. tapi bila dah kahwin, macam tu jugak dia santuni aku sebagai isteri.
2- Uji tahap kesabaran. Mungkin , ramai kaum lelaki tak setuju dengan perkara ni. Tapi percaya la, perempuan wajib uji bakal pasangan kita dengan kemarahan. Jadi diri sendiri. Dengan uji bakal pasangan kita dengan kemarahan, kita boleh tengok .. sejauh mana dia boleh bertahan dan adakah dia seorang panas baran , kaki pukul atau kaki maki hamun. Jangan nak mengelitis cakap lembut-lembut atau ayu-ayu .. memang kita tau dia punye kesabaran macam mana. Lebih baik putus sebelum kahwin sebelum kita menjadi hamba kepada si zalim.
Pernah saya berkawan dengan seseorang, saya salah bagi location .. dia cari saya dekat dua jam tak jumpe.. naik je kereta, selaju mungkin dia bawak kereta.. sambil hentak steering dan marahkan saya sepanjang perjalanan dan dia kelaurkan kata-kata kesat. Kalau laki macam tu, Tak payah tempah kaki ke neraka. 5 tahun pertama perkahwinan , tempoh perkenalan . Banyak ujian luar dugaan yang Akan datang . Kalau dia tak mampu mengawal emosi dan amarah dari awal, dia tak layak bergelar Suami.
3- Jangan pernah mengeluarkan duit untuk lelaki. Kaum lelaki jangan marah ya. Ini perkara penting. Didik lelaki dari awal, jangan biasakan kita (kaum wanita) keluarkan duit. Kalau ada celebration, dibenarkan. Biar lelaki rasa bertanggungjawab lebih awal. Ini nasihat mak cik saya sendiri, dimana dia didik Suami dia dari sebelum kahwin, bayar masing2 sampai dah kawen Dan umur 50 tahun macam tu jugak. Nanti jadi isu perbalahan, bila dah kawen nanti. My money is my money, your money is my money….
4- Suruh dia bawak kita jumpa mak dia. Kenape? Syurga lelaki tu pada mak dia. Kalau mak dia tak restu dan setuju lebih baik mundur je. Keredhaan tu penting.. kalau mak dia tak redha rosak rumahtangga. Kalau mak dia suka kau, baru bawak jumpa parents kau. Pastikan dua belah pihak setuju baru buat langkah seterusnya. Kalau kau nak kawen Sangat.. kau nak jadi macam ecahhh??? Nak?? Amboiii..
Nak cari pasangan hidup ni, tak boleh diukur dari luaran.. kau tak boleh label orang yang bekerja sebagai pemuzik tiada Iman dan kau tak boleh label ustaz tu mampu menjamin kebahgiaan.. pada pandangan aku, lebih baik kita mengorat lelaki yang kita nak sebab kita sedang memilih ayah kepada anak-anak kita. Dari kita duk tunggu orang mengorat.. banyak yang datang, hidungnya Belang!
Ayat yang sesuai untuk di guna kan “awak nak tak jadi ayah kepada anak-anak kita?” Kalau dia tolak, kau tak rugi ape. Yang rugi bila tak mencuba.
Bagaimana pun, kita tidak akan jumpe lelaki sempurna yang kau inginkan. Mesti ada yang kurang. Bila kau tengok kekurangan dia , kau tengok balik kekurangan kau.. Saling menerima ya.
Itu sahaja yang aku boleh share dengan kaum wanita diluar sana. Oh ya, aku umur 29 tahun Dan usia perkahwinan aku dah 6 tahun . Aku tidak dikurniakan zuriat lagi dan perkahwinan aku jarak jauh. Aku boleh berkongsi tentang bagaimana hubungan jarak jauh boleh dikekalkan dengan baik. Itu pun kalau ada berminat . Jumpa lagi. Assalamualaikum.
– SZM
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit