Cara Kenal Dia Jodoh Baik Untuk Kita II

Untuk part I, (https://iiumc.com/cara-kenal-dia-jodoh-baik-untuk-kita/).

Pertama sekali terima kasih atas respon untuk confession saya yang pertama. Saya disini bukan nak share macam mana nak menjaga keharmonian rumah tangga tapi mengenali JODOH yang baik untuk kita. Jodoh yang baik tak semestinya baik untuk orang lain, ia bergantung citarasa seseorang.

Saya sejujurnya kurang setuju bila ramai berkata perkahwinan itu satu perjudian, tapi ia adalah anugerah yang diberikan pada kita untuk memiliki pasangan hidup. Perkahwinan adalah satu ibadah bukannya pertaruhan. Bila ia dinamakan Ibadah, berdoalah semoga Ibadah yang kau jalan kan ini mendapat keredhaan dan diberkati Ilahi. Ini adalah Ibadah yang tidak semua orang miliki.

Cuba tengok betapa ramai yang cantik molek tapi tak kahwin lagi? Tapi kita tak boleh terus menyalahi mereka sebab terlalu memilih atau selesa dengan status bujang. Mesti ada situasi atau keadaan menjadikan mereka terus memilih untuk berkeadaan seperti itu.

Confession saya ini lebih mengutamakan golongan masih bujang, mampu berkahwin dan takut memilih pasangan. Dalam confession saya yang pertama, point saya paling utama adalah 10 soalan taaruf dimana ramai yang tidak membaca. Pada mulanya, saya ingat ramai akan focus pada link yang saya berikan namun, pembaca lebih focus pada 4 perkara yang saya hujahkan itu. Its ok. Nanti saya terangkan balik bagi 4 perkara tersebut, beri laluan kepada saya untuk terangankan – SOALAN TAARUF.

Nak bagi soalan ni, tidak semestinya perlu berjumpa, wassap pun ok. Kalau wassap boleh bagi ruang pada pasangan kita berfikir apa jawapan terbaik sebab itu melibatkan perjalanan hidup dia. Dalam proses soal jawab ini, kedua-dua belah pihak mestilah menjawab sejujurnya walaupun jawabnya menyakitkan hati, jadi terima secara berlapang dada dan buat lah pilihan yang tepat.

1. Apakah wawasan hidupnya?

“Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan”

Wawasan hidup ini , kita kene tahu apa yang dia nak dalam hidup dia dari segi kerjaya dan cita-cita dia. Apa yang dirancang lagi 5 tahun, kenapa dia pilih untuk jalan seperti itu dan sebagainya. Kalau kita adalah seorang ambitious dan dia tak kasi kita bekerja dan duduk rumah je, matlamat hidup kau dengan dia dah tak sama.

Kau kene cari lelaki yang workaholic dan ambitious macam kau jugak. Kalau lelaki itu tak kisah kau kerja atau tidak dan apa jua matlamat kau, itu lebih baik.. kau boleh flexible untuk memilih jalan hidup kau dengan dia nanti. Andai kata jumpa pasangan yang jawab dia “entahlah… saya pun tak tau”. Nanti dia melamar kau .. kau jawab je dengan jawapan yang sama. Lelaki macam ni tidak ada pendirian hidup. Tak tau apa yang dia nak sebenarnya..

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

“Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan”

Kalau jumpe lelaki yang berkahwin semata-mata atas dasar nafsu lebih baik tinggalkan. Nanti kau dah tak cantik, nescaya dia makan luar. Soalan yang kau kene tanya, “kenapa awak nak kawin dengan saya?” kalau dia cakap kau ni perempuan paling cantik pernah jumpa,, halaahhh… halahhh.. ramai lagi cantik,, bohong je.. kalau dia cakap macam ni “saya rasa dah tiba masanya untuk berkahwin dan saya nak kahwin dengan awak. Sepanjang saya berkawan dengan awak .. awak je senang faham kerja saya dan selesa untuk berkongsi idea”, itu pun dah ok. Sebab kita sedang mencari kawan baik, kawan gaduh, kawan segala-galanya lah.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

“Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.”

Sifat-sifat yang kita suka tidak akan kita miliki 100%. Cari pasangan nearest dengan criteria yang kita nak. Majority nya wanita tak suka lelaki merokok… andai kata dipertemukan jodoh dengan dia.. yang mana kau prefer? Lelaki yang merokok tapi dia tak pernah naik tangan dengan kau atau kau lebih suka lelaki yang sebalik nya? atau Suka perempuan yang pandai masak tapi tak pandai melawa atau kau suka yang pandai melawa tapi tak pandai masak? Ikut lah cita rasa masing-masing. Bagi aku , cari lelaki yang tinggi sifat sabarnya dan perempuan pandai berdikari. Ini criteria paling utama dalam pemilihan pasangan.

Lagi 7 soalan akan saya huraikan untuk confession yang seterusnya atau boleh pergi ke link ni untuk dijadikan bahan bacaan. (https://baitulmuslim.com/artikel-tips-dan-petua/soalan-yang-patut-di-tanya-ketika-bertaaruf-berkenalan).

Itu sahaja, aku boleh cerita. Jangan takut la kahwin.. ini pesan mak aku.. dulu dia kahwin sebab nak lari dari masalah keluarga. Memang dia lari tapi tak bahagia. Dia pesan dengan aku masa nak akad nikah, pasang niat 200% “Ya Allah, aku melakukan sebahagian ibadah yang dituntut oleh Kau.. aku bernikah hari ini semata-mata mencari keredhaan Kau.. dan aku percaya dengan perkahwinan ini Kau akan buka pintu rezeki seluas-luasnya bagi aku dan suami ku nanti, Amiin”.

Perbetulkan niat kita dari sekarang, apa tujuan kita bernikah… Percayalah, penyerahan jiwa dan raga kau.. untuk melakukan ibadah ini, In sya Allah.. rezeki kau takkan pernah putus dan sentiasa datang rezeki yang tidak disangka-sangka. Rezeki ini bukannya duit semata-mata, dapat ipar-duai yang baik, pasangan yang baik, tidak banyak masalah dan ketenangan hidup berumah tangga pun rezeki.

Janganlah kita bersangka buruk dengan Pencipta kita, kahwin je masalah.. bukan begitu.. ramai je bahagia tapi tidak diceritakan. Saya doakan semua pembaca mendapat jodoh yang baik dan yang sudah berkahwin pasangan anda akan berubah menjadi seperti yang anda ingin kan suatu hari nanti.

Tentang 4 perkara yang diutarakan pada confession pertama, saya akan huraikan setelah saya habis terangkan 10 soalan taaruf ni memandang post ini dah terlalu panjang. Oh ya! Begitu jugak tentang bagaimana menjaga hubungan jarang jauh.. saya akan share pengalaman saya nanti ya. Terima kasih. Assalamualaikum.

– SZM

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *