Salam diberi kepada semua pembaca. Terima kasih kepada admin IIUMC kerana sudi menyiarkan artikel ini. Selama ni korang just baca keluhan nasib graduan, ibu mertua dsb. Apa kata kali ini, anda berkenalan dengan profession Jurupulih Cara Kerja @ Occupational Therapist (OT).
Anda kenal apa itu OT? Bukan overtime atau operation theater tapi occupational therapist. Bidang kami kurang dikenali dek kerana pelbagai gelaran diberi kepada kami. Contohnya, Cikgu, Doktor, dan Fisioterapis. Selalu sangat lah orang salah sangka OT ni sebagai Fisioterapis. Sebenarnya kami boleh digelar sebagai Therapist (beza dengan fisio & speech therapist ya) ataupun cikgu (kerana kami banyak terlibat dalam pembelajaran dengan kanak² istimewa).
Apa ye yang OT lakukan? OT membantu ‘disable people’untuk berdikari dalam melakukan aktiviti harian mereka. Terdapat pelbagai kategori yang dirujuk sebagai ‘disable people’. Antaranya, kanak² istimewa seperti autisme, down syndrome, dyslexia, slow learner, cerebral palsy etc. Selain itu, OT juga membantu pesakit yang mengalami kepatahan, kudung, strok, masalah saraf atau neurologikal untuk kembali berfungsi dan melakukan tugas harian mereka.
Tidak terhad kepada itu sahaja, di hospital atau wad sakit mental, OT bertindak sebagai cikgu untuk mengisi masa lapang pesakit mental dengan aktiviti berfaedah,beriadah bersama mereka, dan melakukan aktiviti yang dapat menyiapkan mereka untuk menghadapi dunia luar seperti memasak, berkebun dan menjahit. Malah, OT lah yang membuat splint untuk diberi kepada pesakit yang mengalami kepatahan dan menjahit ‘pressure garment’; pakaian khas yang diberikan kepada pesakit melecur akibat terbakar, dan insole atau tapak kasut khas untuk pesakit diabetes.
Banyak bidang lain yang OT telah teroka seperti penjagaan khas untuk orang tua. Namun OT sekali lagi ditekankan bukan seorang Nurse. Kerana skop kerja dan tujuan mereka berbeza, cuma di bidang yang sama. Tambahan pula, OT juga bekerjasama dalam program pemulihan untuk pesakit yang mengalami masalah jantung.
OT bekerja di mana? OT bekerja di hospital, pusat pendidikan khas untuk kanak² istimewa seperti PDK, pusat strok, pusat jagaan orang tua dsb. Jika di hospital, OT terletak di bawah Jabatan Rehabilitasi dan bersaudara dengan Department Fisioterapi.
Kami memfokuskan & melakukan AKTIVITI yang terlibat dalam kehidupan harian pesakit. Aktiviti tersebut seperti kebersihan diri, cara pemakaian baju dan memasak bagi ‘disable people’. Pokoknya, terlampau banyak bidang OT dan tugas OT yang tidak mampu saya ulas di sini. Jika kalian berkelapangan, sudilah singgah di Facebook OT Aliah Zainal Abidin, Maryam Jamadi, dan Siti ‘Aisyah Rozalli untuk perkongsian mengenai pediatrik atau kanak². Selain itu, ada juga OT yang membuat locum iaitu perkhidmatan OT bergerak, dengan melawat rumah pesakit dan melakukan aktiviti di situ.
Untuk info lanjut mengenai OT, anda boleh google sendiri. Maaf andai ulasan saya terhadap bidang ini ada salah silap info..betul kan di ruangan komen sekiranya info ini kurang tepat. Anda dah tahu & kenal apa itu OT?
Sekian. Terima kasih kerana sudi mengambil tahu mengenai OT..
– HA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit