Cara Mematikan Nafsu

Salam pembaca semua.

Aku puan Z, berusia awal 30 an, bekerja, mempunyai 3 orang anak. Tinggi dan berat aku dalam kategori berisi. Tidak kurus dan tidak gemuk.

Suami aku dua tahun lebih tua dari aku. Dia seorang suami yang baik, faham tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa. Tak pernah naik tangan dengan aku. Kami berkahwin atas dasar cinta.

Kisah aku bermula bila suami kemalangan motorsikal dalam perjalanan balik kerja. Teruk. Kaki kanannya patah 4 bahagian.

Dipendekkan cerita, disebabkan kemalangan tu, suami aku mati pucuk. Walaupun katanya dia masih bernafsu dengan aku.

Betul hubungan ‘itu’ bukan satu-satunya kepentingan dalam hubungan. Tapi kata lah apa pon, ia tetap satu keperluan sebagai manusia biasa. Fakta.

Tak dinafikan kami pernah bergaduh tentang isu ni. 

Aku jadi sedikit marah bila dia tiada usaha untuk lengkapkan keperluan aku sebagai isterinya.

Faham dia sakit, aku faham. Tapi untuk memuaskan perempuan, banyak lagi cara lain selain menggunakan kemaluan.

Tapi dia refused. Sebab mungkin kami tak biasa guna cara lain.

Aku sayang suami aku. Aku tak sanggup minta cerai semata-mata kerana keperluan aku yang satu itu tak dipenuhi.

Soalan aku, ada tak cara untuk matikan nafsu macam perempuan monopause tu?

Macamana pula perempuan yang kematian suami pada usia muda hadapi masalah ini?

Boleh tak agaknya share kan pengalaman?

Terima kasih..

– Puan Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *