Cara Membuat Iklan Menggunakan IG Ads

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hi, aku L, hari ni aku nak share tentang cara buat iklan menggunakan IG ads. Sesuai untuk rakan-rakan yang tengah berniaga menggunakan instagram. Yang aku nak share ni basic knowledge je, tapi aku harap dapat membantu korang start.

1. GAMBAR

First of all, gambar kena cun. Lighting on point. Make sure kalau orang nampak, depa terus berminat nak tekan. Ataupun offer korang kena menarik. Ada diskaun ke, harga murah ke, ada clearance ke. Basically benda yang boleh tarik minat orang.

2. CAPTION

Caption korang jangan berjela2. Takyah nak copyrighting sangat. Korang kena faham benda ni iklan yang orang scroll down je. Takde masa nak baca. So make sure first impression dah terus dapat ‘tangkap’ perhatian customer. Kalau caption korang panjang, actually instagram akan bagi notifications. Dia cakap iklan panjang2 ni result tak seberapa.

3. REDIRECTION

Yang ni penting. Korang nak iklan korang redirect customer ke mana. Kalau ada website, then boleh direct ke website. Kalau korang still jual pakai whatsapp, then just direct ke profile. Tapi make sure korang dah buat link wasap kat profile. Bila customer klik je, terus ke whatsapp korang. Aku as customer lemah betul kalau nak kena save no seller, pastu baru whatsapp. Kalau link wasap.my tu dah ada, senang gila.

4. TARGET MARKET

The most important aspect. Yang ni actually korang kena buat BMC (Business Module Canvas). Korang kena study, siapa target market korang.

Biasanya yang kena target ialah gender, location, age range, and interest.

Salah satu cara ialah dengan cara refer kat INSIGHTS. Kat situ boleh nampak followers korang dok kat mana, range umur, men or women. So basic info kita dah ada. Korang boleh juga refer kat database customer.

Database customer tu apa? Selama korang dok menjual ni, ada simpan tak data customer? Address diorg boleh determine poskod diorg banyak kat mana. Boleh membantu bila korang nak aim location. Kalau korang rajin berborak, korang boleh korek diorg umur berapa, kerja apa, etc. Yang tu membantu korang target range umur customer, dan juga specify diorg low income ke, middle income ke, high income ke.. Semua data ni penting untuk korang lebih faham siapa korang nak target seterusnya.

No phone sila simpan. Save every customer. Anytime ada sales atau offer, itulah masanya korang nak buat whatsapp broadcast. Tapi jangan spam. Make it short and lovely. Jangan buat selalu. Time ada offer best2 je. Kalau panjang berjela2 orang menyampah, delete je mesej korang pastu block, hahaha.

Last sekali ialah Interest. Pada aku yang ni paling susah. Korang kena cuba2.

Contoh:-

a) Jual jamu: Target ialah mak2 berpantang, mak2 30 years above, mak2 yang health concious, mak2 surirumah, mak2 bekerjaya, mak2 dok kampung, etc.

Macam mana nak tau popuan tu mak2 orang? Atau tgh pantang? Salah satu ialah aim umur diorg. Maybe pick 30-40 years old. Interest depa would be ‘baby and kids’, ‘newborn’, ‘mom and kids’, ‘organic’, ‘diet’, ‘health’, dan sebagainya. Korang study dan try an error. Kalau set Interest ni tak jadi, buat set baru.

b) Wedding Planner: Yang plan nak kawen ni mostly perempuan, so target Women. Diorg biasanya muda lagi, so target la umur 22-35 misalnya. Kalau kat fb, tak silap aku boleh target status: so ko target yg ‘in a relationship’ atau ‘engaged’. Sebab diorg la yang nak kawen. Tayah la amik yang ‘single’ atau ‘married’. Tapi kat instagram takde function ni so ko kena aim kat interest.

As usual, orang nak kawen ni selalu usha ig2 wedding, doorgift, wedding dress, etc. Apa yang diorg selalu usha, itulah interest diorg, dan instagram akan redirect ko punya iklan kat diorang kalau ko put the correct interest.

Aku dulu selalu main2 buat ig ads. Aku jual baju budak, asian theme. Aku pegi target mom and kids, parents, etc. Tapi tak jalan. Pada satu hari aku dapat direct consult ngan Fizo Omar. Dia cakap aku punya interest terlalu general.

Kalau aku jual baju cheongsam kanak2, Fizo taknak beli. Dia masuk dalam target market aku as ‘parents’, tapi dia takkan beli cheongsam untuk anak dia.

Kalau aku jual Hanbok kanak2, yang aku patut target ialah parents yang suka Korean style. So interest yang betul ialah ‘Kpop’, ‘korea’, ‘korean culture’, ‘k-drama’, dan sebagainya. Kalau tetiba tertarget minah2 single yg suka kpop pun, ada possibility diorg belikan untuk anak2 buah diorg tau.

So korang kena betul2 kenal produk korang, kenal target customer korang. Kalau buat sekali tak jalan, jangan give up. Buat lagi dan lagi dan lagi. Aku try berpuluh2 kali baru dapat iklan2 yang menarik customer. Bila dah dapat tu, ko tau tak punyalah senang. Everyday shoot je balik iklan yang sama, atau pakai gambar lain dengan target market yang sama. Hasilnya mmg whatsapp masuk tak berhenti hari2.

5. ALGORITHMS

Aku tak berapa sure pasal ni. Menurut cikgu2 Ig dan Fb ads, kita kena run ads hari2. Sebabnya, satu iklan ni, kalau Ig dan Fb tak dapat meet expectations kita, esoknya diorg akan ‘try’ customer lain.

Contohnya kita nak customer ‘View Profile’. Kalau Ig shoot 1000 customer dan yang view Ig kita cuma sorang, esoknya Ig shoot another 1000. Dia pilih orang lain. Semakin hari, Ig dan Fb akan makin ‘pandai’ nak target.

Macam mana diorg nak tau diorg kena target sape? Melalui human behaviour. Minah A ni bila nampak iklan, dia klik terus ke website. So minah A ni dah masuk dalam database FB as orang yg akan klik website. Dan sebagainya. Everything yang kita buat kat social media, semua behaviour kita, depa simpan. Tu sebab kalau ko google kasut Nike, tetiba bila ko bukak Instagram, keluar Ig Ads kasut Nike. Rasa cam privacy tercalar kan? Tapi all those data yang membantu business sebenarnya.

Tapi beb, kita mana ada duit nak run ig ads daily? Kita bukan bisnes besar mana pun. So apa aku boleh suggest, ko spend a few hundred per month, aim seminggu within time gaji. 3 hari before gaji and 3 hari lepas gaji run continuously. So dah dekat2 gaji tu org nampak dan aim barang ko. Masa gaji depa beli.

6. BUDGET AND STOCK

Aku biasa buat RM60 minimum per day. Sebab hasil sangat ok. Sehari aku run iklan RM60, sales masuk RM 500-1k. Berbaloi dan cukup untuk aku. Tapi sifu2 cakap tak cukup. Diorg buat iklan RM400 per day, sales RM5k per day. Ada yang bulanan juta2. Tapi diorang ada agent and dropship, stok diorg beribu2 kotak dari kilang. Memang la takde hal.

Aku bisnes kecik je woi. Stok aku tak banyak pun. So bila buat tu sedar diri sikit. Memang otai2 akan cakap ciput sangat ni, ko kena aim higher. Tapi you know where you stand. Buat within range ko boleh cover. Aku pernah je spend banyak untuk iklan pastu order masuk berlambak sampai aku tak dapat cover. At last dah jadik servis tak bagus pulak. Pos lambat la, tunggu restok la, customer pun jadi turn off. Kalau ko kaya dan ramai staff takpe la huhuhu..

Sampai sini je sharing aku untuk hari ini. Diharap otai2 fb dan ig ads pun boleh share more kat ruangan komen untuk kami belajar bersama2. Kalau ada sharing yang salah, mohon betulkan jugak kat bahagian komen so kitorang boleh improve.

Apa yang aku share ni sangat basic, tapi diharap dapat bagi korang idea untuk start. Sebabnya, Instagram set post kita cuma 7% je follower boleh nampak. Diorg memang nak kita spend untuk iklan. Rasa tak adil untuk bisnes kecik2 kita ni. Tapi actually apa yang tak adilnya? Yang kita nak complain pun watpe. Dah la pakai ig tu free. Siap boleh buat income lagi. Patut dah bersyukur dah platform tu ada.

Dan bila kita memang gunakan ig ads dengan betul, hasil dia memang sangat2 berkesan. Instagram dan Facebook tak menipu. Kita spend, they deliver. Tapi kena target bebetul la.

Sebab tu aku nak menyeru korang belajar dan gunakan peluang yang ada. Jangan dok bucu katil dok rasa tak fair and give up. Get up and build our legacy!

– Puan L

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *