Cara Menabung

Assalamualaikum.
Disini saya nak kongsikan cara nak simpan duit. Cara ni boleh digunakan oleh sesiapa sahaja asalkan kita rajin.

Cara yang saya kongsikan ni lebih sesuai digunakan kalau kita nak kumpul duit untuk digunakan bagi suatu tujuan seperti nak guna duit untuk beli sesuatu yang diinginkan atau apa apa je tujuan yang hampir dengannya. Kalau niat untuk menabung tanpa apa apa tujuan atau saja nak simpan duit pun boleh guna jugak asalkan kita bersungguh sungguh nak simpan.

Cara caranya adalah seperti berikut:
1. Tentukan jumlah untuk dikumpul dan tentukan berapa lama masa yang diambil untuk mengumpul
2. Tentukan berapa banyak yang perlu dikumpul dalam satu hari
3. Simpan duit yang dikumpul di tempat yang susah diambil (tapi jangan susah sangat, nanti payah pulak nak ambil)
4. JANGAN guna duit yang dah dikumpul
5. Simpan secara berterusan sampai cukup jumlah yang diinginkan dalam masa yang ditetapkan

*Contoh
Jumlah yg diperlukan: RM 50
Bilangan hari untuk menabung: 25 hari
Jumlah yg perlu disimpan dlm satu hari: RM 2
**Kalau tak dapat nak simpan pada satu hari tu, double-kan jumlah yg perlu disimpan pd hari seterusnya
Contoh: Perlu simpan RM3 dalam satu hari selama 30 hari. Jika tak dapat simpan duit pada hari ke-6, simpan RM6 pd hari ke-7
***Kalau boleh simpan lebih banyak duit dalam satu hari, boleh shortkan bilangan hari untuk mengumpul (jika mahu)
Contoh
Bilangan hari untuk menabung: 20 hari (RM2/hari)
Pada hari ke-8, dapat simpan RM4. Shortkan bilangan hari kepada 19 hari.
****Kalau tak dapat simpan mengikut jumlah yang ditetapkan dalam satu hari, cuma perlu tambahkan jumlah yang perlu disimpan pada hari berikutnya
Contoh: Perlu simpan RM 5 dalam tempoh 25 hari. Hanya dapat simpan RM3 pada hari ke-10, so simpan RM7 pada hari ke-11 (RM5+2)

Mudah je kan? Kalau untuk pelajar sekolah pun boleh guna cara ni. Boleh simpan duit lebih yang mak ayah bagi setiap hari untuk pergi sekolah, tapi simpan pada hari persekolahan je lah.

Jangan sampai ikat perut atau pinjam duit orang lain pulak semata mata nak simpan duit. Tentukan betul2 berapa lama tempoh yang diperlukan untuk menabung mengikut keadaan kewangan kita. Pastikan menabung secara konsisten.

Semoga bermanfaat.

– Hanis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit