Cara Menangani Sakit Mental

Assalamualaikum. Terlebih dahulu terima kasih jika pihak iiumc siarkan confession saya ni. Macam tajuk di atas tu, saya memang nak bercakap tentang penyakit mental (mental disorder).

Sebab saya juga salah seorang yang mengalaminya, maka saya tahu betapa merasai perasaan penyakit ini seolah takkan pulih selamanya.

Tapi sebagai seorang Islam dan beriman, saya tetap yakin kesembuhan milik Allah dan Dia akan memberinya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Saya perempuan dan berumur lingkungan 30-an.

Kali pertama saya mengalami penyakit mental ini, saya didiagnose dengan nama “acute psychosis”. Kalau acute ni memang doktor akan tahu ia sesuatu yang secara tiba tiba berlaku.

Nak gitau juga, sebelum mengalami ni, saya pernah diberikan amalan tanpa guru penunjuk yang khusus. Jadi beramal punya amal sampai terlebih dos amal tu, menyebabkan suatu hari hijab terbuka dan nampak perkara di dimensi berbeza dan ia agak menakutkan.

Yang part ni takleh nak cerita banyak apa yang dilihat tu, yang pastinya, saya tak dapat kuar dari keadaan tu, dan alhamdulillah lepas kengkawan bawa jupe doktor, bagi injection yang agak kuat.

Saya pengsan lalu lepas sedar tu, semua tu hilang dari pandangan, meski perasaan dalam suasana tu masih ada dalam sesetengah keadaan. Ok. tu diagnosa pertama saya.

Setelah tak lama tu, follow up dengan doktor, doktor just diagnose saya sebagai pengidap bipolar disorder sahaja. Cumalah, tak lama lepas peristiwa menakutkan tu, saya terkena d3pr3ssion yang agak teruk bergantian dengan mood yang kekadang ok.

Mood ok ni lagi kurang lah dari d3pr3ssion tu. Dan dalam bipolar memang ada maniac dan d3pr3ssive episode. Dan perkara ni berterusan sehingga 3 tahun.

Dan memang mood swing itu terjadi berterusan menyebabkan pelajaran saya terjejas. Dan saya juga jadi makin sensitif dan tak mampu berfikiran positif meski saya tahu betapa pentingnya berfikiran positif. (Tapi saya tetap usaha untuk kekal positif).

Cuma tu lah, masa d3pr3ssive episode tu datang, memang rasa nak tidur je beberapa hati berturut turut. Sampai nak ke kelas pun malas.

Ditakdirkan Allah perasaan menakutkan tu datang kembali, akhirnya saya bertekad untuk mencari guru penunjuk. Akhirnya Allah temukan saya dan lepas cerita pengalaman menakutkan saya tu, guru tersebut terus mengambil saya sebagai muridnya.

Dan ada seorang lain juga yang memberitahu saya, hijab saya yang terbuka di dimensi tu amat berbahaya kepada saya, kerana perasaan takut itu akan menjadi asbab untuk syaitan makin mendekati saya.

Tapi nasib baiklah saya masih ada perasaan takut, kalau saya selesa dalam dimensi tu, ia lebih berbahaya bagi saya, dan perasaan takut itu menandakan saya masih ada ikhlas. Nasib lah dah tertutup pandangan tu meski perasaan tu masih ada pada masa tertentu.

Ok, saya taknak cerita banyak pasal perkaitan sakit mental dengan perkara kerohanian, sebab saya bukan orang yang pakar tentang perkara itu.

Ada juga ulama bahaskan dalam kitab, sesetengah psychosis tu boleh terjadi disebabkan ahwal (keadaan) kerohanian yang dipengaruhi oleh gelombang minda yang kuat oleh orang tertentu. Gelombang yang baik atau tidak baik bergantung kepada siapa yang membawanya.

Tapi saya taknak cite banyak pasal ni nanti kena marah pula dengan orang yang ahlinya. Saya lebih berkenan nak cerita perkara ni dari sudut teori perubatan.

Bila guna Scan otak yang dipanggil Petscan, orang yang mengalami sakit mental ini akan mengalami kerosakan otak pada tempat tempat tertentu, dan aura serta haba yang dikeluarkan juga berbeza dari orang normal.

Dan orang yang mengalami sakit mental ni banyak faktor, dan faktor utama adalah tekanan. Tak kisahlah tekanan sebab jangkitan kuman, atau accident, atau ketidakstabilan kehidupan, sosialiti dan lain lain tekanan.

Ini bukan sesuatu yang kita katakan sebagai penanda aras untuk menghukum seseorang itu tidak beriman hanya kerana mereka mengalami d3pr3ssion.

Misalnya budak budak, mereka tertekan dan kimia dalam otak mereka menjadi tidak stabil kerana didera, adakah kita nak menghukum mereka kerna mereka tidak berzikir, baca Quran, atau tidak solat? Pastilah tidak bukan. Jadi penyakit tetap penyakit.

Janganlah kita menambah sakit orang dengan mengeluarkan kata kata yang tidak baik seperti mengatakan mereka kurg iman dan sebagainya.

Biasanya mereka yang mengatakan pesakit mental ni kurang iman hanyalah mereka yang pertamanya tiada faham ilmu perubatan, atau mereka yang obses dan takjub dengan diri sendiri sahaja.

Sifat takjub ujub dengan diri sendiri inilah yang menyebabkan mereka mudah menghakimi dengan kalimat demikian.

Takjub merasa diri banyak iman, maka Allah menyayangi mereka, sebab tu tak kena penyakit mental. Jaga jaga dengan penyakit ujub ini sebab ia akan merosakkan amal dan menyebabkan amalan tidak diterima.

Tapi janganlah kita tuduh kepada sesiapapun bahawa mereka ada ujub, sebab itu pun tak boleh juga. Meski nampak cam ujub pun, kita tetap kena bersangka baik hati mereka tak camtu.

Eh, dah melencong pula… Oklah. First of all saya nak share cara saya menangani fasa d3pr3ssive dalam penyakit saya ni. D3pr3ssive ni sampai leh jadi psychosis tau. Jangan memain. Maniac pun sama. Leh jadi psychosis kalau keterlaluan.

Jadi untuk pesakit bipolar cam saya, penting untuk sentiasa stabilkan emosi agar tak terlalu excited atau tak terlalu sedih. Tapi fasa d3pr3ssive tu memang sukar.

Sampai sekarang saya masih melaluinya tapi tak seteruk dahulu sebab saya dah kahwin dengan orang yang memahami, alhamdulillah :) Tapi nak kata dia memahami 100 peratus pun tak juga.

Jadi sekarang ni sudah kira kira 9 tahun saya struggle dengan penyakit ni. Apa yang saya belajar , cara untuk menangani penyakit mental sebegini adalah :

1 – Usah heboh kepada sesiapapun kita ada sakit mental, tapi bagitahu je kita kurang sihat bila kita tak mampu buat apa apa kerja. Sebab terkadang stigma megatif masyarakt kepada pesakit mental ini akan memberi kesan kepada gelombang minda mereka terhadap kita.

Jangan memain tau dengan sangkaan buruk orang, hatta dalam kajian sains pun, ada kajian tentang kesan gelombang minda yang memberi pengaruh ni.

Mereka letak elektrod kat orang dewasa dan baby untuk tengok reaksi arus melalui graf yang akan terwujud kat komputer.

Bila orang dewasa tu menunjukkan emosi gembira kepada baby, tempat otak sama akan diaktifkan arus tersebut. Maka begitu juga konsepnya tentang hal ni, jika ada orang sangka buruk kat kita,

kalau kita ni memang jenis sensitif, kawasan otak kita yang leh kesan sangka buruk tu akan aktif juga dan ini akan menyebabkan minda kita jadi ‘down’ kalau kita tak kuat untuk menolak gelombang minda negatif dari sangkaan buruk orang lain tadi.

Dalam Islam pun memamg diajar untuk sentiasa duduk dengan teman yang soleh kerana sikap teman yang soleh itu akan mempengaruhi temannya dalam tempoh 40 hari.

2- Kedua, jangan trigger atau marah sangat bila ada orang kata kita lemah iman, atau banyak dosa, atau bila orang nasihat kita baca Quran banyak dan zikir banyak dsbgainya.

Anggap sahaja sangkaan mereka itu ujian Allah untuk kita, dan memang kita tak akan mampu ubah stigma masyarakat tertentu dalam hal sakit mental ni.

Kita just take positive dan terima nasihat mereka secara positif je. Dan sebut je InsyaAllah, sambil senyum ke.

Dan cuba merendah hati kepada Tuhan kita yang meletakkan kita sebagai hambanya yang lemah buat masa ni, kerana setiap kehendak Allah itu adalah sentiasa yang terbaik untuk hamba-Nya selagi kita percaya kepada-Nya.

Jadilah hamba Tuhan yang menerima apa saja pemberian dari Tuhan, kerana kita hamba. Jika memang tidak mampu, adukanlah kepada-Nya dengan penuh rasa kehambaan dan kerendahan hati.

3- Buat perkara yang menggembirakan diri. Tak kisahlah cam lagha sikit, asalkan masih tak melanggar batasan syariat, cam tengok movie ke, bercinta ke, update status fb ke (tapi kalau takde like jangan sedih pula).

Buat saja perkara yang kita rasa boleh menggembirakan kita. Tapi jangan over sangat ye. Kalau saya dulu, saya join group perbincangan keTuhanan sebelum jumpa suami saya.

Bila nampak dia cam jenis tak judge dan bukannya fahaman sesat, alhamdulillah Allah izinkan saya berkenalan dengan dia dan dia amat membantu saya menangani hidup saya yang agak mencabar (sebab keluarga sendiri susah nak memahami saya, meski mereka tak mencela saya).

Buat perkara yang menggembirakan ni penting tau. Sebab bila korang gembira , baru korang akan ada semangat beramal, dan baru korang tak beramal ibadat dengan rasa tertekan.

4- Elakkan banyak berdebat dan berbahas. Ni penting juga. Dalam Islam pun ada hadis Nabi yang menyuruh kita agar hanya bercakap yang baik baik atau diam.

Tapi kalau tak tahan sangat, bahas je lah, kang simpan tu lebih tak elok pula. Tapi, camne pun, elakkan emosi negatif sedaya upaya mungkin.

5- Usah judge orang lain atau diri sendiri. Muhasabah diri takpe. Tapi jangan menjadi Tuhan.

6 – Elakkan banyak termenung. Cam saya cakap, guna je bersosial melalui media sosial untuk elakkan datangnya bisikan negatif. Tapi usahalah cari persekitaran media sosial yang baik.

Kalau boring dengan media sosial, cuba bersosial di luar rumah saja. Tapi lani tak digalakkan sebab Covid.

7- Amalkan sikap mahmudah dan terpuji yang diajarkan oleh Islam… Yang ni memang gradual lah. Sebab kita ni, lebih lagi pempuan, memang mudah dipengaruhi emosi.

Dan untuk ada sifat terpuji ni pun makan masa dan perlu guru penunjuk jalan keTuhanan yang benar mewarisi kerohanian Nabi kita.

8- Positif tu bagus, tapi jauhi toxic positivity. Toxic positivity ni semacam terlalu positif sampai takleh appreciate negative langsung. Sikit sikit positif. Sesungguhnya dunia ni dijadikan dengan keseimbangan.

Jadi positif atau negatif itu keduanya ada peranannya untuk menzahirkan kesempurnaan dan kebijaksanaan Tuhan.

Tapi kita semua lebih menyukai perkara positif, jadi cubalah positif seboleh mungkin tanpa menghina yang negatif. “Its ok to be negative sometimes but don’t let it continuosly affect your life”.

Ok, saya rasa dah cukup dah perkongsian saya. Semoga bermanfaat untuk semua ya. Dan lastly, jangan putus asa dengan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Tapi cita cita kena realistik tau, baru sihat pemikiran tu. Optimis dan objektif kena seimbang.

Dan jadikan negatif itu untuk kita menghayati kebijaksanaan dan kesempurnaan Tuhan dengan penuh kesyukuran.

Sape yang belum dapat jodoh, saya doakan dikurniakan jodoh yang memahami dan membawa kepada makin mencintai Tuhan. Doakan yang baik baik untuk saya juga tau.

– Si comel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *