Assalammualaikum warga maya sekalian. Tidak banyak yang ingin saya kongsikan. Tujuan saya menulis sekadar ingin berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman sendiri dan orang sekeliling saya.
Sering kali, kita dihidangkan dengan kisah-kisah wanita dianiaya teman lelaki, isteri tidak dihargai suami dan banyak lagi.
Justeru, ingin saya kongsikan dengan sahabat maya, cara atau Tips untuk menjadi wanita solehah seterusnya menjadi isteri dambaan suami ataupun wanita dambaan lelaki. InshaAllah yang baik itu daripada Allah dan yang kurang itu daripada saya sendiri.
Sebagai manusia yang beriman kepada penciptanya iaitu Allah, mahu atau tidak kita hendaklah sentiasa mengutamakan Allah.
Kalau kita seorang anak, untuk menjadi anak yang soleh/ solehah pasti kita perlu utamakan Allah, dan begitu juga jika kita seorang isteri, kita juga wajib mengutamakan Allah, nescaya Allah akan jadikan kita wanita dambaan suami.
1) Jaga hubungan dengan Allah. Lalukan suruhan Allah. Solat awal waktu, dan wajib melazimi membaca al-Quran. Pakailah pakaian menutup aurat dan jaga ikhtilat sesama bukan mahram.
2) Percaya. Perlu ada sikap percaya kepada suami. Kerana dalam rumah tangga Suami adalah imam dan isteri makmun. Yakinlah suami mampu menjadi ketua keluarga. Kita tidak perlu terlalu teliti, menyuruh atau memeriksa semua tugas suami.
Sebagai isteri, yakinlah suami tahu tugas dan batas dia sebagai suami. Percayakan suami, tidak perlu kita fikir suami akan cari lain atau ada wanita lain.
2) Turutkan sahaja apa suami mintak. Kalau dia cakap nak tido. Jawab sahaja ok. Kalau dia cakap nak keluar jumpa kawan jawab sahaja ok. Tak perlu bagi tekanan kepada dia, cari dia ketika keluar atau selidik dia pergi mana dengan siapa. BIG NO.
Jawab sahaja okay dengan semua permintaan suami, kecuali benda yang melanggar hukum Allah wajib kita cakap TIDAK.
3) Jangan fikir negative. Contohnya jika suami berwangi-wangian, nak jumpa perempuan lain kah? Jika suami sentiasa online, ada GF kah? Tidak perlu negative. Selalu Husnuzon ataupun bersangka baik terhadap suami.
4) Tidak perlu selidik atau stalk media sosial suami/ pasangan. Biarkan dia nk buat APA sahaja walaupun kita rasa rasa dia ada rapat dengan perempuan lain di media sosial. Komen atau like gambar etc. Let IT be.
Yakinlah suami bukan budak darjah 6, untuk kita arahkan atau larang. Yakinlah suami kita tahu menilai baik buruk atas setiap perbuatan dia.
5) Yakin dengan janji Allah, apa sahaja ditakdirkan untuk kita tidak akan mungkin diambil orang lain.
6) Support suami dalam apa sahaja situasi. Apa sahaja. Jaga percakapan. Kalau nak gaduh sangat atau mood tengah swing just senyap. Sebab tu Islam cakap, jika tidak ada benda baik untuk diucap lebih baik senyap. SENYAP.
7) Kita tidak boleh ubah orang/ suami/ pasangan tapi orang/ suami/ pasangan boleh berubah dengan sikap kita. Jadi pilihlah, nak dia berubah makin sayang atau makin menjauh.
Jaga sikap. Jaga percakapan. Jaga makan pakai minum suami SEMAMPU kita. Jangan paksa diri, nanti kita stress. Tak mampu, Then stop. Back off. Rest. Esok sambung.
Jangan push diri sendiri. Tenang. Buat satu-satu. Kita bukan berlumba sapa rumah paling cantik. NO NEED. We are at our own zone. Tapi ingat Allah cintakan KEBERSIHAN.
8.) Sabar. Sabar bukan sebab sayang Suami/ pasangan sabar sebab Allah. Yakinlah Allah tingkatkan martabat orang yang sabar. Apa sahaja tindakan suami, kita tidak perlu triggered sehinga merosakkan zone solehah kita. Ingat balik niat kita nak jadi solehah. Sabar senyap.
Bincang dan tegur suami selepas dia okay. Utarakan apa yang kita tak setuju. Dia nak ikut atau tak terpulang. Janji kita dah cakap. Ingat jangan triggered dgn perangai dia.
9) Jaga kemaluan. Sentiasa doa agar dijauhkan daripada perkara maksiat (jika belum nikah lagi) Doa minta Allah tuntun kita kejalan yang diredai. Dan bukan jalan maksiat.
Tidak perlu buktikan kasih sayang kepada lelaki. Jika dia sayang, dia tetap sayang. Jika dia tak sayang, dia tetap tak sayang walaupun satu dunia kita bagi dia sebagai bukti. Allah yang pegang hati dia. Jadi jaga kemaluan.
10) Jika ditakdirkan suami/ pasangan berubah dan ada perempuan lain, kita tak perlu menyesal atau sedih sebab kita dah bagi yang terbaik.
Kita dah jaga perangai, layan dia dengan baik, kita dah jadi wanita solehah tapi dia tetap pilih orang lain, maksudnya bukan salah kita. Suami/ pasangan yang salah sebab dia yang tak tahu menilai.
Ingat balik Islam cakap, Usaha, Doa, Tawakal. Kita sudah usaha, jadi kita doa supaya Allah tuntun suami kita kejalan benar dan selebihnya kita berserah dan tawakal. Yakin dengan Allah dia maha pemurah pengasih dan penyayang.
Dia yang lahirkan rasa kasih sayang kita antara suami isteri dan dia juga yang mampu pengmbilnya kembali.
11) Yakin dengan point nombor 5, suami/ pasangan pasti akan cari kita balik selepas dia sedar kesilapan dia, sebab dia tahu kita wanita yang baik solehah. Pasti dia sedar dan takut untuk kehilangan wanita sebaik kita.
Semua lelaki inginkan wanita yang baik dan solehah. Jadilah wanita solehah. InshaAllah kita tetap akan jadi nombor satu di hati suami/pasangan dengan izin Allah.
12) Kalau ditakdirkan suami/ pasangan tak cari kita balik? Yakinlah Allah sebaik-baik penentu. Ini bermakna suami/ pasangan tidak layak untuk wanita sebaik kita.
Dan yakinlah Allah sudah sediakan pengganti yang 10 kali lebih baik daripada suami/ pasangan untuk wanita sebaik/ Solehah seperti kita.
13) Sentiasa ingat, dunia ini pentas ujian buat Allah kepada makhluk ciptaannya. Yakinlah jika kita jaga hubungan dengan Allah,
Allah pasti akan keluarkan kita dalam pada sahaja masalah dan Allah pasti akan menuntun kita kejalan yang diredai malah Allah pasti akan membekalkan kita dengan kekuatan yang tidak kita fikirkan ketika kita hadapi masalah.
Ingatlah syurga itu mahal, dan inilah bayaran yang perlu kita bayar sebagai makhluk Allah jika kita inginkan syurganya. Hanya makhluknya yang lulus ujian sahaja pasti diberikan nikmat syurga.
Jadi berusahalah untuk menjadi wanita/isteri solehah dambaan lelaki/suami. Selebihnya doa dan tawakal kepada Allah. Kita buat bukan sebab untuk raih cinta suami/pasangan tapi untuk raih cinta Ilahi.
Waalllahuam.
– -Bakal Wanita Solehah- (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit