Assalamualaikum & salam sejahtera. Sedikit perkenalan dari saya. Saya Ahmad (bukan nama sebenar) lelaki & bujang. Umur sudah akhir 20-an.
Sejak akhir² ini banyak kupasan & confession yang berkaitan dengan alam rumahtangga.
Yang mana punca utama yang mengakibatkan isu-isu dalam rumahtangga ini ialah salah memilih pasangan hidup.
Okey, straight to the point. Khas untuk wanita bujang yang masih tercari-cari bakal suami yang berkualiti, hari ini saya ingin kongsikan cara bagaimana untuk mencari bakal suami yang berkualiti.
1. Cari lelaki yang selalu hadir ke masjid untuk menunaikan solat.
Mungkin cara ini seperti tidak relevan pada pendapat sesetengah orang. Tapi percayalah, lelaki yang menjaga hubungan dengan tuhan pasti ada usaha sebagai muslim yang baik untuk pergi ke masjid.
Kebanyakkan rumahtangga yang rapuh adalah disebabkan ketua keluarga a.k.a suami tidak ada kekuatan dalam beragama.
Masih ada ke bujang² lelaki yang rajin pergi ke masjid. Masih ada ya cik² sekalian. Pergi saja mana² masjid pasti akan ketemu.
Tidak berkenan dengan yang ini, pergi ke masjid yang lain. Semudah itu.
Waktu bila mahu mencari? waktu solat standard yang orang² biasa selalu pergi adalah asar & maghrib. Pergi lah waktu ini.
Caranya, cik² solat jemaah sekali. Seusai solat berjemaah terus balik ke kereta & waktu inilah tunggu saja para² bujang muslim akan keluar. Setelah sudah aim mana satu orangnya.
Esok, datang lagi sekali pada waktu yang sama. Minta wakil siapa², mungkin kanak² lelaki. Minta tolong (*jangan lupa bagi upah ) hantar satu nota kepada si dia.
Jika nak lagi advance, pergi pada waktu solat subuh @ isyak. Bujang² yang datang waktu ini adalah spesis rare. Diri saya pon setakat ini belum lagi istiqomah datang pada waktu ini.
*Untuk langkah yang lagi tersusun & yakin. Pergi lah spy orang yang sama dalam 2 bulan. Tengok berapa kerap dia pergi ke masjid.
2. Perhatikan wanita sexy.
Ha, macam pelikkan. Cara ini adalah untuk mengecam lelaki² yang gatal & baik.
Okey, begini caranya. Biar saya bocorkan rahsia lelaki buaya darat. Kebiasaannya wanita² sukar untuk kenalpasti lelaki mana yang baik, lelaki mana yang tidak baik.
Mula², cari satu orang wanita sexy. Lepas itu perhatikan lelaki² yang ada sekelilingnya.
Selalu lelaki yang tidak berapa berguna, dia akan melayan nafsunya dengan melihat berulang kali kepada wanita sexy itu tadi. Ya, perkara ini adalah benar.
Suatu ketika, semasa zaman saya di universiti. Waktu sedap² makan. Meja sebelah boleh pula cakap sesama mereka & bercakap mengenai wanita yang agak sexy yang kebetulan makan disitu juga.
Nak tahu antara ayatnya apa? “Wei, ko tengok tu awek kat hujung corner tu. Aset baik tu. Kalau dapat ramas tu sedap wei”
Ya, betul. Ayat tu saya dengar telinga jadi panas. Memang tidak ada perasaan malu. (ayat diatas telah disopankan, yang reliti lagi ektrim).
Kebanyakkan lelaki yang bernafsu buas ini pakejnya adalah perokok & kaki game. Itu secara luaran. Jika yang lagi ektrem ada antara mereka yang senang² bawa wanita masuk dalam bilik sewa. *paham² saja lah.
Lelaki yang baik², dia akan turunkan pandangan & sedaya upaya untuk tidak lihat wanita sexy itu tadi.
Ternampak & tertengok sekali pandang itu mungkin ada. Tetapi tiada istilah ternampak dua kali, okey.
3. Perhatikan pakcik makcik tua.
Lelaki bujang yang baik dari segi akhlak, kebiasaannya tidak akan kekok untuk berbual dengan pakcik makcik tua.
Tapi cara ini terpakai jika lelaki baik itu bukan jenis yang introvert. Mudah nak faham walaupon lelaki itu introvert sekalipon, jika ada pakcik makcik yang bertegur sapa, dia pasti akan layan.
===
3 cara ini memang susah para lelaki nak tipu lagi² yang cara nombor satu.
Sebenarnya banyak saja lagi cara hendak tahu lelaki itu baik atau sebaliknya. Tapi cukup saja 3 cara ini.
Percayalah para wanita bujang, masih ramai lelaki bujang yang berkualiti.
– Ahmad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit