Cara Nak Cerahkan Ketiak yang Gelap dan Hitam

Assalamualaikum semua. Saya happy sangat sebab ketiak saya dah cerah, putih dan lembut. Eh sebenarnya hitam manis sebab warna kulit saya hitam manis.

Sejak saya zaman sekolah sampai saya dah bekerja saya tak pernah ambil kesah pasal ketiak saya. Saya cuma ambil berat pasal kulit muka saja tapi ketiak saya abaikan.

Sejak 2 tahun lepas baru saya perasan pasal warna ketiak saya agak gelap tapi waktu tu saya tak jaga elok juga. Saya biar je ketiak saya warna gelap macam tu.

Bila bulu ketiak dah panjang saya cukurlah, hahaha tapi saya tak pernah terfikir kenapa kulit ketiak saya gelap daripada warna kulit anggota badan saya yang lain. Saya tengok model – model kat majalah dan tv barulah saya terfikir kenapa warna ketiak saya tak sama macam mereka.

Kawan lelaki saya dia penah tanya saya macam mana saya jaga ketiak saya. Saya macam pelik kenapa dia tanya soalan macam tu tapi saya rasa malu jugalah sebab saya tahu ketiak saya tak cerah macam model – model yang cantik tu.

Tambah pula ada kawan perempuan saya pernah cerita pasal kawan dia yang suka pakai sleeveless shirt tapi ketiak dia hitam so kawan saya cakap ketiak hitam tak elok.

Barulah saya sedar yang sebenarnya warna ketiak kita sama saja macam warna kulit tangan kaki peha perut dan anggota yang lain. Tapi, sebab tak jaga maka ia boleh berubah jadi warna gelap.

Ketiak saya jadi hitam sikit tapi tak teruk sangat. Saya jenis selalu cukur bulu ketiak jadi mungkin tu salah satu sebab kenapa ketiak saya berubah jadi warna gelap.

Dua bulan lepas saya mula ambil berat pasal ketiak saya. Saya teruja sangat nak kembalikan warna ketiak yang sama warna dengan warna kulit anggota badan saya yang lain.

Saya sampai berdoa pada Allah “Ya Allah cerahkan lah balik ketiak saya ni, hilangkan gelap tu.” Hehe.. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya.

Ini cara saya kembalikan kecerahan ketiak saya. Untuk keadaan ketiak saya yang gelap tapi tidak teruk, ia mengambil masa selama 2 bulan untuk nampak hasil yang memuaskan hati.

1) Setiap hari dua kali sehari, pagi dan malam saya scrub ketiak saya dengan scrub muka St. Ives Apricot. Caranya tak perlu basahkan dengan air. Terus picit scrub dan sapu pada ketiak. Gosok sampai puas hati.

Tapi jangan kasar – kasar sebab kulit ketiak kita ni dia lembut kalau kasar nanti jadi luka dan pedih. Kalau nak puas hati lagi, lepas scrub dengan scrub St. Ives bolehlah scrub lagi dengan Bathing Controller yang boleh dibeli di Miniso atau Yubiso.

2) Lepas scrub, jangan lupa sapu pelembap yang ada kandungan vitamin E. Boleh juga sapu aloe vera gel untuk membantu proses pencerahan.

3) Setiap hari jangan lupa sapu ketiak dengan apple cider yang dah dicampur dengan air. Ia membantu proses pencerahan.

4) Cabut bulu ketiak dengan cara wax. Jangan cukur sebab bercukur boleh sebabkan gelap pada ketiak.

5) Elakkan pakai deodorant. Saya mula berhenti pakai deodorant sebab deodorant boleh menyebabkan ketiak menjadi gelap.

Nasib baik saya ni jenis yang tak ada bau ketiak dan bau badan jadi tak pakai deodorant pun tak ada masalah. Tapi, sebagai ganti deodorant saya akan sapu aloe vera gel dan apple cidar.

Inilah saja cara yang saya buat untuk cerahkan kembali warna ketiak. Sekarang saya rasa happy happy happy sangat sangat sebab warna ketiak saya dah cerah, lembut dan licin.

Disebabkan ketiak saya dah cerah balik, saya cuma scrub pada waktu malam saja waktu mandi. Dah tak perlu scrub 2 kali sehari lagi. Haha best kan?

Sebagai wanita kita perlulah menjaga kebersihan kulit. Kulit muka bersih tapi kalau ketiak kita berwarna gelap mestilah tak elok kan? Jadi saya harap dengan tips ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda yang mempunyai ketiak yang gelap.

– Si Cantik Hitam Manis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit