Cara Nak Elak Lelaki Orang II

Untuk part I, (https://iiumc.com/cara-nak-elak-lelaki-orang/).

Assalamualaikum terima kasih admin sudi siarkan confession aku yang pertama. Yang tak baca lagi kisah aku boleh baca part 1 baru keluar hari tu.

Hari ni aku bahasakan diri sebagai saya laa bagi nampak lebih sopan sebab saya ada nak ulas beberapa komen netizen. Yer saya baca semua 200 lebih komen korang. Panjang pendek, semua saya baca.

Wow yang suka dengan artikel saya terima kasih. Komen anda sangat dihargai. Yang share pengalaman terima kasih saya baca juga. Moga kalian terus kuat dan bertemu jodoh yang lebih baik. Aamiin aamiin ya robbal alamin.

Saya ulas komen berserta balasan kepada komen kalian dan akhir sudah pasti ada tips lagi saya akan kongsikan. Kali ni artikel panjang sikit yer tak payah part 3. Hehe.

Komen yang pertama dari seorang lelaki, komennya berbunyi “mentaliti sesat wanita akhir zaman, bla bla bla”.

Agak panjang lagi lepas tuu dia jugak laa yang balas komen orang lain. Saya nak jelaskan, artikel ni untuk wanita yang keliru atau terlibat dengan suami orang secara sengaja atau tak.

Bukan pasal benci poligami. Bukan pasal nak hentikan poligami. Cuma tips atau nasihat. Abang tak perlu marah tanpa sebab tapi Facebook abang tak ada gambar. Hahahaha

Komen kedua “Diuji dengan lelaki biasa senang laa ckp berprinsip bagai”.

Untuk pengetahuan anda, Aiman tu bukan orang biasa-biasa. Harta banyak dan ada pangkat. Dia pernah pesan, “diana kalau ada apa-apa masalah bagitahu jer abang”. Maaf saya sejenis perempuan yang berdiri diatas kaki sendiri.

Bukan aset yang saya cari. Saya ada aset sendiri. Saya bersyukur, alhamdulillah. Komen ketiga cakap “Pelik yer kenapa lelaki dlm nie kena triggered”.

Saya setuju dengan dia. Saya pun tak faham. Ada ke saya ulas pasal poligami. Tips saya pun dah banyak tapis jaga hati kaum Adam. Tapi masih nak bawa artikel ni ke arah negatif, hang pasai paa? Hahahaha

Jangan risau saya bukan nak ulas 200 komen cuma sesetengah yang menarik sahaja. Mari kita ke komen keempat.

Komen keempat dari seorang mak cik ni dia komen paling panjang penuh kata-kata positif dan doa yang baik-baik. Terima kasih saya sangat menghargai mak cik.

Nasihat mak cik kekal diingatan. Terima kasih nasihat saya macam anak sendiri. Seterusnya, komen kelima bertanya, “kawen dengan laki org tuu jenis perempuan tak ada maruah ke?” Allahu… tak pernah nak cakap macam tuu sis.

Saya cuma bagi nasihat kalau boleh elakkan. Tak semestinya bermaksud kawin dengan laki orang tak ada maruah. Mungkin ada kisah yang saya tak tahu kan?

Komen kedua terakhir ramai bagitahu madu kelulut tu masam. Hahaha sumpah saya tak tahu. Ingat macam madu biasa. Malunya saya.

Kemain madu kelulut. Tapi fikir balik kata-kata suami orang ni memang kita patut tengok ibarat madu kelulut. Masam, dan bukan manis.

Cehh cover. Hahaha…

Komen terakhir saya perasan ada sis ni cakap “nk tulis tips letak perenggan yg bernombor senang nk baca”. Ok kak, saya akan letak kali ni.

Tak lupa juga ada sorang mamat ni cakap “hai saya bujang” pastu kawan-kawan dia pun sahkan dia bujang. Hamboiii support member nampak… haha

Okay semoga sedikit sebanyak terjawab persoalan atau geram korang tu. Saya harap tips kali ni tak akan “triggered” kaum Adam lagi. Tips nak elak laki orang :

1) Andai kata tak pasti status dia, kalau kenal dia di tempat kerja, tanya jer dekat pekerja yang senior dari kita dan pastikan perempuan juga yang tak rapat dengan dia. Kalau rapat sesetengah kawan perempuan pun back up rahsiakan status.

2) Kalau kenal dekat tempat lain dan dia jenis tak suka post dekat sosial media, korang cuba search nama dia terus dekat Google. Kalau boleh nama penuh. Dan tekan imej Google juga mesti jumpa sis. Saya dah jumpa. Hehe…

Pastikan tahu juga nama samaran atau nama panggilan diaorang. Diaorang tak post no hal laa orang lain mesti pernah post gambar dengan diorang.

3) Kepada semua kaum wanita kalau dah rasa lelaki tuu lain macam atau macam banyak yang dia rahsiakan tolong ambil kira itu sebagai red alert. Apa korang dapat kalau bertahan dan penuh tanda tanya. Jangan laa buang masa.

4) Biasa yang terjebak ni merupakan wanita yang tak cukup kasih sayang atau tak rapat dengan keluarga.

Maaf saya cakap macam nie “but sometimes we tend to felt safer or better with someone husband is because they are so caring while our family is not”. Jangan! Tolong hentikan.

Banyak lagi tempat nak arahkan kesunyian anda. Kalau tak pandai bahasa inggeris beli novel inggeris baca. Tak faham, Google translate. At the end lama-lama awak jadi pandai English dan bertambah knowledge.

Kalau terjebak dengan laki orang sebab sunyi silap hari bulan habuk tak dapat yang dapat maki hamun kena tarik rambut lagi sis.

5) Tolong jangan iyakan untuk ada hubungan dengan laki orang sebab dia cakap ini itu pasal isteri dia. Percaya laa alasan tu semua tak boleh pakai.

Tolong bijak dan kalau rasa nak nasihat, nasihat jer dia tapi pastikan nasihat sekali jer. Jangan banyak kali sesi kaunseling pulak. Nanti kelaut cina selatan. Risauuuu.

Itu jer tips atau cara yang saya rasa wanita boleh pakai. Untuk wanita yang rasa rendah diri rolong berhenti.

Setiap wanita istimewa cumanya perlu lelaki yang betul untuk nilai atau jumpa anda. Lelaki yang salah akan sentiasa rasa anda kurang pastu laki orang pulak muncul…

Haihhh Kalau korang ada tips lagi boleh laa tambah dekat ruangan komen. Saya ulang sekali lagi tips ni untuk elakkan wanita ada hubungan dengan laki orang bukan untuk benci poligami.

Orang cakap boleh elak kita elak. Saya pun bukan benci but I have taste. Laki orang not my taste. Gituuu. Hehe sekian dari saya. Panas yer isu ni.

Wanita sekalian jaga diri baik-baik ok. May Allah bless all of us always.

– Diana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *