Assalamualaikum dan terima kasih sekali lagi buat admin andai nya article ini sekali lagi disiarkan. Kalau tak aku paham, asyik aku je yang buat confession kan. Hahahaha.
Selepas aku buat article pasal 10 steps korean skincare tu, ada beberapa orang yang kenal pm tanya minta tips lain pula. Aku sebenarnya segan dah ni nak post banyak-banyak tips ni nanti takut juga kena kecam ke apa. Mentang-mentang aku tengah ada masa dua tiga hari ni banyak pulak tips kan. Ada kawan kita minta tips macam mana nak tingkatkan keyakinan diri. Ehem, berdehem beberapa kali aku baca pm korang.
Pasal confession lepas pon aku takleh nak move on lagi. Dah lah semalam masa aku gi Watson ada beberapa orang gadis duk berborak/berbincang pasal confession aku. Dan-dan time dalam Watson tu juga kau nak berbincang pasal 10 steps skincare siap sebut lagi IIUM Confession dan nama gelaran aku. Aku maluuuu, walaupon korang bukan kenal aku pon. Bahahaha. Aku nak beli syampoo pon sampai terlupa huhuhu. Last-last balik tak jadi beli syampoo aku masukkan je air dalam botol syampoo pastu tuang atas kepala. nasib masih ada buih. Esok laa pergi beli syampoo pula. Hahahaa.
Macam mana nak tingkatkan keyakinan diri?
Berperang antara hodoh dan lawa. First of all, tak ada orang hodoh dalam dunia ni. Allah tu sebaik-baik pencipta. Manusia je yang suka letak label yang putih lawa, yang kurus lawa dan yang tinggi lawa. Kalau kita sendiri rasa diri kita tak lawa, apatah lagi orang lain. Dan apa pula kata Pencipta kita? Dengan penuh kasih sayang Allah cipta kita, last-last kita kutuk ciptaan dia cakap tak cantik. Sila bertaubat. So, apa kata mulai hari ni, korang cakap kat diri korang, “aku cantik”. Bangun pagi tengok cermin, lawa nya Allah ciptakan aku. Puji diri sendiri, kalau kita sendiri tak puji diri kita, siapa lagi. Nak harapkan member puji, lagi laa kena kutuk. Silap-silap boleh putus kawan. Bahahaha. Tapi percayalah, sebenarnya dengan teknik puji diri sendiri ni, lama-lama korang akan rasa berkeyakinan. Apa yang kita pikir, yang tu kita akan dapat. Kalau pikir aku hodoh je sepanjang tahun, setahun tu laa kau hodoh. Tapi kalau kau puji diri kau lawa cantik je, maka seumur hidup laa kau lawa yer kawan-kawan. Cuma aku harap, korang jangan buat perangai ni di khalayak ramai. Nanti kena baling batu tak pon orang bagi pelempang. Teknik ni hanya boleh di buat depan cermin sorang-sorang. Harap maklum.
Secondly, dah nama manusia, memang akan ada perasaan ni. Yer, perasaan nak cantik lawa. Kalau tak, tak akan wujud 10 steps skincare ni kan. So, sila berusaha. Macam yang aku cakap sebelum ni, tak ada orang yang tak cantik, hanya ada orang yang pemalas. Senang. Kalau rasa dengan lawa korang boleh tingkatkan keyakinan diri, sila berusaha. Kalau dengan kurus rasa boleh cantik, sila berusaha untuk kurus. Lepas dah mula, sila istiqamah. Jangan give up even ada orang kutuk kau pon. Yang nak cantik kau, bukan dorang. Pastu nanti bila dah makin lawa cantik, jangan pulak kau riak dan sombong, nanti dengan aku sekali dapat dosa sebab ajar tips ni. Hahaha.
Ketiga, please jangan bandingkan life korang dengan life orang lain. Dalam kes ni, rupa paras. Selalunya orang yang low confident ni dia selalu merasakan diri dia tak lawa, sebab dia bandingkan muka dia dengan muka hijabista instafemes. Satu je aku nak cakap, kat dalam insta tu, 20% je kesah benar, 80% lagi filter. Setiap orang ada charms masing-masing. Salah la kalau nak cakap Miranda Kerr lagi lawa dari Beyonce sebab Miranda putih, kurus dan rambut lurus manakala Beyonce sawo matang, berisi dan rambut kerinting. Sangat salah. Lain orang lain preference pasal kecantikan ni okay. Miranda ada dia punya aura, manakala Beyonce ada aura dia tersendiri. So, stop comparing yourself to others. Jangan nak down bila nampak orang lagi lawa dari kau. Sebaliknya, banyak kan senyuman dibibir, maniskan lidah dengan berkata benda-benda baik, insha allah akan ada orang yang akan perasan kau punya charms lepas ni.
Hidup ni bukan berkisar pada kecantikan je. Sila naik taraf hidup korang dengan ilmu-ilmuan juga. Belajar rajin-rajin, kalau kerja, kerja elok-elok. Kalau belajar ok, kerja buat elok, automatik orang akan pandang kau dengan pandangan lain. Walau kau rasa kau tak secantik Song Hye Kyo, tapi kalau dalam pelajaran kau power, dalam kerja, kau lah pekerja contoh, automatik self-confident kau akan meningkat. Kata kunci, jangan malas. Sentiasa perbaiki diri. Nanti lama-lama, sikit demi sedikit keyakinan tu akan terbina bila orang mula respek dan pandang pencapaian ilmiah kau.
Selalu orang akan down rasa jatuh keyakinan bila kena kutuk sebab muka tak lawa. Aku banyak kali dalam seumur hidup ni kena macam ni. Apa yang aku buat, kalau dia kutuk jerawat aku, aku hembus kat muka dia balik nanti biar muka dia pulak naik jerawat. Bahahhaa ok ni ajaran sesat sila jangan buat. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Korang relax je okay. Kan tadi dah cakap depan cermin yang korang memang lawa, so nak kesah buat apa kalau orang kutuk cakap kau tak lawa pon. Sila abaikan. Jangan nak amek pusing sangat apa orang lain cakap. Macam laa yang kutuk tu muka lawa nak mampos macam Song Hye Kyo, ada hati nak kutuk muka orang. Up kan sendiri level konpiden korang tu dengan kata-kata semangat, dalam hati je laa.
Banyakkan bersenam ataupon buat aktiviti luar. Sebenarnya, low self confident ni datang sebab korang tak buat aktiviti luar sebab tu la banyak sangat over thinking. Bila banyak buat benda indoor terperap je kat bilik contoh nya asyik scroll fb ke insta ke, sebab tu korang banyak berpikir benda-benda tak sepatutnya pastu stress. Jadi, sila bersenam tak pon join activity outdoor. Tak payah yang extreme sampai daki gunung ke apa, just jalan 500 meter keluar umah tengok kiri kanan pon dah kira okay. At least, korang akan berpeluh, de-stress pastu otak akan jadi lebih fresh. Fikiran negative pon kurang then takder laa nak low confident sangat. Kalau rasa nak lagi best, join kelab-kelab bersukan ke so korang lebih aktif dan ramai kawan, dengan itu, lebih self confident.
Then, satu lagi, pakai baju yang boleh buat korang rasa konpiden. Dress up lawa-lawa tapi make sure selesa laa jangan sampai nak jalan pon susah. Ni salah satu cara nak naik kan keyakinan. Kalau kita dalam keadaan selesa dan bebas jadi diri kita, automatik kita akan ada keyakinan. Then, kalau bab pakaian pulak, kalau sebelum ni asyik pakai tudung bawal je, apakata tukar pakai selendang. Maybe muka kita lagi okay pakai selendang ke so lepas tu terus self confident mencanak naik hahahha. Tapi, ingat, kalau tak selesa tak payah teruskan. Pakai je tudung bawal yang penting korang selesa.
Even the prettiest girl feel ugly sometimes, the happiest girl crying at night and most independent girl feel lonely, so kita ni sebenarnya sama je, masing-masing ada struggles dalam hidup masing-masing. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Ingat, tak ada orang yang sempurna. Nampak life orang okay je, tapi kita bukan dia, kita tak lalui apa yang dia lalui, so jangan judge yang life dia smooth je all the times. Jangan rasa down or rendah diri bila tengok life orang tu happy je, sebab yang dia duk nangis malam-malam tu kita tak tahu. Dia pulak maybe menginginkan life seperti kita.
Ubah mindset, nak up kan level self confident tu untuk apa? Kalau untuk dapatkan dan harapkan pujian, sila angkat kepala, dongak ke langit dan pikir balik. Kalau korang susah nak ada kawan ke sebab low self esteem ke or susah nak cari keje ke sebab kurang keyakinan ke, yang tu ok laa reason valid untuk berubah. Yang penting mindset dan ada usaha nak berubah. Jangan lepas baca ni korang angguk-angguk je, berubah nya tidak. Bahahaha. Then, last sekali aku nak minta maaf kalau tips aku ni tak berguna sangat pon. Harap di ampun.
So, semoga lepas ni semua gadis-gadis Malaysia makin cantik, pandai, dan berkeyakinan. Amin.
Ni last aku post kat sini. Bye korang.
– Seorang Ahgase
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit