Cara Pantang Ibu vs Ibu Mertua

Assalamualaikum,
Terima kasih admin iium kerana post penulisan sy ni.
Sy just nk luahkan masalah sy kpd semua readers dan nak dapatkan pandangan dan nasihat dr semua.Sebab sekarang ni sy agak stress dan tiada tempat lain utk diluahkan.
Sekarang sy sedang berpantang anak ke-2 di rumah mertua sy di selatan tanah air. Ni merupakan cucu ke-2 mereka(selepas anak pertama sy) dan mak mertua request utk jaga sy semasa bpantang.
Jadinya sy bersetuju walaupun agak keberatan sebab suami kata tak lama cuma sebulan sahaja memandangkan mak mertua memang beriya utk jaga sy dan lagi sebulan berpantang di rumah mak sy.
Sy tiada masalah dgn mak mertua sy. Hubungan saya dengan mak mertua biasa-biasa saja. Tak rapat sangat tapi boleh diajak sembang juga memandangkan sy juga seorang yang agak pendiam.
Masalah timbul bila sy agak kurang senang dengan cara mak mertua menjaga sy semasa berpantang. Tiada isu besar pun tapi sy agak tak selesa dan tidak pandai untuk menegur. Antara cara yang sy kurang senang:
1) Mandi selepas waktu maghribSemasa berpantang dengan mak saya, mak sy akan pastikan sy dan baby siap mandi sebelum pukul 6pm. Tapi mak mertua sy pulak dia hanya akan siapkan mandian untuk saya dan baby selepas pukul 7pm. Lepas 2-3 hari buat benda yg sama je saya pun try buat sendiri utk sediakan mandian untuk sy dan bayi utk bg hint yg saya nak mandi awal. Sbb sy jenis tak berani nak tegur. Tapi hari selepas tu mak mertua buat lg benda yg sama.
2) mandikan anak dgn cara tak betulselalunya sy akan basuh dulu tmpt kencing baby diluar tab sebelum mandikan baby dlm tab. Berlainan pula cara mak mertua yg terus mandikan anak dlm tab dan selalunya ambil masa yg lama utk mandikan baby dan baby kesejukan menggigil tanpa dibalut dgn tuala
3) anak diberi botol susuYg ni sy agak terkilan jugak sbb anak pertama sy tak pandai direct breastfeed. Jadinya utk anak kedua sy bertekad utk bg breastfeed dan alhamdulillah berjaya. Tp mak mertua selalu pesan kat sy utk pam susu dan tinggalkan susu dlm fridge so nanti dia boleh bg susu dengan botol. Sy bgtau sy taknak sebab nak breastfeed baby sy tp mak mertua buat tak kisah. Tiap pagi dia akan ambil anak sy dan beri susu dlm botol semasa sy tgh tidur dgn alasan suruh sy berehat. Kadang anak sy dh terjerit2 nak susu tapi mak mertua paksa pakai botol dan tak kejutkan sy tidur. Mak mertua sy juga tak pandai nak burp kan anak sy buatkan sy rasa takut nak biarkan anak sy menyusu botol tanpa dipantau
4) mak mertua asyik suruh sy berehatDan tugas menjaga baby diambil alih oleh dia. Sy faham kalau mak mertua nak sayang dan jaga baby sy tapi kalau 24jam nak jaga, rasa mcm pantang xde anak je.
5) anak dipakaikan tangkal/benang hitamSaya agak kurang percaya dgn kepercayaan org dulu2 ni. Jadi sy agak kurang senang bila anak sy dipakaikan gelang/tangkal utk elak gangguan.
6) Mak dan ayah mertua suka lepak luar rumah masa waktu maghribKadang2 lepas lepak luar terus dukung anak. Mak sy pulak paling pantang orang lepak luar waktu maghrib dan selalunya pintu dan tingkap dah tutup rapat2 sebelum waktu maghrib
7) Baju diampaian dibiarkan tak berangkat sampai tgh malam.Kadang sy gagahkan jugak keluar rumah utk angkat sendiri baju especially baju baby memandangkan tempat sidai baju terletak jauh sedikit dr rumah dan berdekatan dgn hutan.
8) pak mertua hisap rokok depan anakPantang jugak tp tak berani nak tegur
9) Anak disuruh makan bubur nasiMak mertua kata kalau nampak baby mcm tak cukup susu boleh bagi makan bubur nasi dgn alasan dulu anak2 dia 4 bulan dah makan bubur elok sihat je sampai sekarang.
Ada banyak lagi tapi malas nak cerita. Sekarang baru nak masuk 2 minggu kat rumah mak mertua tapi perasaan rasa tak sedap je. Nak mengadu kt suami takut suami marah dan kecil hati. Saya ingatkan nak pantang betul2 tapi ada perasaan tak selesa buatkan saya stress pula dan emosi agak terganggu.
Saya akui saya lebih selesa berpantang di rumah mak saya kerana mak saya lebih cekap utk handle baby dan lebih supportive utk sy breastfeedkan baby. Saya takde masalah dgn mak mertua kalau perkara di atas tadi dibuat dgn cara yg baik. Cuma sy yg tak pandai menegur.
Saya mohon pendapat pembaca kot2 ada tips nak tegur cara baik mak mertua tanpa berkecil hati.
Maafkan saya sebab penulisan agak kaku sebab tak pandai mengarang. Terima kasih.
– ibu berpantang-
– Ibu berpantang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit