Assalamulaikum buat semua pembaca. Pertama sekali, terima kasih admin kalau siarkan tulisan saya. Taktau nak mula dari mana. Tapi kalau tengok pada tajuk, korang semua macam boleh agak kan apa aku nak sampaikan?
Korang nak nikah nanti, pilihlaaahh baik baikk siapa calon bakal isteri/suami korang. Aku tak kata my husband yg terbaik. Aku hidup dalam dunia tanpa sempadan. Kadang2 aku pun jadik paranoid. Tapi aku serahkan pada Allah. Lindungilah suami aku, keturunan aku dari malapetaka dunia ni.
Aku bagi tips sikit untuk kaum Adam nak pilih calon isteri. Ingat woi lelaki. Kau nikah nanti, bukan sebab se**, tapi isteri ni umpama jambatan kau ke syurga. Umpama ladang gandum yg kau boleh tuai hasil dekat negeri akhir nanti. Jadi kau pilihlah isteri yg baik. Cuma satu aku nak pesan pada kaum lelaki ni. Kau boleh tipu mak ayah kau, bakal isteri kau, sesiapa sahaja yg kenal kau tapi kau tak boleh tipu Allah sebab Dia Maha Melihat. Maha Mengetahui. Kalau kau pernah berzina sebelom kawen, kau fikir kau tipu bakal isteri kau, Allah taktau? Perancangan Allah lebih hebat. Dia hadiahkan kau jugak, isteri yg menipu kau. Isteri yg pernah berzina. Kecuali kau bertaubat. Rahmat Allah tu luas. Dan Allah Maha Pengampun.
Jadi, ni tips aku share sikit untuk korang yg lelaki nak pilih bakal isteri. Takdelah aku kata tips aku betul 100%. Tp korang baca dan nilai. Mana yg baik datang dari Allah dan yg buruk tu dari kelemahan diri aku. Jadi aku mintak maaf siap-siap.
Okay tips pertama. Of course, kau pilih la bini kau sebab agama. Agama yg ada padanya. Nanti org kata. Alahhh. Ostajahh pun buat jahat. Oii. Org beragama ni bukan ostajah je. Jgn bersandarkan pada pakaiannye je. Tengok. Dia amal tak benda wajib. Macam mana kau nak tau. Kenal lah siapa kawan dia, siapa keluarga dia. Tengok2 jugak facebook dia. Boleh membantu jugak.
Kedua. Jangan pilih kalau dia kaki wechat, tiktok, tumblr, etc sbb bagi aku, kat sini jarang ada yg elok. So takyah. Apapun alasan. Tak payahh. Kalau korang nak hentam aku, terpulanglah.
Ketiga. Bukan yang sebelom nikah, mintak kau macam2. Sebelom nikah lagi dah suruh beli ipong X. Kalau kau jumpa, tinggalkan aje.
Keempat. Yang kurang ajar dgn org tua especially mak bapak dia lah kan. Kalau mak bapak dia pun dia bole tipu, bole tengking2, apatah lagi kau. Haa. Kalau Allah pun dia bole lupa, apatah lagi kauu.
Kelima. Yg tau bertolak ansur dan bertimbang rasa. Paham kerja kau.
Keenam. Yang tak bagi kau sentuh dia.
Ketujuh. Kau tengok lah bakal bini kau betol2. Dia dh matang ke belom. Nak tau dia matang ke tak. Kau tengok macam mana dia selesaikan masalah. Ke sikit sikit nak mintak putus? Haha.
Kelapan. Nak tau dia pengotor ke tak. Tgk tangan dia. Sbb kalau nak tengok kaki, aurat pulak. Perempuan suka simpan kuku panjang ni mmg pengotor. Takpun kalau pegi rumah dia, tengok bilik air. Walau buruk tp bersih takpe. Ni bilik air lawa tapi berkerak. Pehh. Meremang.
Apapun. Tips aku ni sikit je. Pandai pandaila korang ye. Baik lelaki/perempuan. Banyakkan berdoa. Mintak Allah jauhkan dari lelaki/perempuan tak elok. Kita nak masuk syurga sama-sama.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit