Cara Saya Guna Credit Card

Hi semua. Saya Aki, baru je bekerja kurang 5 tahun. Saya nak kongsi cara “SAYA” guna CC (Credit Card) sebagai rakyat marhaen.

Benda ni biasa2 je tapi ramai juga yang tak tahu.

Yang dah tahu tu jangan la kecam saya, ok?

Apa maksud guna semampu boleh bayar?

Contoh saya, saya guna CC untuk beli barang dapur dan shopping bulanan tapi duit gaji memang dah mampu cover.

Duit gaji saya masukkan dalam bank asing untuk bayar CC hujung bulan. Bayar penuh. Memang tak ada hutang, tak ada interest.

Kenapa susah2 nak guna CC tapi last sekali bayar penuh/ cash/ debit juga?

1. Cashback.

Tak semua transaksi dapat cashback. Kadang2 random. Paling banyak setiap bulan saya pernah dapat RM40 (transaksi lain2), paling sikit dapat RM5 sebulan.

Tak semua CC cashback sama, ada CC yang dapat cashback untuk minyak, ada yang supermarket sahaja. Kena pandai pilih & rajin2 semak cashback apa.

2. Points.

Ni paling saya suka. Dah 3 tahun saya guna CC ni. Hujung tahun, point cukup, saya akan claim barang. Saya dah dapat oven, robot vacuum & cat automatic feeder.

Kalau point tak cukup, tambah RM10-RM20 duit pun rasa berbaloi dah.

3. Valet parking.

Kereta saya biasa2 je tapi masih park di valet. Insecure juga bila tengok kiri kanan kereta mewah tapi dah free. Guna je. Tapi tak semua mall ada. Valet ni cover yang bawah RM20 je tapi masih berbaloi time bawa mak ayah yang tua.

4. Rebate.

Saya pernah beli phone secara installment 12 bulan yang tak ada interest. Harga phone 3000 bahagi 12 bulan. 250 sebulan kan?

Tapi ada rebate bulanan RM20. Jadi sebulan 230 je. 230×12=2760 instead of 3000 tadi.

INGAT, duit memang dah ada untuk bayar cash, tapi guna installment untuk apa tadi??

Ye, untuk rebate SAHAJA. Jangan hutang CC untuk phone. 2760 tu bayar penuh terus. Bulan2 dalam bil akan tolak sendiri.

Jadi CC saya sentiasa “terlebih” bayar sebab saya dah letak duit phone tadi padahal bulan 12 nanti baru habis bayar phone tu ,haha. Saya bukan ajar buat hutang & investment, bukan kat sini.

5. Freebies.

Oh ye, ni dapat masa mula2 daftar. Dapat vacuum cordless tapi yang murah2 je. Tak ada brand pun. Tapi saya rakyat biasa memang suka benda2 free ni.

6. Dispute.

Dispute ni bila ada tiba2 duit kena tolak tapi bukan kalian yang guna. Haa kalau CC call je senang, terus cancel sebab duit masih floating.

Kalau debit? Dah masuk terus ke account scammer. Nak dispute pun lama sebab kena buat report polis & lain2.

7. Bina credit score

Ni kalau nak beli rumah nanti bank suka orang yang ada credit score cantik. Tapi saya tak mahu sentuh sebab saya belum fikir nak beli rumah.

8. Airport lounge

Siapa yang suka travel tu? Kalau beli tiket flight ekonomi memang tak ada access to lounge yang free buffet kan?

Dengan CC ni kalian boleh access! Check benefit CC sebelum apply.

9. Last sekali benefit CC adalah guna sama macam debit.

Cara penggunaan CC saya ni macam debit kad. Sebab apa? Sebab saya guna nilai yang memang mampu dibayar secara bulanan tanpa hutang.

Ada lagi nak tambah tak?

CC ni kalau guna sebulan dua cara ni, memang rasa leceh & tak berbaloi. Kena guna lama sikit baru rasa macam berbaloi.

Ala cashback RM1 je pun. Tapi masih duit untuk saya. Bila dapat RM40 cashback sebulan terus happy. Microwave free hujung tahun? Baik beli sendiri. Haa ikut la. Haha.

Masa mak saya beli barang kemas atau beli perabot. Saya suruh bayar guna CC saya dulu, nanti duit masuk ke bank saya & saya bayar penuh.

Masa saya shopping barang tunang pun sama. Banyak point dapat collect.

Saya juga cadangkan kalian guna app untuk track spending tau. Kalau tak ada CC pun wajib track spending!

Jangan buat hutang CC ye sebab interest rate tinggi. Memang akan ada minimum payment. Contoh kalian guna 2000. Tapi minimum payment 200 je sebulan. JANGAN TERJERAT.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, kalau ada nak tambah lagi kelebihan CC boleh tulis di komen.

Bye~

– Aki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *