Hi terima kasih admin sekiranya siarkan confession saya. Saya Soya (bukan nama sebenar) berusia 28 dan bekerja dalam bidang professional. Kenapa Soya? Sebab suka minum air Soya je. Confession Soya agak panjang ya.
Soya mempunyai pengalaman bekerja baru 4 tahun dalam bidang Soya. Tapi selama 4 tahun ni, macam-macam Soya dah lalui.
Company first Soya, Soya namakan tu Company A. Banyak ajar Soya tentang kesabaran. Pada mulanya, berbekalkan gaji fresh grad sebanyak 2.8k dan belum ada apa-apa komitmen, Soya rasa happy. Kerja bidang yang Soya belajar, tak ada tanggungan dan hutang mana-mana.
Tapi lama kelamaan, Soya jadi stress disebabkan beban kerja terlalu berat. Ikutkan pada mulanya Soya masuk kerja, Soya ada seorang bos (department manager). Jadi tugas Soya hanya assist manager Soya, buat paperwork dan kadang-kadang pergi site.
Setahun kemudian, bos Soya berhenti dan beban kerja manager terletak di bahu Soya. Soya ambil alih kerja bos Soya dan pada masa yang sama Soya buat kerja hakiki Soya. Bawa kerja balik rumah tu, perkara biasa.
Walaupun beban kerja bertambah, Soya tak pernah dapat bonus & diberi kenaikan gaji disebabkan keadaan Company A tak berapa stabil waktu tu.
Soya juga diganggu secara sexual dari kawan-kawan lelaki & bos-bos lelaki, hanya disebabkan cuma Soya seorang yang masih single dalam office.
Kawan perempuan Soya lagi 2 orang pulak, jadi kawan baik berdua dan tikam belakang Soya. Tak perlu Soya ceritakan terperinci, bukan itu tujuan confession Soya. Perkara ni buat Soya sangat tertekan.
Bila kerja dan environment dah cukup buat Soya stress, Soya mula install platform cari kerja seperti Linked In, Jobstreet, Indeed dan macam-macam lagi.
Masa ni Soya terdesak sangat nak tukar kerja sampai kerja butik pun Soya apply.
Ada beberapa interview Soya pergi secara virtual (masa ni pandemic covid) antaranya Company C, iaitu company idaman Soya. Tapi tak berjaya. Soya kecewa dan teruskan mencari kerja dan attend beberapa interview di company lain.
Tapi dalam masa yang sama, Soya sentiasa ikut perkembangan Company C. Dekat Linked In, Soya selalu like post-post berkenaan Company C dan Soya follow semua recruiters dekat company C. Yelah, company idaman kan.
Semakin hari semakin berat hati Soya nak pergi kerja, macam ada rantai besi dekat kaki Soya.
Ikutkan hati Soya nak resign cepat-cepat, tapi fikirkan Soya dah ada komitmen bayar kereta bulan-bulan masa tu, jadi Soya bertahan sebab Soya sedar Soya bukan anak orang berada, semua Soya tanggung sendiri.
Berbulan juga Soya kerja sambil makan hati dekat company A, cuba bertahan selagi boleh.
Satu hari tu, Soya share struggle Soya dengan sexual harassment dari officemate lelaki Soya di twitter. Turns out tiba-tiba tweet tu jadi viral.
Ramai yang reply bagi kata-kata semangat. Tak kurang juga mendoakan Soya melalui komen dan chat di twitter.
Mungkin salah satu dari doa-doa hamba yang mendoakan Soya diangkat Tuhan.Tak sampai sebulan selepas tu, Soya dapat call dari Company B, yang lagi besar dari company A. Tanpa berfikir panjang, Soya terus terima tawaran dari Company B.
Tempat kerja Soya sekarang (Company B), sangat relax, sangat santai. Kerja Soya cuma buat report saja. Tak perlu ke site atau meeting dengan bos sebab semua manager Soya yang buat.
Soya anggap, ni tempoh untuk Soya berehat, setelah 3.5 tahun berhempas pulas dekat company A yang meletihkan.
3 bulan pertama, Soya happy kerja dekat sini sebab tak stress dan Soya puas berehat. Bos pulak baik, tak kacau dan tak pressure Soya.
Masuk bulan ke-6, Soya dah start rasa kosong bekerja dekat sini. Hari-hari buat kerja sama, dan kadang-kadang 2-3 hari Soya tak ada kerja langsung. Soya rasa otak soya pun tepu nak jadi tauhu sebab macam tak digunakan sangat bekerja sangat dekat company B.
Kalau ada kerja-kerja penting, semua bos Soya yang buat. Sampai satu hari tu, bos Soya tengah stress buat kerja, then dia tercakap “susah la tak ada assistance ni,” Soya tersentak, habis tu Soya ni apa? Kenapa tak bagi kerja dekat Soya?
Soya pernah inform bos Soya kalau ada apa-apa nak Soya bantu, bagi tahu je, sebab tugas Soya hanya buat report saje dekat sini. Bos Soya cakap nak minta Soya tolong pun susah sebab Soya baru, jadi banyak benda dekat projek ni Soya tak tahu.
Tapi kan Soya boleh belajar, jadi tak ada masalah Soya untuk belajar. Masa Soya masuk company ni pun, semua report backlog Soya boleh settlekan dalam masa seminggu saje. Bila bos dah cakap macam tu, takkan Soya nak memaksa kan. Soya diamkan aje la.
Soya pun teruskan saje kerja dan pejam celik dah masuk bulan ke-7 Soya kerja dekat company B. Satu hari, tiba-tiba Soya dapat call dari company idaman Soya, company C.
HR tu Soya namakan Lai Ping. Soya apply kerja cuma sekali saje dekat company C masa Soya tengah gila cari kerja lain dulu. Rupanya, Company C masih simpan resume Soya.
Ini sebenarnya kali ketiga Lai Ping contact Soya, kali pertama interview by video call, Soya tak dapat. Kali kedua, tak sempat interview lagi Soya dah tak dapat. Kali ketiga, Soya ada gerak hati kali ni confirm Soya dapat. Lai Ping arrange untuk Soya pergi interview untuk kali kedua.
Kali kedua ni, interview face to face which is Soya sangat takut. Soya darah gemuruh, takut sangat kalau nanti Soya tersalah jawab soalan, atau terketar-ketar.
Tiba-tiba pulak gerak hati Soya kata nanti confirm Soya tak dapat jawab dan akhirnya memperbod*hkan diri depan interviewer. Soya whats app Lai Ping, Soya tolak tawaran interview tersebut dengan berhemah.
Tapi, Lai Ping pujuk dan yakinkan Soya untuk datang saje interview sebab dia yang uruskan permohonan Soya dari kali pertama lagi.
Lai Ping tanya, apa yang buat Soya takut nak attend interview ni dan dia advise Soya. Selepas dengar kata-kata Lai Ping, Soya setuju untuk datang interview.
Untuk pengetahuan pembaca, company C ni majoritinya bangsa C, ada juga campur orang putih dan foreigner dari negara-negara lain, jarang ada bangsa kita. Hari interview, Soya datang interview dekat Menara milik company C dengan rasa rendah diri teramat.
First time Soya jumpa Lai Ping, Lai Ping tanya Soya okay tak. Dia nampak Soya nervous, dia terus berborak dengan Soya untuk tenangkan Soya. Sangat bagus cara HR company C tangani candidate interview.
Ada 3 panel yang interview Soya dan semuanya berbangsa C. Soya ingatkan habis Soya kena belasah dalam interview tu, tapi rupanya mereka sangat professional dan layan Soya baik-baik.
And ajaibnya, Soya dapat jawab hampir semua soalan diorang dengan tenang tanpa rasa gementar langsung.
Entah datang dari mana kekuatan tu, Allah saja yang tahu. Mungkin berkat Soya baca surah Al-Insyirah banyak-banyak semasa tunggu panel sampai agaknya. Jarang gerak hati Soya salah, tapi kali ni memang salah. (Note : Gerak hati tak semestinya betul)
3 hari selepas interview, Lai Ping call Soya dan inform yang Soya berjaya dalam interview tu dan diterima masuk ke company C.
Tapi, nature kerja Soya, akan sama seperti Soya kerja dekat company A dulu. Bermakna, Soya akan stress, akan banyak kerja dan mungkin akan balik lewat. Bezanya, dengan bayaran yang setimpal.
Soya minta Lai Ping bagi Soya masa untuk berfikir. Ramai Soya PM untuk minta pendapat termasuk bos dekat company lama Soya. Ikutkan, company B Soya kerja sekarang pun dah okay, kerja buat report saje, tak stress, pukul 5 dah boleh cabut balik rumah.
Gaji pula cukup la untuk Soya bayar bulanan kereta, bersedekah sikit & jalan-jalan time cuti. Tapi, bila fikirkan masa depan, ini tak bagus untuk Soya.
7 bulan Soya di Company B hanya buat report. Langsung tak ada upgrade apa-apa skills. Sedangkan dekat company A dulu, macam-macam Soya buat. Walaupun stress, Soya dapat belajar banyak benda dan tambah knowledge, sebab tu Soya boleh bertahan lama.
Tapi dekat company B sekarang ni, sesiapa saje boleh buat kerja Soya. Budak lepasan SPM pun boleh buat report yang Soya buat. Skills kerja yang Soya dapat dari company A dulu, makin lama makin hilang dan Soya semakin lupa.
Kalau tiba-tiba bos Soya resign atau Soya ditukarkan ke Projek lain, apa akan jadi pada Soya? Semua Soya dah tak tahu nak buat.
Lai Ping call Soya lagi. Lai Ping cakap, ini yang Soya nak kan. Da 3 kali Soya try masuk Company C, dan dah tiba masanya Soya terima. Kerja company A & B, Soya kerja 6 hari seminggu.
Company C, Soya dapat kerja 5 hari seminggu bergilir-gilir. Semua yang Soya demand dekat company C, semua Soya dapat. Plus ada benefit lain lagi yang tak semua company ada. Soya tunggu apa lagi? Bukan senang nak dapat peluang macam ni.
Jadi, akhirya Soya ambil keputusan untuk terima tawaran company C. Demi kerjaya Soya, Soya nak keluar dari comfort zone. Soya baru letak surat resign 3 hari lepas, manager Soya tak cakap apa-apa pun, dia pun dah kurang bercakap dengan Soya.
Tak pasti Soya kena palau atau apa. Soya akan bertahan sampai hari terakhir Soya dekat company B ni.
Apa yang mendatang, Soya kena prepare mental & fizikal. Soya tahu pasti mencabar kerja dekat company C, tapi bak kata bos lama Soya, “more pressure, more experience,”
Hidup ni pilihan. Ada orang yang cukup sekadar gaji cukup, bos baik dan kerja ok dalam comfort zone. Ada orang yang sukakan cabaran, sukakan hidup lebih selesa, dan hidup yang hectic dengan kerja.
Bagi Soya, sementara kudrat masih kuat, Soya nak dapatkan pengalaman sebanyak mungkin dan bila Soya dah puas, baru lah Soya berehat. Jauh lagi perjalanan Soya.
Walaupun Soya rasa pengalaman Soya terlalu jagung untuk menasihat, tapi Soya nak pesan terutamanya pada fresh grad yang tak kisah lah sama atau lain bidang dengan Soya. Sebab, sifirnya sama. Dekat first company, cari pengalaman dulu, kemudian ada peluang terus lompat.
Jangan merungut gaji kecil tapi masih stay 4-5 tahun dalam company yang sama dengan beban kerja bertambah. Yang penting kena berani keluar dari comfort zone.
Yang betul nak tukar kerja, please furnish and update your linked in account. Cari connection, cari recruiters dan rajin-rajin la interact dengan mereka. Linked In sangat powerful untuk cari kerja. Jangan takut untuk tukar company, semua rezeki Allah dah tentukan untuk kita.
Semoga confession ini memberi manfaat, terima kasih sudi membaca.
– Soya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit