Untuk part I, (https://iiumc.com/cara-saya-lompat-kerja/).
Hai, bertemu lagi kita. Aku Soya. Kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku bekerja di company idaman aku, company C. Adakah aku lompat kerja lagi selepas dapat kerja di company C? Rahsia.
Untuk yang komen minta sambungan, minta maaf aku ambil masa agak lama untuk sambung confession.
Confession kali ni, aku tak berselindung langsung dan ceritakan 100% berdasarkan kisah sebenar. Sesiapa yang tahu identiti aku, diam saja dan tak perlu tag aku ataupun tanya aku di whatsapp ya.
Sikit tentang latar belakang kerja aku, semua company yang aku kerja adalah semuanya main-contractor. Siapa yang biasa dengan construction, pasti dah faham apa main-cont, sub-cont, etc.
First day aku jejakkan kaki di company C, rasa bangga, rasa gembira semuanya ada. Ye lah, company idaman aku kot.
First day aku masuk, macam-macam gift aku dapat dari company C. Yang bestnya uniform 5 helai berlambangkan nama company, so tak perlu pening nak pakai baju apa hari-hari, haha.
First day aku disambut dengan baik semua staff. Projek Manager (PM) aku belanja semua officemate makan tanda welcoming untuk aku.
Kemasukan aku ke company C menggantikan seorang berpangkat senior yang dah ada dekat projek tu sejak awal lagi. Aku namakan senior tu Azim, seorang lelaki melayu berumur lingkungan 35-40 tahun. Aku berusia 28 tahun.
Terus terang, aku risau sebab majoriti office aku adalah non-Malay dan semuanya muda-mudi. Yang malay pun semuanya budak intern.
Dekat situ, aku lah Malay yang paling tua dan paling senior dalam kerja berbanding yang lain. Lagi 2-3 orang semuanya lepasan intern dan budak-budak intern.
Hari pertama, kedua, ketiga semuanya ok. Officemate terlalu baik, senyum selalu, suka tunjuk ajar aku. Tapi aku boleh stress pula. Pelik bukan?
Staff company C, sangat kompetitif sebab semua muda, semua bijak-bijak belaka. Hal kira-kira and matematik tak payah cakap la. Tengok nombor je dah tahu berapa total tak payah pakai calculator macam aku, haha.
Jadi bila aku masuk, semua orang ada high expectation pada aku, dan expect aku boleh buat semua macam Azim yang senior tu.
Skop kerja aku sangat banyak. Dari bermacam jenis meeting, paperwork, sampai lah ke software semua aku kena tapau. Bila masuk dalam meeting dengan client, kau bayangkan dalam tu semua non-bumi dan kau sorang je yang bumi.
First meeting aku dengan client, aku dah kena bantai. Imagine aku baru masuk 2 hari, dah kena bantai sebab apa tak tahu itu dan ini. 2 hari kot.
Aku pun call Azim dan minta dia datang office semula, dan explain dekat aku satu-satu skop kerja dia and apa yang dia buat semasa dia kerja situ.
Ye lah, waktu aku masuk dia dah tak ada. Dia delegate kerja dia dekat orang lain, and orang lain sikit-sikit datang and bagi pada aku secara general.
Hari yang ditunggu pun tiba. Azim datang. Sebaik je Azim melangkah masuk ke office, satu office bersorak jumpa dia. Kecoh satu office macam jumpa artis ya. Rupanya Azim ni seorang extrovert and happy go lucky.
Satu office Azim pusing tegur and tanya khabar semua orang. Aku dapat rasa diorang semua rindukan Azim. Dapat imagine apa yang aku rasa waktu tu? Yes aku rasa aku takkan dapat gantikan tempat Azim, walaupun dengan cara aku.
Suara Azim, kalau dia gelak, satu batu boleh dengar sedangkan aku dikurniakan “soft voice” yang selalu orang lain sukar dengar waktu meeting online.
“Ms Soya, can you repeat”
“Ms soya, we can’t hear you,”
Ini biasa bagi aku. Kalau aku tinggikan volume suara, auto jadi vibrato suara aku. Dah semua orang ingat aku menggeletar.
Ok berbalik pada tadi. Waktu Azim datang, dia explain dari A-Z semua cara kerja dan skop kerja dia. And Azim cakap, dekat situ walaupun semuanya non Malay, tapi diorang sangat baik and supportive. Itu betul, aku tak nafikan. Tapi aku yang bermasalah.
Aku punya level tak confident, sampai aku mengadu dekat Azim, kenapa diorang bila bercakap sesama diorang, diorang cakap English tapi bila dengan aku, diorang cakap Melayu. “I feel stupid,”aku luah perasaan dekat Azim.
Tapi Azim cakap diorang memang macam tu, dengan Azim dulu pun diorang cakap Malay, no problem pun. Ok, mungkin this time aku yang terlalu berprasangka. Teruk betul aku waktu tu.
Aku pun teruskan hari-hari aku di company C, sedar tak sedar aku dah develop anxiety. Kalau dulu kerja dekat company ABC, aku boleh tidur dengan tenang.
Tapi bukan di company C sebab setiap malam, aku akan fikir apa akan jadi esok. Sebab setiap hari, ada saja benda yang buat aku rasa ketinggalan.
Aku cuba sedaya upaya sesuaikan diri dan blend in dengan crowd aku yang non-malay tu. Aku join lunch, aku join karaoke. Aku join diorang borak-borak hal politik and ilmiah.
Sebab aku pun suka membaca so banyak jugak benda aku tahu. Tapi aku tetap rasa fake diri aku ni, haha. Ini sungguh bukan diri aku.
Aku tak pernah kerja dengan non-bumi? Pernah. In fact company sebelum ni semuanya ada non-bumi. Jadi, apa masalahnya?
Ya, aku sendiri masalahnya.
High expectation orang buatkan aku set high expectation pada diri sendiri. Bila aku tak achieve apa yang aku nak, aku rasa pressure sangat. No learning curves for me. With 4 years experience dekat company lain, masuk company C terus kena jadi pandai.
Officemate sangat membantu, tapi sampai bila asyik nak kena bantu? Sampaikan aku fikir depan aku diorang senyum2, entah-entah belakang aku mengutuk aku habis-habis. Sampai macam tu sekali aku fikir.
Entah kenapa bila masuk company C, self confident aku terus drop habis -habisan. Nak buka mulut dalam meeting pun aku rasa berat. Sampaikan aku rasa, kesiannya team aku dapat aku yang tak dapat represent pihak company aku bila berdepan dengan client.
Badan aku susut, bilik aku bersepah, aku rasa jiwa aku kosong. Aku macam robot yang dibayar gaji untuk bekerja.
Ikutkan, gaji ok, company ok, officemate ok, apa lagi aku nak sebenarnya? Tenang. Aku tak dapat rasa tenang. Pernah rasa perasaan kena kejar anjing? Macam itu lah perasaan aku rasa setiap hari.
Sampai lah satu hari, aku ada meeting dengan sub-kontraktor. Aku diam dan memerhati. Mula-mula, diorang cakap english. Kemudian, bercampur english + chinese. Semakin lama, terus full chinese.
Aku berdehem, tapi semua buat tak kisah termasuk kawan-kawan aku and PM aku. Semakin lama, semakin rancak pulak termasuk officemate aku sendiri. Seolah aku tak wujud di situ.
Aku tutup buku, aku berdiri dan aku terus keluar dari bilik meeting. Without saying anything at all. Berpuluh orang dalam bilik meeting tu, semua tengok aku berjalan dari tempat aku duduk sampai keluar dari bilik meeting.
Aku terus duduk di work station aku dan buat kerja lain. Lepas tu aku dengar suara gelak-gelak dalam bilik meeting tu. PM aku keluar bilik meeting dan datang dekat aku and tanya,
“what’s the problem?” Masa ni dalam hati aku, “Whats the problem kepala bana kau,”
Tapi aku cakap “whats the purpose of calling me join the meeting if all of you speak your language that i cant understand?” Lepas tu PM aku pujuk and minta aku masuk dalam bilik meeting semula.
Disebabkan rasa hormat, aku pun masuk semula dalam meeting room and time aku masuk ada la 2-3 orang say sorry dekat aku. Aku diam je dalam meeting tu sampai habis. Tapi, aku terasa diorang slowly dah hilang rasa hormat pada aku.
Kebetulan, aku ada hal peribadi dekat kampung. Bertambah-tambah stress dan anxiety aku. Aku nak resign! But how?
Banyak pendapat aku minta dari keluarga sendiri dan kawan-kawan. Boleh dikatakan 98% untuk suruh aku stay dekat company C disebabkan ini cita-cita aku dan keadaan company tu sendiri.
Diorang kata,
“Anxiety? Perasaan je tu. Nanti lama-lama ok lah. Bukan senang nak masuk company C tu,”
“Gaji dah ok, company dah ok, environment dah ok, nak apa lagi,”
“Nak happy macam mana lagi, kita takkan dapat semua dalam satu benda,”
“Hal peribadi jangan campur aduk dengan hal kerja,”
Tiba-tiba, aku teringat janji aku pada diri aku, 7 tahun lalu. Tahu apa next step aku? Aku buat decision yang rupanya adalah decision yang terbaik dalam hidup aku.
– Soya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit