Cara Saya Tangani Gatal Kulit Yang Tidak Diketahui Punca

Assalamualaikum admin & para pembaca.

Terima kasih jika coretan in disiarkan.

Saya tergerak hati nak kongsi pengalaman saya mengubati penyakit kulit yang keluarga saya alami lebih kurang 3 tahun yang lepas.

Penyakit kulit ni bermula dengan ibu saya yang gatal dengan seluruh badan sehingga ibu tak boleh tidur malam. Entah macam mana, gatal tu mula-mula sikit je tapi lama kelamaan merebak satu badan timbul bintik-bintik merah.

Tak lama lepas ibu, ayah pulak kena gatal-gatal satu badan sampai tak boleh tido jugak. Saya yang last sekali kena tapi ibu dengan ayah yang paling teruk.

Bermacam cara ibu dan ayah ikhtiar; basuh baju dengan air panas sebab ingat hama tilam, tak pakai sabun masa mandi sebab ada yang kata takut alahan pada sabun, jumpa pakar kulit yang famous kat Perak sampai habis beratus ringgit sekali jumpa pun tak baik-baik jugak.

Masa pegi klinik kat Perak tu, saya yang bawak ibu dengan ayah, sebab keadaan dorang lagi teruk dari saya masa tu.

Masa kat klinik pembantu klinik tanya ada bawak berapa, saya cakap RM#00, lepas tu sampai la giliran ibu dengan ayah jumpa doktor,

Doktor pun cakap mungkin hama tilam dan bantal, doktor bagi 3 botol losen untuk sapu kat badan sebab kami tinggal bertiga kat rumah.

Saya cakap saya tak teruk sangat (masa tu) tapi doktor cakap kena sapu jugak satu badan kalau tak kuman tu tak mati habis.

Saya pun iyakan je la, lepas tu keluar dari bilik rawatan kena bayar RM#00. Elok pulak la kan dorang ni caj saya amaun yang saya cakap saya bawak tu.

Saya masa tu rasa macam kena scam kenapa klinik tu caj ikut amaun yang saya bagitau tapi sebab ibu dengan ayah, saya redha la duit beratus tu.

Firasat saya betul, duit dah beratus habis, tapi gatal kami sekeluarga tak hilang tapi bertambah teruk. Saya yang tak berapa gatal masa tu lepas sapu listen yang klinik tu bagi, jadi makin gatal satu badan.

Saya mula cari cara alternatif selain dari jumpa pakar kulit sebab saya tak mampu nak bayar pakar kulit yang belum tentu boleh sembuhkan kami sekeluarga.

Lepas saya study dan research kat internet cara yang natural untuk nak hilangkan gatal dengan kos yang paling minima; saya cuba beberapa cara ni;

1) Sapu air garam tempat yang gatal. Apa yang saya baca, garam ni boleh matikan kuman dengan berkesan.

Tapi saya ikut instinct saya, saya letak garam dalam satu sudu kecik (tak boleh pekat sangat garam nanti lagi gatal) dalam bekas yang boleh spray, lepas tu saya spray bila saya gatal.

Tapi saya pastikan juga saya spray nipis je lepas tu bagi kena kipas supaya cepat kering. Ni biasa saya buat masa malam nak tido, sebab kadang datang gatal tu tak boleh bincang sampai saya stress sebab esoknya kena kerja.

Untuk short term alhamdulillah, menjadi. Saya boleh la jugak tido malam.

2) Kurangkan makan fast food, makan banyak buah & sayur. Saya ada baca yang gatal-gatal ni boleh juga berpunca dari toksin yang berkumpul dalam badan.

So saya pun slow kan makan fast food, coklat, maggi dan air manis especially air yang guna susu pekat manis.

3) Banyakkan buat aktiviti yang berpeluh. Bila weekend je saya akan hiking dalam 10000km seminggu sekali, masa weekdays saya akan jalan (saya tak suka jogging) kat kawasan taman perumahan dalam 5km 3 kali seminggu.

4) Mandi 3 kali sehari – pagi, tengahari, petang. Saya kerja luar hanya waktu pagi sampai tengahari, petang saya WFH even sebelum covid.

Jadi, saya pastikan badan saya dibersihkan setiap 7-8 jam, untuk bersih dari kuman dari luar lepas saya balik dari kerja atau lepas buat kerja rumah. Saya pastikan sebelum tido, badan saya bersih dan segar untuk tido.

5) Amal ayat 83 Surah Anbiya. “Dan sebutkanlah peristiwa Nabi Ayyub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhanyya, “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, Engkaulah saja yang Maha Penyayang dari segala yang Penyayang”.

Kalau ikut sejarah yang saya baca, Nabi Ayyub baca doa ni masa baginda dapat penyakit kulit yang sangat-sangat teruk sampai baginda tak boleh berjumpa orang sebab takut orang geli dengan keadaan baginda.

Saya betul-betul amalkan dan yakin dengan ayat ni saya baca setiap kali lepas solat dan setiap kali saya rasa gatal yang melampau.

Sebelum korang confuse, asalnya saya keadaan saya memang tak seteruk ibu dan ayah, tapi lepas saya sapu ubat losyen mahal tu, keadaan saya jadi makin teruk macam ibu dengan ayah.

Saya bertambah tertekan sebab saya kerja bidang yang perlukan saya jumpa public, saya malu sebab terpaksa tergaru-garu depan orang sebab dah tak tahan gatal.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, gatal-gatal saya hilang dengan sendiri lepas lebih kurang 3 bulan saya amalkan 5 amalan tu.

Sebenarnya saya tergerak nak share 5 amalan ni sebab saya nak bagi kesedaran yang sebenarnya penyakit kegatalan kulit ni mungkin berpunca dari gaya hidup kita sendiri.

Saya tak nafikan mungkin juga ada yang betul-betul gatal sebab faktor genetik atau faktor dalaman yang lain, tapi sebelum kita habiskan duit untuk jumpa doktor yang “profit based”, apa kata kita cuba ubah gaya hidup kita dulu.

Zaman sekarang memang mudah untuk kita dapat penyakit sebab gaya pemakanan kita yang nak cepat siap dan makan yang sedap je tanpa memikirkan makanan tu ada khasiat tak untuk badan kita.

Akhir sekali, saya harap coretan saya ni bermanfaat untuk sesiapa yang ada masalah kegatalan yang tak hilang walaupun dah jumpa pakar.

Wassalam..

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *