Cara Sesuaikan Diri Dengan Mertua

Assalamualaikum.. Terima kasih sebab sudi baca cerita aku. Aku tujukan confession aku ni khas utk confessor ‘ How to fit in’. Sejujurnya aku pun baru jugak kahwin, baru setahun lebih. Takdela banyak sangat pengalaman tapi aku nak share jugak sebab memula dulu aku pun mcm confessor. Try hard to fit in the family. Kau boleh la ikut tips aku ni :

1. Stop trying so hard
-Yes. itula tips yang pertama. Bila kau terlalu beria sangat berusaha nak fit in, kau akan nampak terhegeh2. Which boleh merimaskan orang. Aku paham kau just nak beramah mesra tapi kau kena ingat, diorang tu bukan adik beradik kau. Adik beradik kau lain, membesar sama2 dah kenal hati budi. diorang ni orang baru. Mungkin memang perangai diorang macamtu. Hbgn aku dengan abang/kakak ipar aku pun xdela rapat sangat (kami semua tinggal serumah). Biasanya kitrg cakap isu semasa je. So, kau tak payah la beria sangat nak tanya macam2 kat abg ipar kau kalau die memang x berminat nak bercakap.

2. Bercakap bila perlu
-Ini sangat penting. Aku ni dalam family aku memang seorang yang kepoh. Tapi dalam family suami aku, aku tak banyak cakap. kes aku berbeza sikit sebab family suami bukan membesar di Malaysia, mak mertua aku pun bukan orang sini. So, cerita diorang dengan aku memang tak match. Most of cerita diorang time kami sekeluarga duduk lepak memang aku tak paham. Memula aku try hard nak get in to the conversation. Tapi sekarang aku banyak diam jek. Bila diorang tanya pendapat aku bagitahu, biasanya isu- semasa je. Kalau isu berkaitan keluarga, aku banyak diam je. Tapi, aku tunjukla minat pada apa yang diorang bercerita tu, cuma aku sangat jarang bagi apa2 komen. Aku jadi pendengar yang setia dan bercakap bila aku rasa perlu. Aku rasa dengan cara ni, hati kau terjaga dan kau dapat jaga hati orang.

3. Buang perasaan negatif
– Aku rasa ni masalah utama kau. Kau ni terlalu berfikiran negatif. aku pun sama macam kau dulu. Tapi sejak aku berkenalan dengan suami aku yang super duper postif, aku dah berubah sikit. Masih ada negatif cuma aku boleh balancekan dengan nilai2 positif. Ini benda yang sangat penting supaya hidup kau bahagia. Mula2 sekali kau buang perasaan negatif dari hati tentang keluarga mertua. Jangan asyik2 kecik hati je. Diorang kadang xde niat pun, dah memang perangai diorang macamtu. Biras kau malas nak layan kau, mungkin dia memang jenis yang x suka bercakap sangat. Kau pun tak payah pergi cakap kat dia la. Bila dia mintak tolong, mestilah dia cakap baik2 x kan dia nak arah2 kan kau pulak. Aku rasa semua orag mcamtu, bila kita nak mntak tolong orang mestila kita cakap dengan baik supaya orang tu x terasa di paksa buat sesuatu. Itu namanya adab. Kalau kau rasa kau tak boleh nak tolong dia, kau cakap la baik2. Benda ni kecik je sebenarnya. Sama juga dengan bila mak mertua dan akk ipar kau bercerita dan kau masuk, diorang diam. Well, mak dan anak mestilah ada rahsia. Kau pun mesti ada rahsia yang kau tak nak mak mertua kau tahu kan. Aku pun selalu je melalui benda yang sama, tapi aku be positif je sebab kadang aku tengah cakap dengan suami tiba akak ipar aku datang, aku pun tukar cerita juga. Tak tahula kalau dia terasa hati dengan aku disebabkan hal tu.

4. Ikhlaskan hati
– Memula kita kena ikhlaskan hati dalam melayan orang barula kita kan dapat rasa keikhlasan hati orang pada kita. Mak mertua minta kau tolong buat kerja rumah, cuba ikhlaskan hati kau. Anggap je kalau mak kau yang suruh, mesti kau buat jek kan.Dia pun mak kau juga. Aku sangat sayang dan hormat pada mak mertua aku. Aku memang anggap dia macam mak aku sendiri walaupun hubungan aku dan mak mertua xdela terlalu rapat (yerla baru setahun lebih duduk bersama). Tapi aku selalu ikhlaskan hati dalam apa pun kerja yang aku buat kat rumah ni. Cuba kau try buat macamtu, Inshaallah kau akn rasa lebih tenang. Jangan rasa terpaksa untuk layan anak-anak saudara suami, jangan rasa terpaksa tolong mak mertua. Memang kau akn rasa stress nanti.

5. Pejam mata dan abaikan
-Pejam mata pada benda2 kecik yang berlaku di sekeliling. perkara2 yang boleh kecikkan hati, lupakan ja. Jangan simpan dalam hati. Kau dengan adik beradik sendiri pun mesti ada terasa hati, bergaduh kan. Ini pulak dengan ipar duai. Selagi tak menganggu hubungan kau dan suami, abaikan je benda2 tu. Paling penting jangan bercerita pada sesiapa. Melainkan kalau kau dah memang rasa itu, isu yang sangat besar kau cubalah mintak pendapat orang. Tapi bagi aku bila kita mula minta pendapat orang, masalah akan jadi lagi besar. Tak semua orang yang baik dengan kita ni nak kan kebaikkan dalam hidup kita. Pilih orang yang positif bila kau nak share cerita. Yang boleh bagi nasihat yang baik, jangan pilih yang akan sokong tindakan kau. Manusia ni, bila ada masalah dia akan suka bercerita dengan orang yang sentiasa sokong dia dan jauhi orng yang bagi nasihat. Tapi sebenarnya yang bagi nasihat tu la yang akn betul2 membantu kita. So cari mereka ni untuk luahkan masalah.

6. No expectation
-Stop putting expectation on people. Kau perlu berhenti dari mengharapkan orang dengar cerita kau, layan kau macam yang kau nak. Bila kita tak letak expectation pada sesuatu, kita kan lebih berpuas hati. Benda ni aku belajar dari pengalaman sendiri. Bila sesuatu berlaku di luar jangkaan aku, aku rasa sangat bahagia. Bila kau terlalu mengharapkan sesuatu dari orang dan kau x dapat, kau akan rasa sangat kecewa. Contohnya, bila kau pergi kenduri belah suami, kau tak boleh la harap akak ipar kau akan layan kau ja. Dia pun mesti excited jumpa sedara mara dia dan mungkin terlupa kau sekejap. Kau pun mungkin akan buat benda yang sama pada dia kalau kau jumpa sedara mara kau. so, kau cubalah berbual dengan orang2 lain kat majlis tu.

Conclusionnya, masalah yang kau hadapi ni sangat normal. Aku rasa ramai orang yang baru kahwin rasa perasaan yang sama. Tak tahu cara nak masuk dalam family, rasa terpinggir. Tapi aku rasa, kalau kau amalkan tips yang aku bagi, Inshaallah kau akan berjaya. Sebab itu yang aku amalkan dan aku rasa lebih bahagia sekarang. Aku paham, tinggal dengan mertua tak senang tapi bukanla terlalu susah. Aku pun tinggal dengan mertua, dan aku rasa mungkin selamanya aku akan tinggal dalam rumah ni. Ipar dan biras aku pun tinggal bersama2 dalam rumah yang sama. Nak menjaga keharmonian hubungan kekeluargaan ni perlukan tolak ansur. Pertama sekali, ubah diri kita barulah kita boleh ubah diri orang lain. Usia perkahwinan kau dan aku masih muda, banyak lagi ujian yang akan datang yang lebih susah dan mencabar. Rasa terpinggir ni cumalah perasaan negatif sendiri je. Just be positive dan be yourself. Jangan push diri kau untuk jadi macam orang lain. Nanti kau stress. Aku doakan semoga hubungan kau dan mertua akan lebih baik selepas ni. Bagi aku, kau ni memang menantu/ipar yang baik sebab kau sangat berusaha nak rapat dengan keluarga suami. Cuma mungkin cara kau ni buat diri kau jadi stress dan kecewa sendiri. Relax2 ja, jangan stress ya. Yang penting jangan sampai menimbulkan masalah yang besar dalam keluarga.

p/s : Aku ada 1 permintaan bagi para pengkomen, harapnya bagilah komen yang membina. Setiap kali orang cerita pasal masalah dengan mertua, mesti ada yang akan suruh keluar dari rumah dan duduk asing. Bagi aku kalau memang itu adalah option yang tersedia, mesti dah lama confessor keluar. Bukan semua pasangan diberikan peluang tu. Walaupun dah berkahwin, tanggungjawab suami tetap ada pada ibu bapa dia. Sebagai isteri kita perlu faham. Dan tinggal asing bukanlah solution kepada semua masalah. Ada banyak lagi cara untuk selesaikan masalah dengan mertua ni terutamanya bila melibatkan attitude. Memang betul dekat bau taik, jauh bau bunga. Tapi kalau bau taik tu jek option yang ada, spray la perfume sket bagi hilau busuknya. SORRY if aku terguris hati sesiapa. just bagi pendapat je.

Assalamualaikum.

– Menantu Baru

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit