Assalamualaikum semua.
I’m 26 years old with 7 kids and with one “hensem” jejaka hati pelengkap hidup.
Straight to the point. Tajuk aku, “cara menangani lelaki EGO”.
Okey.. First of all, lelaki ni memang mempunyai ego. Boleh dikatakan semua orang ada ego masing-masing. Cumanya EGO lelaki ni sangat tinggi.
Kadang2 para isteri khususnya lah pasti akan buntu untuk menangani ego suami.Dan akhirnya bersedih hati.
Sini aku nak kongsi sikit tips. Harap bermanfaat. Sebab ini juga termasuk dalam kajian aku dalam pembelajaran aku.
Situasi A.
Suami tak pernah cakap, “i love you “. Tak pernah ucap rasa sayang atau cinta.
Tips :
Cuba lihat tindakan, perbuatan suami. Suami ni dia ego nak luah. Tapi kasih sayang cinta dia boleh nampak dan rasa melalui perbuatan dia.
Dia tolong jaga anak, tolong buat kerja rumah, jaga isteri apabila sakit, bergurau senda bersama isteri, rajin bekerja untuk memenuhi kehendak isteri, lindungi isteri, peluk isteri apabila isteri sedih, suap isteri makan, dan sebagainya.
Cuba ingat, Cuba lihat. Apabila suami kirimkan emoji love di whatsapp, mesej isteri, Cuba gembirakan hati isteri, dengar masalah isteri walaupun tiada tindak balas.
Melalui perbuatan ini juga suami sebenarnya sedang beritahu isteri, “abang sayang awak”.
Situasi B.
Suami melakukan kesalahan. Tetapi suami masih berkeras dia betul dan tidak bersalah. Masih mempertahankan EGOnya.
Tips :
Pertamanya isteri harus peka, jangan marah suami dikhalayak ramai. Suami ada maruah dan ego sendiri. Bimbang lagi marak api. Maka, tegurlah silap suami dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.
Marahlah pada waktu dan tempat yang betul. Jangan gunakan kata2 sindiran kerana otak lelaki tidak seperti wanita. Lelaki lebih memahami kata2 trsurat berbanding tersirat. Belajar untuk memaafkan silap suami. Namun jika silapnya melampaui batas isteri tegurlah dengan bijaksana.
Situasi C.
Suami diam, “silent treatment” dan ego tak nak bercakap, asyik mengelak.
Tips :
So sebagai isteri, periksalah kata2 mu atau perbuatan mu. Boleh jadi si suami terasa hati dengan isteri atau sedang bersedih hati kerana mempunyai masalah. Suami terasa hati tetapi tak nak luah kerana bimbang isteri terluka jadi dia pendam. Atau suami sedang mengalami masalah, tekanan.
Maka, berilah ruang seketika kepada suami. Apabila keadaan sudah tenang tanyalah suami, beri keyakinan kepada suami. Peluklah suami dan buatkan suami tenang, percaya setiap masalah ada jalan keluar. InshaaAllah EGO suami luntur jua.
Situasi D.
Isteri mengatakan, “abang tolong lepaskan saya andai abang sudah tidak cintakan saya”.
Tips :
Percayalah wahai isteri. Suami akan jadi sangat buntu. Beliau sebenarnya sayang cinta isterinya. Namun egonya mengatasi segala2 nya. Akhirnya suami cuma bercakap, “abang tidak akan lepaskan sayang sampai akhir hayat abang, sayang buatlah apa saja namun abang tetap dengan pendirian abang”.
Dan bertindak cool seolah tiada apa2 berlaku. Namun cool luaran tidak mampu tenangkan sesak didada suami. Yang sebenarnya, kata2 suami itu merujuk kepada, “i love you so much and i can life without you please understand”.
Situasi E.
Suami menangis ketika isteri sedang sakit, bertarung nyawa ketika melahirkan zuriat, berkelakuan cemas dan risau ketika isteri dlm bahaya. Tetapi masih tidak memberi isteri kata2 semangat atau masih diam kerana EGO.
Tips :
Perbuatan suami lah yg menceritakan resah dihati nya. Sebagai isteri cubalah fahami perbuatan suami. Perbuatan, tindakan suami adalah tanda sayangnya suami kepada isteri.
Situasi F.
Suami tiba tiba merajuk, diserang keadaan cepat terasa hati, merajuk hati dngn isteri. Ego merajuk tinggi sampaikan isteri pujuk masih dngn EGOnya.
Tips :
Sebagai isteri, cari punca suami merajuk dan perbaiki. Cuba tarik perhatian suami dengan kata2 penuh sesalan, dan tindakan yang memohon maaf. Maksud tersirat merajuk suami ialah kerana suami mahu perhatian dan kasih sayang isteri tetapi malu, ego untuk menyatakan.
So why not, pujuk suami. Pakai pakaian seksi, kedit mata, gigit bibir (untuk married couple only). Tetapi pastikan bersesuaian dengan situasi lah. Jika suami merajuk kerana terasa hati, isteri pujuk la dengan penuh sabar dan mngalah. Tetapi Jika suami merajuk kerana mahukan perhatian. Pujuklah dengan penuh hemah.
Situasi G.
Isteri mahu keluar ke Port Dickson bersama kawan. Tetapi suami tidak mengizinkan. Tetap dengan EGO dan pendiriannya. Begitu juga jika isteri mahu membeli beg Pandora.
Tips :
Maksud tersirat suami tetap dngn EGO dan pendiriannya kerana suami risau keselamatan isterinya. Suami khuatir jika sesuatu yang buruk menimpa isterinya. Oleh itu, sang suami tak benarkan isteri pergi.
Jika suami masih tidak membelikan beg Pandora. Ingatlah kasih sayang suami tidak diukur menggunakan wang ringgit. Tetapi beliau tahu keadaan kewangan rumahtangga bagaimana. Sabarlah isteri.
Makanya, itulah sedikit coretan aku kpda kalian. Moga bermanfaat.
– Jah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit