Cara Terbaik Untuk Reject Lelaki

Assalamualaikum semua.

Thank you admin sebab publish cerita saya, tujuan saya tulis ni sebab saya nak tahu dari warga iium confession terutamanya lelaki, bagaimana cara nak reject mereka dengan baik dan penuh sopan.

Kisahnya begini,

Saya ada classmate lelaki zaman sekolah dulu, nama dia Megat.

Dia ada hati pada saya dari form three sampai sekarang. Tahun ni dah masuk tahun kelapan dia masih menunggu saya.

Tapi, saya tak pernah respon dan cakap apa-apa tentang perasaan dia tu, dengan harapan dia akan faham, diamnya saya tanda saya memang tak suka dia.

Dia tak jahat, cuma hati tak boleh dipaksa, saya memang takde perasaan pada dia, lagi-lagi dia luahkan perasaan pada saya waktu zaman sekolah waktu tengah nak PMR, lagi buat saya rasa makin tak suka pada dia.

Saya ingat perasaan dia pada saya hanya perasaan cinta monyet dan budak2 je, bila saya tak layan dia akan cari orang lain,

Masalahnya sampai sekarang, dia masih setia menunggu saya. Perasaan dia pada saya ramai jugaklah kawan-kawan sebatch yang tahu, malah ada kawan saya yang pujuk saya untuk terima dia.

Dia saya tak terima sebab masing2 masih sekolah, takkan nak bercinta zaman sekolah (saya dulu kaki belajar, memang anti cinta zaman sekolah hahaha)

Dan after SPM dulu, (tahun 2013) – dia ada hantar mesej panjang berjela untuk saya terus tunggu dia, agar dia dapat stable job lepas sambung belajar.

Dan seperti biasa, saya bluetick kan aje. Nak balas saya tak nak dia tunggu saya, saya tak sampai hati.

Nak cakap saya sudi tunggu, memang saya tak berniat utk tunggu dia (Maafkan saya, ada sebab tertentu yang buatkan saya memang tak selesa dengan dia)

Dari dulu, sampai sekarang. 8 tahun dia hantar mesej pada saya dan saya bluetick kan saja.

Saya cuma balas bila dia mesej selamat hari raya dan selamat hari lahir. Itu pun sekadar situ je. Perbualan kami memang minima, lepas habis sekolah dia universiti lain, saya masuk universiti lain.

Tapi yang saya pelik, kenapa sampai sekarang, dia masih setia utk tunggu saya, saya rasa kesian sangat dekat dia.

Saya risau, dia tak faham diam saya tu bermaksud saya memang taknak kat dia.

Tapi nak cakap saya TAK SUKA DAN TAK NAK KAT DIA saya tak sampai hati, biar dia faham sendiri.

So, macam mana cara utk saya reject dia, or biar je saya terus berdiam diri bluetickkan segala pesanan dia.

Guys, help me.

Saya bukan nak jadi zalim, saya cuma nak dia untuk terus berhenti menunggu saya sebab saya kesian dekat dia.

– Hani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *