Cara Untuk Menang RM150,000

Assalamualaikum dan terima kasih admin sekiranya peraduan ..eh confession ini disiarkan.

Pernah jumpa tak iklan di surat khabar lebih kurang begini bunyinya- “Cari 5 kuih tempatan di silang kata dan menangi RM 150,000!”. Aku pun tengok teka silang kata nya di belah kiri. Eh senang betul, anak buah aku darjah satu pun boleh buat. Kuih “ketayap” dah dibulatkan sebagai contoh. Aku cari lagi kuih lain, 5 saat dah jumpa semua. Pernah nampak tak iklan begini?

Bagi kebanyakan kita yang baca surat khabar pagi-pagi memang confirm akan hantar “peraduan” tu tengahhari juga. Kenapa? Sebab:
Pertama, surat khabar tempatan kot. Memang boleh percaya.
Kedua, tak perlu bayar pun. Kalau dapat, dapat. Kalau tak dapat bukan rezeki. Setem pun berapa puluh sen je.

Ok, ini kisah parents aku yang pernah menghantar peraduan tersebut.

Mereka pernah terlibat beberapa bulan yang lepas. Soalan yang lain, tapi level peraduan masih di tahap “kacang”. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, moga menang RM 150,000- mereka menghantar ke Pos Laju. Dapat respond dalam bentuk surat beberapa hari lepas tu. Dalam surat tu ada cakap “Tahniah anda antara yang layak memenangi RM 150,000.” Syarat untuk masuk pertandingan/ cabutan bertuah, anda kena beli barangan yang ada dalam katalog kami berjumlah RM xxx dan nama anda akan masuk ke dalam senarai peserta yang bertuah.” Lebih kurang lah ayatnya.

Bagi mereka yang ada hidung tajam akan rasa “OK Stop, tipu sangat ni nak masuk peraduan kena bayar pulak.”

Tapi parents aku semacam lembut hati pula baca surat tu sebab pandai mereka goreng ayat. Jangan kecam aku kenapa tak stopkan parents aku. Aku takde kat rumah sebab belajar di luar daerah. Masa telefon rumah takde pula sebut tentang peraduan ini.

Teruskan cerita tadi, mereka pun terpedaya beli barangan yang dalam katalog tu untuk (kononnya) melayakkan mereka ke peringkat pertandingan yang seterusnya. Barangan yang ada dalam katalog pun Ya Ampun, scam merata. Ubat ajaib yang boleh menyembuhkan 1001 penyakit, pinggan mangkuk dan macam-macam lagi barangan murah tapi dah dinaikkan harga dalam katalog tu. Guna pula muka artis lama kononnya sebagai duta produk.

Parents aku pun hantar pesanan mereka, dapat lagi surat beberapa hari lepas tu, ayat yang lebih kurang tapi lebih power. Lebih kurang macam ni. “Sikiiiiit je lagi untuk menang RM 150,000. Anda hanya perlu membalas surat “Ya saya mahu menang RM150,000 dan telah membuat pesanan RM xxx dari katalog.”

Benda yang sama berulang-ulang, sampai parents aku dah spend lebih kurang RM xxx untuk produk yang kat luar boleh beli dengan harga yang murah. Jangan kecam parents aku, you are not their age. Dunia mereka adalah surat khabar. Mereka happy sebab dapat respond tapi marah sebab tak menang-menang daripada haritu. Sampai lah mereka rasa dah ditipu. Bila aku tau pasal ni darah menyirap. Kurang ajar kamu orang yang menipu ni gunakan kelemahan orang tua untuk dapat duit.

Sejak kejadian tu mereka asyik dapat surat tak putus-putus dari company tu. Lebih kurang seminggu sekali kot, tapi mereka dah tak layan. Aku baca surat penuh warna-warni yang ditulis “RM150,000” di merata sudut. Aku faham kenapa mereka boleh tertipu.

Confession ini adalah untuk menyedarkan 20% daripada anda yang mungkin pembaca surat khabar tersebut dan jangan terpedaya lagi dengan peraduan itu. Hanya sebab peraduan tu dalam surat khabar tak bermaksud ia betul. Kau nak duit kau cari sendiri. Tapi dah berbulan-bulan iklan tu masih ada dalam surat khabar apa kes? Eh geram pula macam nak aku sebut je nama surat khabar tu kat sini.

– Anti Scam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit