Cara Urus Kos Hidup

Assalamualaikum readers

Di zaman era pemerintahan yang ……… (put your own words here), memang ramai yang hidup kesempitan. Macam aku. Aku baru kerja 3tahun, bersuami, seorang anak berusia 3 tahun dan sedang mengandungkan anak kedua.

Suami aku tak bekerja sebab tengah sambung study. Jadi aku adalah ‘provider’ untuk keluarga aku. Gaji aku pulak 3040 lepas potong kwsp, zakat, student loan.

Aku berasal dari keluarga senang. Harta mak bapak aku kalau kumpul memang berjuta jugak nilainya. Aku dibesarkan pun dengan cara yang senang jugak. Lepas kahwin, masih ada lagi sifat nak bersenang tu. Cara hidup tak berubah. Beli itu ini, makan tempat mahal2 sampai laaaa aku dapat anak sulung aku. Baru aku tahu “nikmatnya” susah. Itu pun bukan la susah sangat pun hidup aku. Cuma tak mewah je lah.

Lepas setahun lebih anak aku lahir, suami aku habis kontrak bekerja. Dah cuba mintak kerja lain tapi hampa. Sebab tu dia decide untuk sambung study. Masa ini lah hidup aku memang berubah 360 degree. Jika dulu aku nak apa aku mampu beli. Sekarang aku mampu berangan je. Percaya atau tak, aku lebih bahagia sekarang.

Lepas kahwin aku dan suami pindah duduk jauh dari keluarga masing2. Orang pindah duduk bandar kami pindah duduk kampung. Sebab? Di kampung cost of living lebih murah.

Berbalik kepada hidup aku. Masa awal kawin kami tingal dekat dengan pekan, sewa rumah rm600. Bila suami tak bekerja, ikat perut jugak kami nak bayar sewa. So aku decide untuk pindah rumah jauh dari pekan untuk kurangkan sewa rumah. Pindah la kami duduk tepi hutan. Sewa alhamdulilah rm400 sebulan. Jadi jimat rm200. Walaupun rumah tepi hutan, kecik, line kadang ada kadang tak ada, tp keredhaan tu sangat membahagiakan. Rumah baru kami ni sangat private. Sunyi dan tenang. Hepi sangat duduk rumah sekarang. Sebelum aku pindah aku ingat aku akan stress, tensyen. Tapi takkkkk…

Kalau dulu aku tak boleh hidup tanpa intenet, untuk kurangkan kos, aku terminate intenet rumah aku. Mula2 bosan jugak. Lama2 eh banyak pulak masa aku rupanya sehari hari. Hahaha.. macam2 aku boleh buat. Tanam pokok, masak special2 untuk keluarga aku dan spend kualiti time dengan suami dan anak. Astron pun terminate. Mula2 memang bosan weh. Tapi lepas seminggu memang bahagia. Aku dan suami lebih banyak berkomunikasi dari asyik mengadap tv je masing2 kat rumah.

Lepas suami aku tak kerja, aku cari lubang2 yang aku boleh cut dan jimatkan kos. Contoh yang aku bagi kat atas tu. Pindah ke rumah yang sewa lebih murah, potong benda2 yang berunsur hiburan, stop perangai syoping dengan tukar kepada beli-yang-perlu sahaja. No more baju baru setiap minggu. Pakai baju yang mana ada je. Koyak, jahit balik. Guna sampai lusuh. Selain pada itu kurangkan jugak kos utiliti dengan jual je aircond tu. Guna kipas dan bukak tingkap dan pintu rumah bila dalam rumah supaya ada pergerakan angin. Jadi tak la panas sangat rumah. Cara lain yang menjimatkan duit termasuk masak setiap hari. Tido awal, bangun awal dan masak breakfast sampai dinner. Selalu aku akan buat roti atau cucur je pepagi. Lunch n dinner menu yang sama. Lunch tu bawak bekal ke opis. Memang jimat weh. Bekalkan buah skali. In case lapar in between meals. Setkan makan kat luar maximum semingu sekali je. Makan kedai mahal bila ada special occasion macam birthday ke, anniversary ke.

Banyak cara untuk jimatkan duit sekarang ni. Sama ada kau NAK atau tak je. Bila tak nak ubah cara hidup mula la nak blame itu dan ini. Stop kunjungi kedai makan hipstur yang mahal je lebih rasa sama je. Stop intenet dan aston kau tuh. Ubah plan henfon jenis kredit top up rm40 je sebulan. Cukup je. Start masak dan barang masak tak payah la nak beli kat supermarket kan. Beli je kat pasar tani. Lagi murah. Kalau kau pandai ayat siap dapat diskaun lagi. Groceries aku dlm rm70 je untuk aku dan keluarga aku seminggu. Makna sehari kos makan aku, suami dan ank rm10 je. Beli yang murah2 dah la. Macam ikan cencaru (sekor rm1-3 je weh kalau saiz kecik), ikan termenung sekilo rm8-12. Macam2 masakan kau boleh buat asalkan kreatif je. Ada duit lebih hujung bulan dapat la makan daging dan udang.

Ini antara cara aku jimatkan perbelanjaan keluarga aku. Alhamdulilah, walaupun tak mewah, melopong je tengok sepupu sepapat dan kawan2 pakai baju lawa2, makan kedai classy, cuti sana sini tapi percaya lah. Perasaan syukur tu lebih indah dari segalanya. Serba kekurangan mengajar kau untuk redha. Ini pun kira aku hidup senang la jugak. Cuma tak mampu hidup mewah mcm dulu je. Aku percaya ada orang hidup lebih susah dari aku. Hidup susah tak jadi masalah, tapi cara kau handle hidup kau tu yang menyebabkan kau bahagia atau tak.

So, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Bersyukur dengan rezeki Allah bagi. Percayalah, akan ada orang yang hidup lebih susah dari kau. Jadi, redha dan syukur is the key for your happiness.

Aku harap ramai akan follow apa yg aku buat. Mula2 memang susah. Tapi bahagia datang kemudian. InsyaAllah.

– Zila

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit