Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca IIUMC. Aku Amy, nak kongsi kisah kehidupan aku. Sebab kita semua jalani kehidupan yang berbeza, jadi aku sesaja nak kongsi kisah aku. Mungkin biasa-biasa je, mungkin juga apa yang aku nak kongsi ni ada manfaat pada sesetengah orang. Moga yang baik-baik je dari confession aku ni hendaknya.
Bismillahirahmanirrahim.
Aku seorang isteri. Gaji aku lebih besar daripada suami. Masa kahwin dengan suami, dia seorang duda & ada 3 orang anak hasil perkahwinan pertama. Sekarang Alhamdulillah hasil perkahwinan dengan aku, kami ada seorang anak berumur setahun. Ye baru setahun anak kami, bermaksud usia perkahwinan kami pun belum capai tahap umur matang lagi. Nanti ada pulak yg kecam “baru setahun jagung kahwin, nak nasihat orang”, tapi ada aku kisah?hahaha.
Aku baca luahan seorang wanita yg gaji lebih besar dari suami, dan suami pulak lepas tangan hal perbelanjaan & nafkah. Kesian dia. Suami jenis ego, tak boleh berbincang & tak terima teguran ni agak payah sikit. Kalau ikut kata hati aku yg tak berapa baik ni “dah la gaji kecik tak mampu bagi nafkah, masih jugak nak acah-acah king” hahahaha hakikatnya suami tu memang king dalam rumahtangga walau apa-pun taraf ekonomi dia.
Utk kes aku, sama jugak keadaan lebih kurang. Suami aku gaji lebih kecil dari aku. Suami aku kerja kilang gaji RM1.5K je. Lagi pulak, tanggungan dia ramai. Anak dari perkahwinan pertama ada 3 orang yg mana 2 orang dah bersekolah. Jadi dari segi kewangan, memang ada kesempitan utk suami aku. Suami aku pulak orangnya tak berapa mahir urus kewangan. Takde planning & kira-kira. Disebabkan tu, dia banyak jugak hutang-hutang lama yg tak langsai-langsai (lama maksudnya hutang sebelum berkahwin dengan aku la)
Berbeza dengan aku. Aku suka merancang. Suka kira-mengira sebelum buat apa-apa keputusan & belanjawan. Jadi, kami sepakat suami isteri utk lantik aku sebagai menteri kewangan keluarga hehehe. Dia kan tak berapa mahir urus kewangan. Dia tak boleh bezakan yg mana priority yg mana perlu diketepikan sementara. Sebelum berkahwin dgn aku, kewangan dia memang ke laut china selatan peginya. Hutang tak berbayar tapi duit habis. Habis ke mana? Barang keperluan rumah, makan minum & lain-lain yang mana sebenarnya, boleh adjust utk kurangkan kos. Masa tu, ex wife dia selalu cari gaduh dengan dia sebab nafkah anak kais-kais hahahaha. Sekarang, ex wife dia dah tak perlu lagi kejar dia hujung bulan macam ahlong minta hutang, sebab aku yg uruskan kewangan dia dgn jayanya hihihi.
Bila suami aku terima gaji, aku akan transfer kesemua gaji dia masuk ke akaun gaji aku & combine dengan gaji aku lah of course. Kemudia dari situ, baru aku bahagi-bahagikan perbelanjaan. To be honest, lepas bayar pengasuh anak-anak dia, nafkah anak dia, hutang-hutang dia, baki yg tinggal tak dapat pun nak cover perbelanjaan family kami & akhirnya akan tetap consume gaji aku. Tapi sekurang-kurangnya, aku tahu ke mana duit dia pergi & Nampak contribution dia pada keluarga. Aku pun dah tak bolehlah bising-bising cakap suami tak bagi duit. Perempuan ni korang kena faham memang beremosi sikit, suka mengungkit hahaha, risau pulak nanti terderhaka sebab cakap suami tak bagi duit kan. Jadi dengan cara ni, tertutuplah mulut aku untuk berkata-kata sedemikian sebab aku tahu, keseluruhan gaji suami aku dalam bank aku ha. Aku yg kawal online banking dia & kad ATM pun pada aku.
Mula-mula aku akan consume gaji suami aku dulu utk buat bayaran. Aku akan transfer duit ke ex wife dia untuk nafkah anak kemudian bayar hutang-hutang lama dia. Masih berbaki, aku guna untuk bayar sewa rumah & bil elektrik. Kadang gaji dia ada lebih bila dia banyak OT, jadi kalau masih berbaki, aku akan allocate sikit utk beli barang basah macam ikan, ayam, sayur kat pasar. Oh ya, aku beli keperluan bahan basah tu cuma sebulan sekali je. Aku beli borong terus. Jadi aku dapat kawal & urus belanja pasar tu utk sebulan. Mudah macam tu tak over spend tau. Anggaran dalam RM200 utk keperluan 2 orang dewasa 2 orang kanak-kanak (2 orang anak suami aku di bawah jagaan kami, anak aku baru setahun aku tak kira la sangat sebab berapa ketul je la dia makan pun kan). Kalau korang Tanya pulak, boleh ke lauk-lauk basah tu semua tahan sebulan. Ha tu aku kena la bukak confession baru, kang lari tajuk, lari pembaca aku kang hehehe. Seterusnya kalau masih ada baki, aku pecahkan ke duit kecil RM1 & RM5 sebagai duit belanja sekolah anak-anak suami aku & duit belanja suami aku.
Alhamdulillah, suami aku dgn lapang dadanya sanggup menerima duit belanja RM5 sehari. Itulah duit utk dia makan tengahari masa kerja, utk isi minyak motor, utk topup kredit telefon dia. Macam mana dia manage? Tempat kerja dia tak jauh dari rumah, jadi tengahari dia akan balik makan kat rumah. Isi minyak motor pulak 3-4 hari baru akan isi dalam RM7. Kalau sehari RM5, dalam 4 hari dah ada RM20, isi minyak motor RM7 masih berbaki RM13. Jadi macam tu lah dia manage. Tu pun aku yg ajar dia. Sebab aku pernah bagi dia lumsum RM50 utk seminggu kononnya, tapi lepas 3 hari dia minta duit belanja lagi & sebabkan RM50 tu aku beremosi & bergaduh sebab aku pertikaikan dia buat apa dengan duit tu hahahaha jahatnya aku dulu. Sebab tu lah aku bagi sikit-sikit setiap hari & aku takkan pertikai pun dia nak guna utk apa. Yelah, RM5 je kalau aku pertikai jugak baik dihempuk aje hihihi.
Ok berbalik pada uruskan kewangan combination tu. Ha jadi selepas gaji suami aku dah habis digunakan, barulah aku akan mula consume gaji aku pulak. Apa-apa yg masih kekurangan, aku akan cover. Contohnya bayaran sewa Coway, pengasuh anak aku, loan kereta & keperluan lain kat rumah macam sabun ke, shampoo ke, minyak masak ke. Macam suami aku, gaji dia tak tetap setiap bulan sebab dia boleh dapat OT, jadi tiap bulan pembahagian tu memang tak sama. Kadang masa dia tak banyak OT, banyak lah yg aku kena cover. Ada jugak masa yg duit belanja sekolah anak dia pun aku yg kena bagi, duit belanja dia pun aku yg kena bagi guna gaji aku(sebab tu aku emosi bila dia habiskan cepat hahaha). Masa ni, redha je lah yg paling utama. Sebagai isteri, aku tahu suami aku pun mesti tak happy bila tak mampu cukupkan tanggungjawab dia. Sesekali dia akan cakap “saya nak OT banyak-banyak, saya nk bayar semua keperluan kita, saya nak belikan makanan yg awak teringin nak makan”. Ada jugak sesekali dia cakap “tak sabar nak selesaikan hutang tu. Lepas ni duit ada lebih boleh awak ambil sebagai nafkah. Awak nak beli baju ke, beli tudung ke, dah tak perlu pening-pening”.
Keadaannya kat sini, suami aku pun tak ego. Suami aku pun sanggup berdikit-dikit & sanggup serahkan semua duit hasil titik peluh dia bekerja pada aku utk diuruskan. Sanggup bagi kepercayaan seratus peratus kat bini dia ni. Bukan senang tau, kau tahu je lah orang perempuan ni kang masuk shoppee habis licin akaun hahahaha, tapi aku takdelah buat macam tu. Aku akan cukupkan keperluan keluarga dulu sebelum guna utk perkara-perkara kehendak ni. Make sure perkara pertama yg dibuat lepas dapat gaji bersama tu, selesaikan hutang & komitmen, ketepikan duit utk belanja dapur & duit poket mak ayah. Ha lepas tu sukati la nak buat apa dgn yg extra tu. Benda kecil-kecil pun kena ambil kira contohnya petrol, tol dan lain-lain. Kitorang untung sikit sebab tempat kerja dekat dgn rumah.
Dan lagi satu, suami aku tahu dia ada kelemahan dari segi kewangan & nafkah, jadi dia tersangatlah bertanggungjawab dalam hal-hal rumahtangga yg lain macam mengemas, basuh baju, sidai baju, lipat baju, iron baju, basuh kereta, cuci pinggan mangkuk. Berak kencing anak kami yg kecil tu pun boleh harap kat dia. Aku pernah outstation seminggu ke luar Negara, dia uruskan anak-anak ke sekolah, baby aku ke pengasuh, bangun malam susukan baby aku (baby aku menyusu badan jadi dia kena panaskan susu yg aku dah sediakan & tinggalkan utk anak aku), sediakan bekalan makanan anak aku ke pengasuh, Alhamdulillah banyak boleh diharapkan. Baju sekolah anak-anak dia pun aku tak pernah iron tau. Semua dia prepare. Cuma bab masak dia tak mahir. Sekarang aku tengah train dia masak pulak. Oh ya, tadi aku ada cerita duit belanja harian dia sikit jadi dia terpaksa balik tengahari makan kat rumah kan?
Aku tak masak ye, pepagi aku cuma sempat sediakan bekalan makanan baby aku ke pengasuh & masak nasi je. Dia balik tengahari akan goreng telur & makan dengan kicap & nasi. Itulah menu tengahari dia setiap hari Isnin- Jumaat. Ada yg advance sikit kadang sempatlah aku cairkan ikan maka bolehlah dia makan ikan goreng hahaha. Lauk malam kalau ada balance dia akan makan masa breakfast jadi utk tengahari dah takde lauk. Aku lebih focus pada keperluan baby jadi dah tak cukup tangan utk sediakan lauk pauk dia. Tapi makan malam aku sediakan la macam biasa. Jadi tengahari je lah dia kena bertabah dengan lauk bujang tu. Nasib baik jugak dia tak cerewet sebab die faham keadaan kewangan dia & kami sekeluarga. Utk aku, aku beruntung sebab kilang aku sediakan makanan percuma. Jadi aku tak perlukan duit belanja pun. Cuma perlu isi minyak kereta seminggu sekali. Bil telefon pun company bayarkan aku tak perlu topup kredit.
Kat sini bagi aku yg paling utama, suami sendiri kena sanggup bertolak ansur. Buang ego jauh-jauh utk kesejahteraan bersama. Yg kedua, isteri kena sanggup bersusah dgn suami yg bergaji kecil tu. Dan kalau suami dah letak kepercayaan sepenuhnya pada isteri utk urus kewangan, janganlah ambil kesempatan ye. Uruskanlah dengan bijak, cermat & hemat. Kesian kan tengok suami makan lauk telur goreng & kicap setiap hari, takkan sanggup nak seleweng duit suami utk kita bersedap-sedap pulak kan. Dan isteri pun kena kurangkan ego.
Kenapa aku cakap macam ni? Sebab kadang aku ade jugak terdetik geram dalam hati bila kena hulur duit kat suami tiap hari, dan bila minta suami ke kedai pun aku kena bagi duit tak boleh main order je guna air liur, sebab aku tahu dia takde duit extra. Ha kat sini kena cepat-cepat lawan perasaan tu. Zikir, istighfar. Syaitan semua tu. Kena doa banyak-banyak Allah ikhlaskan hati kita utk terima kekurangan suami kita, dan dlm masa yg sama InsyaAllah ganjaran bersedekah utk kita nanti.
Ok tu je lah buat masa ni ye. Komen yg murni-murni tau, hehe.
– Amy
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit