Nak marah kesian… Tapi betullah orang kata asbab “kesian” nilah yang selalu memakan diri. Ramai manusia yang suka ambik kesempatan.
Assalamualaikum hai semua, aku nak share sikitlah, apa yang aku hadap sekarang ni. Hermmm, aku tak tahulah silap aku dekat mana, sampai sekarang pun aku masih lagi tertanya-tanya.
Even aku sendiri minta pendapat pada yang orang lebih dewasa, lebih pakar macam Kak Tam dekat TikTok tu. Sekali jawapan yang aku dapat tak sesuai pun dengan jalan hidup aku. Aku terus unfollow. Banyak sangat pendapat pun, bukan solusi pada masalah aku ni.
Aku Domba (bukan nama sebenar). Aku sebenarnya tak nak pertelingkahan antara adik beradik tu terjadi tapi mereka -mereka yang berada disekeliling macam minta untuk pergaduhan tu terjadi. Okeylah mesti korang tak fahamkan apa yang aku cuba sampaikan.
Ni cerita pasal kakak ipar aku. Orang dekat Malaysia ni selalu diterapkan anafsir-anafsir dengan cerita mentua yang jahat dihasut pula dengan adik- beradik ipar yang kejam.
Tapi kan dalam situasi hidup aku sekarang, semua tu tak sama pun dengan apa yang aku lalui. Bahkan sampai orang kata, aku ni baik sangat. Aku tak baik pun. Cuma aku ni perlukan masa untuk selesaikan segalanya.
Okeylah direct to the point, kakak ipar aku ni tinggal serumah dengan aku, dan yela abang aku dah bersetuju untuk jaga mak aku yang sudah tua, selepas pemergian arwah ayahda tercinta beberapa bulan yang lepas.
Tapi mak aku masih kuat tau, mampu lagi untuk uruskan diri sendiri. Cuma untuk keselamatan mak aku jela.
Aku ni memang dah tinggal lama dengan mak ayah aku masa PKP dulu. Aku berhenti kerja so aku pindah ke kampung. So kira menetap dahlah kat rumah ni.
Yes aku selalulah dengar better orang yang dah kahwin ni tinggal berasingan dengan mak ayah masing-masing. Dan aku juga setuju dengan itu sebab banyak perkara yang akan memudaratkan pasangan.
Disebabkan ini kami kene terima situasi yang dilalui. Dan apa yang berlaku adalah disebaliknya dari apa yang korang fikirkan.
Mak aku ni dah tua pun. Usia 70an dan aku ni pula jenis tak suka masuk campur hal urusan hidup orang lain cuma mampu jadi pendengar jela. Bila dah ramai mengadu dan bercerita, aku pun sedikit sebanyak terkesan jugaklah. Takut jugak malah makin keruhkan keadaan.
Aku selalu baca dan fahamkan juga yang segala tanggungjawab juga kesalahan adalah dibahu abang aku sendiri bila dah berkahwin. Tapi kami ni sama-sama je memikul.
Cuma sikap abang aku sendiri itulah tak mencerminkan untuk memainkan peranan tersebut, apa jer yang aku boleh buat???.
Abang aku ni sebelum ni dia duduk luar berasingan. Sepatutnya dia dah tahu dan banyak belajar dan banyak pengetahuan dalam menguruskan hal dalam rumah, lagi-lagi hal rumah tangga sendiri pada dasar commitment dan sebagainya. Tapi sebelum dan selepas kahwin still sama juga perangainya.
Aku tak salahkan kakak ipar aku ni, yang bila mereka berdua ni bergabung meletop dan sangat serasilah. Tapi aku still salahkan abang aku yang seharusnya membimbing isteri dia.
Aku tak pernah lagi la nak argue dengan kakak ipar aku ni, walaupun aku dah banyak dengar kakak-kakak kandung aku yang lain dah mula bersuara. Walhal mereka ni bukannya duduk serumah pun.
Bila aku back up kakak ipar aku ni, aku pula yang kena toucher. Yela kadang-kadang ada lah dia masak untuk suami dia bila balik kerja.
So pada diri aku yang selalu dimadah ini Hadap jela apa mereka nak kata. Sekarang ni macam ada peperangan pendapat yang masih lagi tak dapat diselesaikan. Yela ada yang tak puas hati dan ada pula yang keras hati. Aku adalah tempat untuk melampiaskan masalah tu. Dengar jela.
Kadang-kadang aku tambah perasa jugaklah sebab ada perkara yang betul. Tapi sampai bila jugakan hanya besarkan bakat mencari salah orang lain je? Sampai bila nak selesainya. Bila berdepan masing-masing diam.
Aku pernah je ajak abang aku berdepan antara satu sama lain. Hermmm duk kona kiri kanan. Sebab tulah tak selesai-selesai.
Apa yang kakak ipar aku buat, dia suka berkurung dalam bilik, keluar bila perlu, makan ke tak tahulah lagi lagi dalam keadaan dia mengandung sekarang.
Bila dia masak tak kemaspun dapur lepas guna. Pinggan sendiri pun tak nak basuh. Memang sekufulah sikap dia dengan abang aku. Huhu.. Lagi pula memang jarang sekali kami makan bersama, dan dia suka main game.
Oh lupa untuk makluman pembaca sekalian. Kakak ipar aku ni masih muda 20an. Tapi dia dah bersuami.
Abang aku pernah mengadu dekat aku yang isteri dia suka COD sampai seribu ringgit lebih. Sebagai suri rumah. Bawa kereta atau motor pun tak pandai. Itu jela jalannya kan? Haha.
Awal-awal masa mereka kahwin tu aku pernah jer ajar akak ipar aku bawa motor. Tapi hari tu jela. Seterusnya dia jadi takut. Hehe Kakak ipar aku jarang nak harapkan aku dalam apa apa hal pun.
Mesti dia akan tunggu suami dia balik kerja dulu. Alhamdulillah jugaklah untuk aku dan tak kacau sangat hidup aku. Sebenarnya aku okey jer. Tapi kalau nak hari-hari tanya tu hermmm tak lah bukan aku lah. Sebab dah besarkan dah kahwin boleh fikir pun. Cari jela aku bila perlu.
Tapi aku ni jenis terus terang direct agar abang aku ni mampu buat sesuatu untuk rumahtangga dia. Apa keputusannya tiba-tiba nak pindah. Itu jela yang dia boleh fikir dan taraf IQnya herm menghampakan pada aku weyh.
“Oh sayangkan isteri” aku faham. Macam tulah caranya. Tak delah rasa nak tegur isteri tu apa yang betul apa yang salah. Penyapu pun tak pernah pegang. Haha. Tapi dia pakai selipar dalam rumah. Asbab geli ke tak tahulah kan. Aku tak salahkan pun. Lantak kau lah.
Aku dengan abang aku ni selalu je berbincang macam-macam perkara termasuk hal rumahtangga dia. Aku tahu jer segala hal. Tapi aku mampu jadi sekadar pendengar yang setia dan baik hati. Nasihat pun tak jalan. Macam mana?
Aku selalu cakap dekat abang aku, kau yang kena ubah diri kau dulu, baru isteri kau akan ikut. Tapi setakat itulah. Mengadu penat. Itu jela. Sebab aku tengok sama je tak ada perubahan pun. Huhu. Diam diam aku memerhati.
Oh aku cerita dari side diri aku pula. Aku ni bukan jenis bersosial pun, jenis terperap jer dalam bilik. Keluar pun bila main badminton itu jela untuk release stress dengan kakak dan anak sedara aku. Dan bila mak aku nak cari keperluan dapur ke aku keluar lah.
Aku memang tak ramai kawan. Aku ni tak kerja sebab aku sakit cuma aku tolong buat kerja-kerja rumah dan ladang sawit arwah ayah aku kutip biji relai-relai sawit tu, membaja kalau ada masa. Bukan selalu pun kena buat macam tu.
Sekarang dah mula berjinak dalam bertani. Slow-slowlah sebab aku kene banyak lagi belajar.
Aku ni bukan jenis banyak cakap pun. Dan aku ni sebenarnya perfectionist. Bila aku kemas rumah tu memang bersih sangat-sangat. Cumanya bila tinggal dengan orang yang tak de common sense ni, lama-lama aku pun tak boleh tahan. Aku biarkan jela. Buat yang mana perlu jer.
Kadang-kadang jadi sakit hati juga. Nak marah “kesian”. Apa pula hak aku sebagai adik ipar jekan. Abang aku pun asyik back up isteri dia je. Aku just mampu duduk dalam bilik layan life dan movie aku kalau free.
Sekaranglah aku baru mula percaya apa yang kakak-kakak aku ni cakap adalah betul. Sebelum ni aku asyik back up je sampai naik tocang orang tu. Mereka menilai dari apa yang mereka nampak sendiri.
Aku tak pernah pun bercerita apa-apa pun pasal sikap kakak ipar aku ni walhal aku tahu je. Sebab pada aku, kalau dia tak nak buat aku jela yang buatkan. Buat apa nak penat penat fikir.
Aku faham yang Mereka pun tak nak mak aku susah kena buat segalanya dalam rumah tu. Aku bantu yang mana aku mampu je. Bab masak aku memang kurang pandai. Cuma lepas makan untuk diri sendiri boleh laa. Aku lebih pada berkemaslah. Aku memang suka mengemas.
Ada lah otak negative aku ni berfikir “macam ni erk bila dah berkahwin tapi masih lagi duduk dalam culture yang sama, perangai yang sama, buanglah sikap-sikap bujang tu”. Tapi takut juga kena dekat diri sendiri akan datang. Cakap dekat orang lebih-lebih nanti jadi doa pula. Takut.
Aku dengan mak aku tak pernah campur pun urusan hidup rumahtangga abang dan akak ipar walaupun kami tahu jer. Cuma masih ada lah lagi sikap toleransi tu kan, cuma dialah tak nak belajar buka ruang buka minda untuk terima dan berubah.
Mak ni kalau dia nak meluahkan rasa apa yang dia lalui dekat anak-anak dia yang lain itu aku tak halang. Aku faham je sampai kena hadap tohmahan tu. Siapa je boleh tahan.
Tapi silap mak aku ni juga dia terlalu sayangkan anak lelaki dia, dan mungkin asbab mereka ni sampai ambik kesempatan. Jadi akui dan meranalah sendiri. Aku pun dah malas nak bising-bising lagi.
Aku ni pun mereka akan dicari bila perlu je. Bab bila tak cukup duit.. mula lah manis mulut berbicara.
Lepas dapat apa yang mereka nak, hilang dah lah. Kembali dengan hidup mereka seperti sediakala. Aku jer terkontang-kanting dengan life sendiri. Aku sakit pun aku sendiri yang kena tanggung. Hahaha. Bila mereka ada masalah, barulah mereka cari aku.
Duduk serumah pun bukan selalu jumpa. Masing-masing suka buat hal sendiri. Kakak ipar tak lama lagi dah nak bersalin…
Aku doakanlah agar sikap dia berubah bila dah ada anak nanti. Aku pun kena tolak negativity dari kata-kata orang lain menghasut yang dia ni bakal menyusahkan aku dan mak aku lagi akan datang.
Aku pun berharap doa dari kalian supaya aku dapat jodoh yang baik dan nak juga merasa hidup berumahtangga. Dapat suami yang beragama Berakhlak dan rajin pun okey dah. In Shaa Allah. Aamiin Ya Rabbal A’lamin.
– Domba (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
solutionnya ko suruh je abg ko tu sewa rumah lain yg berdekatan. kalau alasannya sebab nak jaga ibu yg dah tya, benda tu boleh je buat even duduk asing. cari je rumah dalam radius 3-4km. abg ko kena belajar hidup sendiri bukan harap mak dia. mcm mana dia nak didik bini and anak dia kalau masih ”menetek” dgn mak kan? bini dia tu reflection abg ko jugak, so aku no comment. kalau ko nak didik diorg dua ni jadi bertanggungjwb atas diri sendiri dan perkahwinan diorg, mmg kena duduk asing. takleh nak forever dalam comfort zone centu. apa2 jadi pon ko mmg ada kt rumah, boleh je call and inform abg tu. for now, anon ni jaga and focus kt mak anon je la, takyah duk cara abg and wife dia tu. sbb kita pon taktahu cara wife dia dibesarkan cane, anak org kaya ke? lahir2 mmg bibik buat semua ke? gituw.