Cari Jodoh

Assalamualaikum semua, nama diberi Nur. Berumur awal 30-an dan sedang mencari jodoh.

Nur nak tanya pendapat pembaca setia IIUM Confession tentang soal jodoh sebab Nur kurang arif dalam hal ni dan malu nak berkongsi hal jodoh dengan kawan dan family.

Di pendekkan cerita, Nur tak pernah bercinta sebab terlalu fokus belajar, bina kerjaya dan tolong family.

Sekarang Nur dah ada kerjaya sendiri dan bekerja secara remote dengan syarikat dari negara jiran.

Disebabkan berkerja secara remote bertahun-tahun, Nur takde ramai kenalan untuk dijadikan calon jodoh.

Nur pun memang jarang keluar rumah dan takde kenalan lelaki. Kenalan dari sekolah dan universiti pun sedikit dan Nur agak garang. Jadi tak ramai yang nak dekat.

So, Nur terpaksa menggunakan platform cari jodoh untuk merealisasikan impian Nur mendirikan rumah tangga. Ceh ayat…

Setakat ni, Nur dah kenal ramai online candidates dan pernah pergi dates beberapa kali. Kebanyakannya Nur reject sebab tiada persefahaman.

Disebabkan tiada pengalaman ‘berdating’, Nur harap pembaca dapat memberikan jawapan dengan jujur. Soalan pertama Nur; Adakah bersentuhan dengan ajnabi semasa dating itu perkara yang normal?

Nur perasan setiap kali jumpa face to face untuk pertama kali, mesti akan end up bersentuhan. Walaupun Nur dah tepis dan bagi warning, lelaki2 ni tetap cuba pegang or sentuh Nur.

Paling teruk, pernah juga dipaksa peluk dan cium. Bila Nur tak bagi dan mengingatkan tak nak dekati yang haram, Nur dilabel sebagai ‘noob’. What is this nonsense ya?

Setakat ini, setiap kali jumpa f2f first time memang akan jadi macam ni. Yang peliknya, bersembang dalam phone memang baik, keperibadian lelaki2 ni nampak semua ok.

Nur akan pastikan lelaki2 ni memenuhi kriteria Nur sebelum setuju taaruf f2f seperti menjaga solat, financially stable, ada career, sekufu family etc. Atau mungkin dari segi pemakaian Nur yang tidak muslimah sangat – so jadi greenlight untuk bersentuhan?

Sepanjang process cari jodoh, Nur dah try date 4 orang lelaki. Pada mulanya, Nur hanya ingin taaruf sahaja. Tapi timbul isu2 seperti relationship gap.

Lelaki2 ni beranggapan bila not in relationship, Nur tiada hak untuk tahu personal life pasangan taaruf.

Disebabkan kekangan ini, Nur akur dan bersetuju untuk start dating.

Relationship dengan lelaki 1-3 end up tidak berjaya sebab tidak ada persefahaman dan tidak menjaga ikhtilat. Lelaki 4 yang Nur currently date juga tak menjaga ikhtilat setiap kali berjumpa.

Tapi sekurang-kurangnya, lelaki 4 ni akan minta maaf dan mengaku susah kawal nafsu. Second question; tidak menjaga atau susah menjaga ikhtilat ni red flag atau normal?

Sejauh mana hubungan dating tu tidak melampaui batas? Raba, nak tengok aurat, melucah, tunjuk dan sentuh kemaluan tu normal? Atau diklasifikasikan sebagai ‘ringan2’ ?

Apa itu ‘ringan2’ pada orang yang pernah berdating? Maaf kalau soalan Nur terlalu direct. But I need an answer. Jika pernah ke tahap ini, boleh dikira sebagai red flag ataupun tidak?

Soal kahwin, semua lelaki Nur jumpa memang betul2 serius dan cepat2 nak halalkan hubungan. Tapi bagi Nur, tempoh 3 bulan ke 1 tahun tu terlalu singkat untuk mengenali pasangan.

Jadi dalam hal ini, memang Nur sengaja melambat-lambatkan sebab masih ada trust issue. Nur juga dah buat istikharah tapi masih belum jumpa jawapan.

Third question; adakah cari jodoh secara online satu benda yang selamat dan menjamin perkahwinan yang sihat?

Kalau Nur tak cari jodoh online ni macam tunggu bulan jatuh ke riba. Takda usaha then expect jodoh yang baik bergolek depan mata.

Nur yakin berdoa dan tawakal sahaja tak lengkap tanpa usaha. Cari through online platforms pun dikira sebagai usaha, lagi pun Nur seorang yang introvert dan tak suka outdoor.

Masa berdating agak susah untuk Nur fikir benda yang salah dan betul. Sekarang jadi macam bodoh sekejap sampai terpaksa bertanya secara anonymous di sini.

Harap pembaca dapat beri jawapan yang bernas dan rasional. Maaf Nur tak reti rangka ayat dengan baik.

Terima kasih..

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Semua tu red flag..
    Gile baru jumpa nk ringan²..
    Kalo lama jumpa nak ringan² pon dah red flag, apatah lagi yg baru jumpa.

    Ko usaha la cari org lain..
    N cari org guna platform tu xder masalah..
    Cuma kena bijak..
    Jgn terdesak sgt..
    Nnt ko yg rugi..

    Giler r.. terus nk ringan² jumpa 1st..
    Cannot brain..
    Kampung jugak aku ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *