Cari Kakak

Dalam hidup kita pasti akan ada 1 hari yang kita tak dapat lupa.

Sama macam saya, setiap kali hari jumaat tiba, pasti saya akan teringat dekat satu insan yang menolong kami sewaktu susah. 

Sebelum itu saya kenalkan diri saya Chandran. Saya seorang indian.

Tujuan saya menulis kat sini dengan satu harapan bahawa kakak yang menolong kami mungkin baca di sini. Saya betul2 berharap dapat berjumpa dengan dia.

Long time ago, keluarga kami dilanda malapetaka. Ayah saya masa tu ada meniaga bunga di satu tempat ni.

Orang selalu cakap, jika dapat isteri yang salah, maka hancurlah kehidupan. 

Saya tak cakap semua orang. But ini adalah ibu saya sendiri. Dia ada hubungan sulit dengan orang lain. 

Ibu saya surirumah masa tu. Dan tak pernah tolong bapak saya. Masak pun tak pernah. Bapak saya selalu beli bungkus dan uruskan saya ke sekolah. 

Bapak saya setiap hari akan serahkan duit meniaga dekat ibu saya. Tapi ibu saya bagi dekat lelaki itu. Ibu selalu la mengamuk2 dekat bapak walaupun saya tak faham kenapa ibu mengamuk. 

By the way, bapak saya seorang yang slow sikit. And very quiet person. 

Satu hari bapak tak dapat pusing wang meniaga. Dia ada pinjam ahlong. Akhirnya menjerat dirinya sendiri. Padahal wang itu banyak diberi kepada ibu. 

Ibu saya tak mau tolong dia dan melarikan diri dengan lelaki itu. Ketika itu saya masih sekolah. Bapak saya memang patah hati dengan keadaan tu..

Kami tak punya saudara mara. Sebab bapak saya anak yatim. Rumah sewa tak mampu bayar, makan pun tak ada duit. 

Akhirnya kami keluar sehelai sepinggang masa tu.. Berjalan tanpa arah.

Akhirnya kami berteduh di satu old building tepi jalan besar di kawasan perai. 

Di situ ada satu pejabat pos hub. Tapi sekarang dah tak ada. Kawasan tu sekarang dah banyak berubah. 

Bapak saya kerap menangis masa tu. Kemudian dia ada la cari2 besi kotak2 untuk dijual. Dia akan tinggalkan saya dalam old building tu. 

Saya memang langsung tak pergi sekolah dah. Bapak saya pun tak suka mintak bantuan dekat orang. Mungkin otak dia tak mampu fikir macam tu. 

Kadang2 kami ada roti untuk makan, kadang2 berlaparan saja. Saya pernah saja minum air hujan yang saya tahan dengan bekas2 mineral akibat terlalu lapar. 

Bapak saya kemudian sudah tidak keluar pergi cari makan lagi. Hanya tidur saja.

Kemudian bawak saya duduk dekat2 bank mintak sedekah. Tapi tak ada jugak pun orang bagi duit. Kalau bagi pun masih tak cukup untuk beli makan. 

Saya tak suka keadaan ini. Tapi saya sendiri tak faham apa yang sedang berlaku. Mujur la saya tak pernah rapat dengan ibu saya. 

Jadi saya tak pernah merindukan orang itu, jauh sekali fikir pasal dia.

One day macam tu la. Its friday.. Kan sebelah old building tu ada pos office. Masa tu ada seorang kakak ni. She is muslim. Macam mamak2. But dia nampak sangat young. 

Masa tu saya baju pun tak ada. Sebab baju lama dah koyak. Saya macam duduk la disitu. Bapak saya tidur. Saya tak tahu dia dah lama perhati saya ataupun tidak. Sebab saya nampak dia lalu naik motor pergi pos office tu.

Then kemudian datang semula dengan dua bungkus nasi ayam. 

Saya kemudian pergi panggil bapak saya. Bapak saya cakap terima kasih.. Itu first time kami berdua dapat makan sedap setelah sekian lama. 

Masa tu dia ada bagi wang dekat bapak saya jugak. Tapi tak pasti berapa. Bapak ada beli roti masa tu.

Then next week friday, dia datang lagi bawak bungkusan nasi. 

Perkara ini berlaku agak lama jugak.. Sampai kami pun dah tahu, kalau friday mesti kami dapat makan besar. 

Ada sekali tu dia bawak baju untuk saya. Baju baru beli.

Satu hari, semasa dia datang. Dia bercakap sangat lama dengan bapak saya. Saya tak tahu apa yang dia cakap. Tapi bapak saya nampak sedih kemudian menangis. Saya ada datang sebelah bapak masa tu. 

Kakak tu senyum dekat saya dan usap2 kepala saya. Dia pesan dekat saya, belajar rajin2. Apabila saya ada ilmu, saya akan ada kehidupan.. Dan tak ada orang boleh tipu saya. 

Tapi jika saya tak ada ilmu saya tak akan ada apa2 dalam hidup. Ibarat manusia celik dalam dunia gelap. Ada mata pun tak berguna kalau tak ada ilmu. 

Kemudian baru saya tahu, kakak tu masukkan kami dalam home. Tapi home tu pun sudah tiada sekarang ni. 

Tapi di sana saya dapat pergi sekolah. Dapat makan sedap, tidur yang nyenyak.

Satu hari dia datang melawat kami. Dia ada sembang lama dengan bapak. 

Akhirnya bapak pun keluar dari home itu dan pergi ke klang dengan bantuan kakak tu. Di sana bapak start meniaga balik. Dia mulakan hidup semula. 

Dan itu la saat terakhir saya jumpa kakak itu. Saya belajar dengan cemerlang walaupun agak lewat dan tercicir dalam pelajaran. 

Kemudian saya dapat scholarship pergi luar negara. Akhirnya sekarang saya dah ada kerjaya dan perfect life. 

Tapi saya sentiasa ingat kakak itu…

Saya sudah kahwin. Dan syukur isteri saya sangat baik. Bapak saya masih ada. Kami hidup sekali dengan bahagia. 

Tapi bapak saya sudah tak ingat kata2 kakak itu.. Tapi bapak saya kata kakak itu selalu suruh bangkit semula. Jangan kenang perkara lampau. Kakak itu suruh fikir masa depan anak. 

Kakak itu ada bagi nombor telefon dia dan alamat rumah dia. Tapi kertas itu sudah hancur kerana bapak basah dalam hujan masa tu. 

Bapak cakap dia selalu doakan kakak itu. Bapak saya cakap, banyak kali dia fikir nak mati. Tapi fikirkan saya, dia terpaksa diam. Kadang dia fikir nak beli racun minum kami berdua. 

Tapi pada hari itu la kakak itu datang dan mengubah hidup kami.

Kalau kakak ada baca ini, harap sangat la bagi respon disini. 

Tapi walaupun mungkin kita tak akan berjumpa lagi. Kami anggap akak tuhan yang menjelma untuk bantu kami. 

Orang kata kita jumpa orang baik satu kali saja, dan tak akan berjumpa lagi for next time. Tapi kami whole family always doakan akak. 

Mungkin masa itu kami tak dapat berterima kasih atau membalas budi akak.

Tapi andai ada peluang, kami ingin sangat membalas budi walaupun kami tahu, orang seperti ini membantu dengan ikhlas tanpa harap apa2 ganjaran. 

– Chandran (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Semoga tuan sekeluarga dapat disatukan untuk berjumpa kakak yang baik hati… pay it forward! Mungkin boleh nyatakan sekitar tahun berapakah untuk ketahui pejabat pos tersebut dan mungkin mana-mana staf nya

  2. i cried too! thank you because tak pernah lupaa jasa org yang tolong awak sehingga you have a perfect life now. you may want to contribute to others too in future.

  3. Kisah yang sangat menyentuh hati dan perasaan. Kehidupan tuan penuh dengan liku dan cabaran. Sejak kecil, macam2 perkara yang tuan dah hadapi. Dengan cabaran itu lah, ia membuatkan tuan menjadi seorang insan yang hebat.

    Terima kasih kepada kakak yang telah menolong tuan. Banyak jasa kakak tu. Semoga tuhan kurniakan kakak tu kehidupan yang baik. Tak ruginkalau kita menjadi orang baik sebab orang baik akan selalu diingati.

  4. Dear Chandran, good for u n family, sbb skrg dah dpt kehidupan yg baik.. Tuhan telah hantar ‘kakak’ tu utk menolong awk & bapa awk pd ketika itu.. walau pon awk mngkin xdpt berjumpa dgn kakak yg dimaksudkan, pada pendapat saya, awk boleh sja ‘membalas jasa’ kakak itu dgn cara : menolong org yg susah hidupnya di luar sana, sehinggalah mrk boleh mendapat makanan, pakaian, pelajaran dan kehidupan yg baik, sebagaimana yg telah awk lalui.. sbenarnya, di negara kita yg berbilang bangsa dan kaum ini, masih ramai yg masih hidup dlm kesusahan, dan perlukan bantuan, terutamanya di bandar2 besar, sbb “cost of living” sgt tinggi, dan pendapatan yg mrk perolehi tidak mencukupi.. tp perlu berhati2 juga, krn dlm dunia serba mencabar ini, ada je ‘scammers’ yg berlakon sbg org miskin atau peminta sedekah, pdhal mrk mampudan kdg2 ada aset lg.. so, kna cari n tengok betul2, mungkin kakak tu dlu pon dah ‘perhati’ lama kpd keadaan awk & bapa, sbelom dia decided utk membantu.. juga doakn kesejahteraan dan kemurahan rezeki utk kakak itu & kluarga nya.. walau pon berlainan pegangan agama atau fahaman, Tuhan tetap maha pendengar dan mengetahui segala2nya, kerana Dia yg mencipta kita semua.. semoga kita semua mendapat hidayah dan taufiq dari-Nya.. tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *