Cari Kerja

Agaknya masih ramai yang masih belum sedar realiti zaman sekarang, ekonomi yang merundum dan juga kesukaran memperolehi peluang pekerjaan..

Sy sebenarnya hanya mahu confess sedikit sedih dengan anak muda atau graduate.., pompang dalam fb kata tiada peluang kerja.., heboh itu ini.., mengatakn di kelantan tiada peluang kerja..,

Hakikatnya bila 2 hari job fair di buka di rtc kelantan.. seolah tiada sambutan,, hanya beberapa kerat shaja yang hadir memeriahkan festival. maksudnya datang festival bawak resume drop resume dan apply kerja.

Siapa yang kata tiada kerja itu amat pelik, dengan pembangunan ECER, ECRL .. tok bali dan peningkatan produk asas tani. Ia sepatutnya membuka begitu bnyak peluang pekerjaan.

Masing- masing mungkin telah begitu selesa dengan hidup, sikap untuk tidak berubah menyukarkan untuk maju. Gaji tidak naik disalahkan majikan, pangkat lambat naik disalahakan majikan.?

What ? Kalau kita kerja betul- betul, bawak profit pada syarikat, kita develop, takkanlah kita tidak akan dinaikkkan pangkat. Kalau tidak naik pangkat, keluar ajelah cari company baru, demand gaji, lompat syarikat.

Berapa ramai yang mengeluh dan mengadu mengatakan tiada peluang kerja di kelantan, akhirnya bekerja jadi buruh kasar kampung, duduk rumah, mengangur tidur dan makan.
Tetapi bila diadakan job fair, dimana mereka ni?

Apabila tiada sambutan untuk festival sudah semestinya company ini akan give up dan avoid job fairs, sebabnya ia umpama membuang masa.

Sepatutnya pergi sahaja dan apply semua booth yang ada. At least kita ada usaha di samping boleh pergi buka minda, belajar interview, bercakap dengan manager-manager besar. Kenapa tidak mahu pergi? Tiada kerja sesuai? Kenapa terlalu memilih kerja? Come on jangan terlalu manja, jangan terlalu memilih kerja, buat ajelah kerja yang kita rasa minat dan kita nak pergi lebih jauh dalam bidang tu. Buat kerja sepenuh hati, ambil pengalaman belajar dan lakukan perubahan.

Tiada orang berjaya di dalam dunia ini kecuali ada kesukaran yang mereka tempuh. Kejayaan tidak datang bergolek ia penuh dengan dugaan. Ia penuh dengan kesukaran. Kerja susah sikit, pasti akan mengalah, what? Sendiri yang pilih maka jangan mengeluh dan complain.

– Ainsyah aslam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit