Assalamualaikum semua. Aku nak share cerita sendiri tapi aku taktau nak cerita mana jadi semoga artikel ini disiarkan jika ada manfaatnya. Sedikit latar belakang tentang aku, aku graduan dalam bidang berkaitan dengan ekonomi. Alhamdulillah, aku ditawarkan pekerjaan dengan gaji permulaan yang agak tinggi selepas hampir sebulan job hunting.
Jadi aku nak cerita macam mana aku minta kerja. Nasihat aku untuk para graduan, lepas dah habis belajar tu sementara tunggu konvo dan dapat kerja, kerja lah part time dulu dekat kawasan rumah masing-masing. Pertama, sekurang-kurangnya kau ada pengalaman sikit dalam alam pekerjaan walaupun aku yakin takkan sama dengan kerja tetap nanti. Kedua, kalau kau kerja jauh dari rumah kau, sekurang-kurangnya kau ada wang kontigensi untuk mulakan hidup baru.
Okay, mari kita mula. Ingin diterangkan di sini, medium aku cari kerja ialah “JobStreet”. Sebabnya, aku tak berapa yakin dengan medium lain. Tapi, orang kata “LinkedIn” lagi membantu. Semoga ada orang lain boleh share tentang “LinkedIn”. Beberapa bulan lepas aku habis perbentangan akhir, aku mula jobhunting. Pada aku, dalam tempoh setahun selepas kau habis belajar tu memang saat paling genting untuk kau dapatkan kerja pertama kau dan menempatkan diri kau dalam industri yang berkaitan dengan degree kau.
Sebabnya, kau masih “fresh”. Orang sangat berminat dengan idea idea baru yang fresh graduate ni ada tau. Jadi, aku pun buat resume elok-elok dan letak dekat jobstreet. Resume tu kalau boleh kau jual diri kau habis habis. Apa yang kau pernah join time belajar dulu dan kau rasa ada kaitan dengan kerja yang kau minta. Contohnya, kalau kerja yang diminta tu perlukan kau untuk jadi seorang yang ‘team player’, kau cerita la kau pernah jadi pengarah trip kemanusiaan ke Kemboja. Benda dalam resume ni jangan pernah menipu sebab benda tu lah kau nak goreng time interview nanti.
Jadi, lepas dah lengkap segala details dekat Jobstreet, ini waktunya untuk kau apply mana-mana kerja yang kau minat. Oh ya, expected salary tu jangan letak tinggi sangat. Dulu aku pernah letak tinggi, satu pun syarikat taknak panggil aku interview. Jangan risau, selalunya syarikat memang dah letak gaji tetap untuk fresh graduate ni. Okay, time apply kerja ni aku download aplikasi jobstreet dekat telefon pintar.
Jadi sangat memudahkan, malam malam sebelum tidur tu boleh search beberapa kerja yang kau nak. Masa aku apply tu, aku letak jawatan yang aku nak dan letak fresh graduate dekat hujung. Contohnya, “audit fresh graduate”. Lepastu aku apply semua yang memang ada tulis “fresh graduate is encouraged to apply”. Kau jangan risau kalau syarikat tu kata “have 2 years experience is added advantage”. Kau kena ingat, tak semua yang ada pengalaman tu tengah minta kerja macam kita ni.
Bahagian “job pitching” tu kau pergi lah google ayat-ayat yang sesuai. Tapi jangan ambil sebiji sebiji. Jangan nampak pathetic sangat dan jangan menipu. Job pitching tu sangat penting. Lepastu kau tunggulah permohonan kau dilihat.
Jadi, bila dipanggil interview, kau kena ada mindset macam ni. Syarikat tu dah berminat untuk interview kau jadi 60% kau dah pekerja situ dah. Dia cuma nak tengok kau in person sama ada kau orang yang tepat untuk company ni. Jadi, kau kenalah buktikan kau berbaloi diambil bekerja. Pakaian semasa interview tu sangat sangat sangat penting. Tu first impression penemuduga dekat kau. Macam perempuan, pakaian paling selamat ialah baju kurung kosong. Warna tu jangan yang terang sangat, kalau boleh warna lembut. Kasut hitam bertutup.
Kau pergi interview tu make sure kau dah susun fail kemas kemas, kalau ada borang nak diisi, ISI SIAP SIAP, kau dah baca sikit sikit pasal position kau minta tu apa yang kau kena buat, dan kau dah baca sikit sikit pasal company yang minta kerja tu. Jangan lupa bawa pen. Golden rules time kau interview ialah “confidence” dan “determination”. Kau boleh google baca tips contoh soalan temu duga tapi make sure time interview tu kau selesa dan jadi diri sendiri in appropriate way. Aku ada baca juga, fail tu susun dan kalau nak nampak lagi cantik, buat partition dan label baru nampak kau ni orang yang well-organised. Datang interview tu MAKE SURE DATANG AWAL.
Sekurang-kurangnya 30 minit awal. Dan sepanjang interview tu make sure kau friendly dan senyum tapi jangan terlebih friendly nanti nampak cringe pulak. Kalau ada dia tanya, “do you have any question,” aku tak prefer korang tanya bila keputusan keluar, gaji offer berapa. Kau lebih baik tanya pasal position tu, anything yang kau memang taktau. sebab nampak macam kau betul-betul berminat. Jawapan aku untuk soalan tu, “If I am accepted for this position, what do you expect from me?”.
Dah habis part interview, kalau macam aku, tak sampai sehari dia dah inform result sebab dia memang nak pakai orang urgent. Lepas kau dah berusaha, kau rilek je. Faiza azamta fatawakkal ala Allah. InsyaAllah, kalau betul tu rezeki kau, kau akan dapat. Oh ya, sebelum terlupa, waktu kau latihan praktikal, kau kerja lah yang berkaitan dengan bidang kau. Jangan main apply je untuk praktikal tu. Sebabnya, fresh graduate ni time praktikal lah satu-satunya peluang untuk ada working experience yang berkaitan dengan bidang. Nanti time interview boleh cerita.
Aku harap ada orang lain tambah tambah komen cerita tips tips lain. Sebab dulu time aku nak interview, aku sangat sangat sangat cari tips yang baru untuk interview tapi tak banyak. All the best, fresh graduates! Ingat, we are the future of tomorrow. Jangan malas cari kerja, kesian ekonomi kita, sangat perlukan kita. Kita ada kelebihan sendiri, jangan rendah diri. You are special just the way you are. Kau mampu ingat tu! Okaylah, sampai sini je kot cerita aku. Terima kasih sebab baca, semoga ada manfaatnya. Assalamualaikum.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit