Carikan Aku Kerja

Hai. Assalamualaikum semua, nama aku Bulan. Perempuan berusia hujung 20-an. Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Oh ya aku seorang suri rumah.

Aku sebenarnya tengah buntu. Aku perlukan cadangan atau kata kata yang boleh buat aku bertenang. Sebab harini kebuntuan aku ni mengganggu kerja harian aku.

Aku sebenarnya sebelum ni bekerja. Dalam bidang yang agak bagus. Gaji pun okey. Tapi aku resign kerja asbab anak sulung aku selalu sakit. Keluar masuk hospital. Selalu kena cuti. Boss aku kurang suka dengan perkara ni. Menyusahkan katanya.

Kebetulan waktu tu PKP. Banyak company yang kurangkan pekerja company aku pun sama. Aku antara orang yang disuruh resign.

Mula mula aku ingat akan dapat pampasan. Habis tempoh sebulan daripada surat perletakan jawatan tu. Aku tak dapat gaji pun tau. Aku dapat 20 sen jee. Bila aku call hr dia cakap gaji ditolak waktu cuti pkp yang panjang tu dengan gaji waktu work from home.

Masa buat keputusan berhenti kerja tu pun puas aku menangis 3 hari. Sebab aku suka kerja tu. Aku belajar pun bidang tu. Tapi mungkin rezekinya setakat itu je. Nak tak nak kena redhakan. Suami aku jangan cakap laa, dia seronok betul aku berhenti kerja.

Jiran aku orang tua. Aku bagitau dia aku berhenti kerja, dia cakap mungkin ni doa anak aku. Nak mama sentiasa ada. Entahlah. Masatu aku down, ramai bagi semangat dengan kata kata yang macam ni laa.

Suami aku gembira sebab dah lama dia mintak aku berhenti. Sebelum kahwin lagi dia dah cakap. Tapi tulaa aku suka kerja tu. Bila kau suka dengan kerja kau, mesti kau all out buat kerja dan kau gembira.

Boss aku ok je sebelum aku kahwin sebab aku memang bagi full comitment. Tak pernah ambik cuti. Kerja siap tepat waktu.

Bila dah kahwin ada anak hidupnya dah lain sikit. Nak kena join event family laa. Masa pregnant kadang cuti sebab tak sihat dah ada anak every month kena checkup anak. Anak aku pulak selalu sakit kerap check in hospital jadi terpaksa cuti lama.

Suami aku gembira sebab bila aku berhenti dia cakap baru dia rasa kehadiran aku dalam rumah. Waktu kerja aku ni sebenarnya tak flexible. Mungkin untuk orang bujang ok tapi untuk yang dah berkahwin, macam tak sesuai.

Aku kena masuk kerja sebelum 7.45am lebih waktu tu dikira lewat so aku keluar rumah dalam pukul 6.30am sebab aku kerja di ibu kota jalan jem jangan cakap laa kadang tu sangkut nak dekat 2 jam. Suami aku pergi kerja pukul 8am.

Masa dah ada anak aku kena keluar lagi awal pukul 6.10am macamtu sebab nak kena hantar anak ke rumah pengasuh. Suami aku hala ke tempat kerja jalan lain bertentangan dengan aku.

Aku balik kerja pukul 7pm. Memang itu waktu kerja aku. Kadang kalau ada kerja yang urgent 10pm baru aku boleh balik. Suami aku kerja pukul 5pm dah balik. Aku balik pukul 7pm tapi hadap jem kadang dekat pukul 9pm baru sampai rumah.

Dah sampai rumah letih sangat dah. Memang tak masak. Kadang suami aku yang masak tapi dia masak pun apa yang dia tahu jelaa. Kerja dia pun berat. Kerja yang memang guna kudrat 100%. Bukan kerja office. Faham sangat kadang dia letih yang teramat.

Aku balik kerja urus anak makan lepastu memang terus tidur. Aku kerja 12 hari baru boleh cuti 2 hari. Suami aku pulak sabtu ahad dia memang cuti. Korang boleh nampak tak gambaran hidup aku dulu dulu. Kerap bergaduh dengan suami aku sebab penat. Solat berjemaah pun tak sempat.

Bila aku berhenti kerja aku perasan kami dah jarang bergaduh. Banyak masa untuk diluangkan bersama. Aku masak tiap hari kecuali hari ahad off dapur. Suami aku yang suruh bagi aku rehat daripada memasak. Selalunya hari ahad kami keluar jalan jalan. Tapi selalu jugak kami dinner kat luar.

Suami aku ni baik dan bertanggungjawab. Kerja kerja rumah memang dia bantu. Tak payah disuruh pun memang dia akan buat sendiri. Kadang dia balik kerja dia yang ambik alih uruskan anak anak. Mandi makan semua dia yang selesaikan.

Kalau tak uruskan anak dia akan offer diri masak dinner. Baju pun dia lipat. Nafkah tak pernah culas. Selalu bagi lebih adelah. Barang dapur complete. Pakej jajan jajan yang kiteorang suka sekali.

Make up dengan skincare pun suami aku yang bayar. Teringin nak makan apa pun dia akan tunaikan. Aku bersyukur untuk itu.

Tapi lepas aku berhenti kerja aku rasa sunyi. Aku ni extrovert suka berborak. Suka berkawan. Kerja aku memang jumpa orang setiap hari. Pelbagai orang aku jumpa. Lepas dah berhenti aku terperap jelaa kat rumah dengan anak anak.

Nak berborak kena tunggu suami aku balik kerja. Dia layan je. Tapi kadang tu kita ni ade topik nak borak dengan kawan. Tapi tulaa kawan kawan pun macam menghilang. Kadang tu mesej pun bluetick jee. Tapi bila diorang tengah bermasalah aku jugak yang dicari untuk meluahkan.

Ye dulu aku ni dikenali sebagai pendengar dan penyelesai masalah orang. Sekarang tidak lagi. Diorang kalau keluar lepak minum minum pun dah tak pernah ajak aku. Alasannya aku ade anak. Bukan masuk kelab malam pun sampai tak boleh bawak anak untuk minum minum. Betul kan.

Kawan kawan aku ni kebanyakkan masih bujang. Selalu gunakan alasan aku ade anak untuk tak ajak aku keluar. Sedangkan suami aku boleh jee jaga sekejap kat rumah. Aku boleh drive sendiri tak minta diambil pun.

Pernah je plan nak gathering ramai ramai aku rasa dah 5 kali plan semuanya cancel last minit. Sedangkan aku punya excited tu sampai beli baju baru siap makeup baru lagi tau. Hahaha. Sedih betul aku hari nak jumpa tu cancel.

Sampai kalau kawan aku ajak gathering suami aku gelakkan aja sebab dia tahu nanti cancel laa tu. Memang ye last minit mesti ada yang tak boleh join walaupun dah plan 2 bulan sebelum. Yang tak boleh join sorang dua terus yang lain pun cancel jugak. Entahlah.

Ok rasanya dah panjang sangat dah cerita aku tu kan. Maaf laa sekali bercerita memang susah nak berhenti. Aku sebenarnya rasa nak kerja semula. Tapi suami aku tak izinkan. Dia dah selesa dengan life yang sekarang. Anak anak jarang sakit. Kalau demam pun sehari jee. Alhamdulillah.

Suami suruh aku mengajar anak kat rumah. Aku buat sampai anak aku dah bosan. Hahaha. Dia dah boleh kenal nombor,huruf boleh baca sikit sikit. Tahun depan dia sekolah. Semua diuruskan dengan baik.

Aku ni jenis orang bersistem. Kerja mesti siap on time. Hahaha. Malam dah plan kerja untuk esok. Tapi itulah jiwa aku kosong. Memberontak nak kerja.

Walau berkali kali aku pujuk suami aku dia tetap tak izinkan. Dia siap offer tambah duit belanja. Aku bukan nak tambah duit belanja. Tapi aku sunyi lah korang dan bosan.

Aku pernah jee join agent agent ni. Tapi tulah aku tak faham laa sistemnya. Katanya satu kawasan satu agent camtu laa kan.

Yang peliknya beli ade order daripada customer kawasan aku eh orang lain yang kawasan sebelah sebelah yang beriya nak serve. Kononnya esok tu dia ke situ ade urusan jadi alang alang dia ke kawasan aku tu dia akan bawak barang yang customer order.

Mentang mentang aku baru join jadi agent dropship ni kewujudan aku tak dipedulikan. Aku tak faham memang macam ni ke caranya? Customer order through hq so nanti order tu akan masuk dalam group dan orang yang berada dikawasan tu boleh serve. Macamtu ke korang?

Tak lama lepastu kan suami aku excident. Yang memerlukan aku uruskan dia sepenuhnya. Suap makan mandikan. Jadi aku tak sempat nak promote nak bagi comitment. Last aku stop jelaa. Barang barang yang ada aku sedekah kat jiran jiran.

Alhamdulillah sebulan lepastu suami aku dah sihat dan ambik masa sikit untuk dia betul betul pulih. Dia kerja semula macam biasa.

Sebelum ni suami aku cakap tunggu anak umur 2 tahun aku boleh kerja. Sekarang anak aku yang bongsu ni dah 2 tahun. Suami aku masih tak bagi aku kerja. Dia cakap biarlah dia yang cari duit. Aku nikmati jelaa hasilnya.

Kami takde banyak commitment pun yang besar pun hanyalah kereta dengan sewa rumah je. Jadi duit memang ada lebih untuk jalan jalan dan bercuti. Suami aku setiap tahun mesti bawak kami sekeluarga bercuti kemana mana negeri dua tiga kali setahun.

Dan setiap bulan mesti akan ada aktiviti berbayar yang kami buat. Punyalah dia nak aku selesa dan seronok. Dia cakap sebaik baik tempat seorang isteri adalah dirumah. Tapi dia tak ada masalah pun dengan isteri orang lain yang bekerja.

Ada ibu tunggal yang perlu bekerja ada jugak isteri yang bekerja untuk bantu suami ada jugak yang memang suka bekerja. Dia cuma tak izinkan aku jee yang bekerja.

Sebenarnyakan suami aku ni dia tak risau pun tentang aku kerja atau pun tak. Dia cuma risaukan hal anak anak dia siapa yang jaga. Suami aku ni macam terlalu paranoid. Dia risau anak kena dera lah. Anak jatuh kat rumah pengasuh lah.

Tahun depan anak sulung aku nak sekolah. Dia risau urusan hantar dan ambik anak tu. Dia takut kalau hantar transit anak aku ikut orang yang salah. Hahaha. Dia risau anak tak diberi makan.

Eh macam macam laa kerisauan suami aku tu. Anak kat rumah tu kalau jatuh benjol kepala pun dia dah tak senang duduk. Masa anak sulung kecil lagi laa anak jatuh je terus pergi klinik tau. Bukan sekali tau dua tiga kali jugak laa.

Jadi aku nak mintak tolong korang bagi cadangan kerja sampingan yang aku boleh buat daripada rumah. Aku nak buat part time jnt hantar parcel suami aku reject katanya nanti aku sibuk tengok waze berbahaya pulak bawa anak.

Nak buat cake cake aku memang tak reti tapi boleh belajar. Korang yang seller dessert kan rasanya berbaloi tak dengan harga barang sekarang? Ataupun aku perlu belajar menjahit. Ambil upah lipat baju ke?

Kalau duduk kampung kan contohnya makcik aku, dia ada buat kerja daripada rumah yang sambung sambung wayar tu. Kilang hantar. Siap nanti kilang datang ambil. Kat bandar ni ada ke?

Kalau korang tahu apa apa kerja yang aku boleh buat daripada rumah tolong recommed tau. Mungkin ade idea korang yang memberi manfaat untuk orang orang lain jugak. Terima kasih sangat sangat.

– Bulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. annoyying
    byk nikmat tp kufur
    sibuk nak org luar tp husband sedaya upaya cukupkan keperluan rumah, siap lebih lagi.. family man

    ke, nk hilang semua baru tau langit tinggi ke rendah?

    terpaling kerja hebat, last2 org buang jugk, u can be replaced lah sis.. husband u je yg beria muliakan u, bahagiakan despite his exhaustion.. xfaham lah aku, redflag gila minah ni

  2. Sy faham bila kita dah biasa keje dan bergaul, jd duduk rumah bt kita jd bosan. Tambah2 sis yg extrovert. Cuba sis mintak kebenaran bt parttime. Contoh 2 minggu sekali. Byk je pekerja part time yg berkala ni. So boleh la sis bersosial berkenalan dgn org2 baru. Boleh cri kat fb group. Jd lebih flexible kat situ. Contoh sis part time mggu tu sehari, hari2 lain sis boleh fokus dekat family. Kira mcm me time jugak la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *