Carilah Suami Yang Berduit

Bila kau bergaji besar, tapi suami kau selalu tak ada duit. Ya, kau boleh bersabar tapi kau akan selalu sedih dan goyah.

Adik2 yang belum kahwin, akak nak nasihatkan kepada adik2.. carilah suami yang berduit.

Jangan dik, jangan ambil lelaki yang tak berduit, buat suami. Jangan. Please. Kau akan menyesal nanti dan penyesalan kau nanti TIADA UBATNYA.

Bila dah kahwin, kau jadi isteri, kau kena taat suami. Time tu, semua benda suami yang betul.

Ya, kau boleh bincang dengan suami, minta kat dia, tapi kalau dia memang selalu takda duit, kau minta baik2 pun lama2 kau akan kena balik dengan dia.

Dia akan pakai modal dia suami tak guna, rasa lemah, kau boleh la sebab kau bergaji besar bagai.. lama2 hati kau akan hancur, dik.

Akak pesan lagi, jangan kau ambil lelaki yang tak berduit tak bergaji, buat suami. Hidup kau akan sedih.

Kau tau lelaki ni bila dia dah kahwin, dia akan tetap dengan cara dia, dia nak keluar lepak dengan kawan lama2, nak beli barang yang dia suka,

Ddan macam2 benda la yang sebenarnya dia tak boleh buat sebab dia memang tak ada duit dan dia sepatutnya tolong kau di rumah sebab kau penat sangat2 bekerja.

Tapi kau tau, nanti bila dah lama kahwin, dia takkan tolong kau pun. Dia akan buat gaya macam dia bagi kau nafkah yang cukup dan dia akan tetap tak tolong kau pun.

Time tu kalau kau nak tegur atau marah dia kerana kau penat bekerja, kerana kau nak minta tolong dia, time tu kau tulah langit tinggi ke rendah.

Dia akan cakap kat kau balik, dia akan pakai ayat suami ketua keluarga, isteri kena bantu suami, isteri kena taatkan suami semua tu.

Time tu kau baru tersedar kau dah tersepit sebab kau nak minta nasihat ustaz ustazah pun balik2 mereka minta kau redha, sabar. Jaga aib suami. Setakat itu je kapasiti ustaz2 ustazah ni.

Mereka semua, termasuk ibu, bapa kau, mak bapa mertua kau semua takkan memihak pada kau time ni walaupun kau cakap baik2 camna sekalipun. Kau tetap akan di salah erti.

Sekali lagi, saya nak pesan, janganlah ambil lelaki yang memang takda duit, and saya nak explain pun tak reti panjang2 tapi adik2 tolonglah sedar,

Ini adalah perkara paling penting berbanding baju kahwin adik tu designernya siapa, hantaran ambil gubahan ikut style artis mana, pre wedding kau photographernya sapa.

Adik2 cari dulu suami yang betul2 mempunyai kewangan yang kukuh dik, seboleh2nya gunakan khidmat CTOS ke CCRIS ke untuk tau macamana kedudukan kewangan kawan lelaki yang adik nak buat suami tu.

Kalau dia tak ada duit dik, kau jangan tunggu dia dik. Pergi jauh2 dik. Ingat, kau kahwin untuk bahagia dik, bukan untuk susah duit, susah hati setiap hari setiap masa.

Jaga hati kau baik2 dik. Hati kau lebih penting berbanding hati kawan lelaki kau, berbanding hati bakal mak mertua kau, hati orang keliling kau.

Jaga hati sendiri, itu yang paling penting dan kalau kau jaga hati kau sendiri, kau akan dapat kebahagiaan yang kau cari selama ini.

– Rara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *