Caring Tapi Panas Baran

Assalamualaikum, aku merupakan wanita berumur awal 20 an. Aku sudah bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat. Aku boleh dikira wanita yang berkerjaya pada usia yang muda.

Tetapi di sebalik kejayaan aku, banyak liku2 yang aku hadapi untuk capai ke tahap ni. Aku ada boyfriend, bercinta dah hampir 5 tahun. Kami kenal pada suatu ketika dulu aku kerja part time semasa umur belasan.

Aku nak cerita tentang hubungan aku dengan si dia. waktu awal perkenalan kami aku tak pernah merasakan yang dia seorang yang panas baran, suka mencarut/caci. Aku jatuh cinta dengan dia sebab dia sangat caring.

Tapi bila perkenalan kami mencecah masuk ke tahun pertama, aku sudah nampak yang si dia panas baran, cepat marah lagi lagi time serabut. Bagi aku, itu kekurangan diri dia. Sebab setiap kali dia panas baran atau marah2 dia akan minta maaf.

Tapi aku akan maafkan dan benda tu akan sentiasa berulang lagi lagi bila dia serabut dengan masalah. Aku anggap yang itu adalah kekurangan diri dia.

Dari segi lain, dia sangat prihatin, tak pernah menidakkan permintaan/ kehendak aku, sentiasa ada di belakang aku ketika aku jatuh.

Bukti nya, semasa awal selepas grad, aku tidak mempunyai apa apa. Aku tiada kenderaan dan pekerjaan selepas grad. Dia la sentiasa ada menemani aku satu hari suntuk untuk interview sampai la aku dapat kerja tetap.

Bila aku sudah bekerja, macam yang aku katakan. Aku tiada transport, dia la selalu ulang alik menghantar pulang aku sehingga aku dapat beli kereta sendiri. Aku beli kereta pun half of deposit dia bayarkan.

Conclusion nya, dia sentiasa ada di belakang aku.

Aku dengan dia sudah layak untuk berkahwin. Tapi aku masih risau dengan sikap panas baran dia. Sebab panas baran dia luar biasa. Aku selalu baca panas baran saja takyah buat suami.

Tapi pandangan aku, itu adalah kekurangan dia. Aku cuba untuk mengikut segala kehendak dia contohnya keep update 24 hours buat apa, perlu ada masa dengan dia. Kalau aku ade plan nak keluar dengan family or kawan, aku kene bagitahu awal.

Kalau aku bagitahu last minit, dia macam marah walaupun tidak kelihatan secara terang. Tapi aku tahu dia marah. Sebab nanti bila bergaduh, benda tu akan diungkit yang aku sentiasa tiada masa untuk dia.

Video call before sleep till subuh adalah wajib. Aku sebenarnya tak kesah nak buat semua tu. Tapi bila aku buat semua tu, aku buat silap sikit saja dia akan melenting. Dia akan cakap aku tak faham dia la, aku ni berkira masa dengan dia la.

Kadang kadang aku tak faham apa yang dia nak sebenarnya, aku rasa aku dah buat semua apa yang dia suruh tapi tetap ada saja tak kene. Silap sikit habis la, diherdik nya dimaki nya. Itu biasa la.

Selalu kalau aku layan means aku menjawab untuk tegakkan kebenaran, keadaan akan bertambah teruk dengan emosi aku sendiri tak terkawal.

So sekarang aku ambil langkah untuk biarkan saja makian dia tu. Tak perlu la aku tegakkan kebenaran tu sebab aku tahu apa yang akan jadi nanti.

Jadi nya kat sini, aku nak minta pendapat apa harus aku buat untuk menghadapi pasangan yang ada sifat panas baran selain dari teros tinggalkan dia? Aku tiada niat untuk tinggalkan dia.

Tapi aku nak sangat dia kurangkan sikap panas baran/ mencarut/ memaki tu. Aku sangat takut nak kahwin sebab aku takut aku tak dapat jadi yang terbaik untuk dia. Aku takut dimarahi dimaki walaupun kesalahan kecil.

Terima kasih yang sudi baca luahan hati saya.

– Zira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *