Cash Out BNPL

Assalamualaikum semua. Sebab puasa dah habis dan sekarang menjelang masuk raya. Aku nak berkongsi satu benda iaitu tentang cash out.

Aku rasa ramai yang dah tahu. Tapi kalau yang tak tahu senang cerita kalau kau ada BNPL macam *paylater, *rabpaylater dan lain lain.

Aku sebenarnya dah lebih kurang 3 tahun lebih jadi salah sorang yang cash out kan paylater. Waktu aku awal mula-mula dulu charge mahal. Sebab belum ramai orang lagi. Dulu 30%-40% charge tu dah kira biasa.

Lepas dah makin ramai dan dengan scammer lagi ramai dah turun. Kalau macam contoh aku sekarang 10%-15% kalau bawah RM300 aku charge 10% atas RM1000 aku charge 13%-15% bergantung jumlah orang tu nak cash out.

Selalunya memang aku tak tanya nak cash out sebab apa. Rata-rata memang nak guna instant cash dan nak cepat kalau banyak tanya nanti confirm diorang pergi tempat lain.

Sekarang ramai scammer, jangan sebab nampak akaun tu sponsor dia bayar ads tapi itu trusted. Tidak, itu kau kena check betul-betul.

Selalunya kalau macam ada yang kena scam mengadu bila nak cash out dengan aku. Aku bagitahu benda paling jelas dan nyata charge diorang.

Kalau charge bawah 10% per transaction kebarangkalian besar itu scam. Apa lagi kalau nampak 3%-5% charge. Jangan lah itu clear sangat.

Lagi satu kalau akaun Facebook yang sponsored ads. Kau tengok ramai comment cakap trusted. Kau check satu persatu akaun tu.

Kalau dalam 30-40 comment dan 30-40 akaun tu locked profile dia kau cabut cari tempat lain. Kalau akaun yang memang trusted profile dia unlock dan dia punya comment organic bukan NPC.

Aku buat benda ni side income tapi aku buat 24/7 aku selalu kalau macam promote. Akan cakap tak kira masa siapa nak cash out kalau pukul 2-3 pagi, 4-5 pagi aku akan layan. Ramai sangat PM aku dekat fb/wasap pukul 2-3 pagi tanya pasal cash out.

Aku sebenarnya sebelum pernah check sendiri. Aku try pm circle lain dan circle aku sendiri yang buat service cash out.

Aku PM setiap sorang dalam pukul 2-3 pagi, 4 pagi. Dalam 20 orang aku pm tu cuma sorang je balas itu pun dia marah cakap “pagi-pagi nak cash out apa bang, esok je lah” bukan apa. Aku ni penghidap insomnia aku banyak baca buku dan jumpa therapist pasal masalah aku.

Kadang tu kami berbual pasal fikir masalah tak boleh tidur, tentang fikir duit tak cukup. Therapist aku pernah cakap pasal certain research yang ramai orang kalau ada masalah duit atau apa-apa masalah urgent.

Pukul 2-3 pagi tu waktu diorang paling payah tidur, waktu tu diorang bangun fikir macam mana nak selesaikan masalah.

Dari sini aku macam fikir kalau org ni terdesak nak guna duit pilihan terakhir selain ah long ofcourse cash out. Aku ada record setiap transaction dan dari 10 transaction 8 dari transaction tu selepas pukul 12 malam.

Malam ramai akan PM aku tanya “bang kalau saya nak cash out sekarang boleh urgent nak duit” aku akan cakap boleh. Setakat 2,3,4 pagi orang pm aku tu benda biasa.

Bagi aku peak ramai cash out waktu budak masuk sekolah, puasa, raya dan selepas habis raya ini waktu paling ramai. 10 hari sebelum raya setiap malam at least 2-3 orang akan wasap aku nak cash out tak kira apa jenis paylater.

Malam raya tu jangan cakap haritu sahaja dalam 12 orang semua PM aku dalam pukul 1 sampai pukul 5 pagi nak cash out.

Pagi raya pun waktu aku balik solat hari raya ada yang cash out juga. Aku selalu memang layankan benda ni duit. Tahu ramai terdesak dekat sana.

Nasihat aku kalau nak cash out cari betul-betul jangan dah terkena scam baru menyesal. Nasihat lain kalau kau yakin tempat satu ni legit tapi ragu-ragu, cash out jumlah sikit.

Kalau macam aku sendiri ramai dah return customer datang nak cash out. Apa-apa pun berbelanja lah dengan berhemah.

– Hasan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *