Apa persamaan watak watak ini? Menderita sebab cinta. Mungkin dalam cerita sahaja, kita rasa mustahil ada dalam dunia nyata. Tak, aku ada satu cerita yang menyerupai nasib watak2 atas itu. Ini bukan cerpen, bukan novel, bukan rekaan, bukan khayalan. Ini cerita benar yang aku tukarkan nama watak sebenar.
Nama dia Iza. Kami panggil Iza ataupun span. Budak negeri sembilan. Orgnya pendiam tp observant. Bagi aku dalam geng kami dia ni lah paling baik hati paling cantik paling lemah lembut. Solat ngaji mmg tak lepas tak macam kami yang melalut tak tentu arah. Kira ala2 perempuan melayu terakhir. Kami panggil dia span pasal dia walaupun sentiasa senyap tak banyak cakap tp dia lah tmpat kami bila ada masalah mengadu. Dia simpan rahsia atau kisah org lain diam2 jenis bkn mulut tempayan spt mana diri dia sendiri yang perahsia.
1 malam Iza balik dari kelas sorang2 dan ada jantan durjana ikut dia. Dok peewit2 dia dari belakang. Masa itu Iza panik, lari cepat2 dan jantan itu kejar. Pervert mana tak tahu. Sampailah dekat satu simpang, ada seorang mat motor tgh smpn brg dekat bakul motor dia. Dan dia nampak apa yang berlaku, dia tolong Iza. Dia selamatkan Iza, dia teman Iza balik jalan kaki sambil tolak motor dia ke rumah kami. Aku tanya kenapa tak bg bonceng sedare? Mat moto itu kata, saya takut berdosa bonceng anak dara org. Gulp, malu aku.
Mat moto itu namanya Farid. Farid rupanya pun student. 1 universiti dengan kami tp fakulti lain. Iza bertemu lg dengan Farid dalam 1 aktiviti larian. Iza ajk dan Farid peserta. Rasa mcm drama pula bila giliran Iza tolong Farid masa kaki dia terseliuh tengah2 lari itu. Dan bermulah dari situ, mereka kenal lebih jauh. Tapi bagusnya mereka berdua ialah diorang tak angau bercinta mcm org lain. Tak adalah duk bergayut dekat public phone 24 jam. Hantar surat je kadang2. Masa zaman ini, belum ada lagi wasap instagram. 3310 je ada. Tapi nama pun student, sengkek nak selalu topup. Jadi kami gred bbrp bln lps tu, aku dpt kerja dekat ibukota dan Iza pun sama tapi lain company. Kami masih best friend masih housemate.
Iza kerja sebagai eksekutif dan Farid pula dapat kerja pegawai kerajaan. Masa depan nampak sangat cerah utk diorg. Kadang2 kami makan bersama bertiga. Jadi peneman dating la aku ini. Aku nampak yang Farid mmg lelaki yang baik, dia bila bckp dengan aku dan Iza pun mata dia tak renung tepat. Banyak menunduk. And yes, bila aku selidik dari kawan2 universiti dulu mmg Farid budak yang baik, selalu ke masjid jemaah. Iza tak pernah bagitau sebab dia memang perahsia & waktu Universiti pula aku tak ada masa nak ambil tahu.
Tapi biasalah org bercinta ini mcm mana dia selindung pun ttp nampak jugalah angaunya. Sebab sejak bercinta dengan Farid, banyak kali juga tengok Iza snyum sendirian. Ala korang pun pernah bercinta fahamlah kan maksud aku. Dan suatu hari Iza dengan mata berkaca2 senyum lebar bgtau aku yang Farid nak dtg meminang. Aku pun bkn kepalang tumpang gembira. Wajah Iza nampak sgt sdg menantikan bahagia.
Tapi langit tak selalu cerah, takdir tak selalu indah. Farid itu org pantai timur, dan bila mak ayah dia dpat tahu sahaja yang Iza itu gadis negeri sembilan diorg terus reject. Terus reject tau, hanya kerana dia berdarah negeri sembilan! Diorg kata susah jgn sesekali kahwin dengan org penuh adat itu. Nanti dah kahwin habis harta jatuh kat diorg dan akhirnya kau kena halau sehelai sepinggang. Adat diorang kental, kalau kahwin nnt menyesal. Baik kahwin dengan gadis negeri sendiri, lebih pandai agama, lebih pandai ngaji.
Perempuan negeri sembilan ni banyak jahat, kaki control, kaki bodohkan laki. Tak cukup tu, diorg kata pula yang anak lelaki diorg kerja gomen, pegawai, sebaiknya isteri pun kerja gomen jugak. Baru setaraf. Dan diorg adalah keluarga berada, mmg rumah besar, keta mewah. Iza pula cuma budak kampung. Ayah dia kerja menoreh getah. Makin tak setaraf la jadinya. Dasar otak tak berkembang. Mak aku pun Negeri sembilan tapi sangat baik orgnya mcm tu juga Iza. Sambil aku taip cerita ni mata aku panas tahan nangis.
Aku tak boleh bayang betapa hinanya Iza rasa masa diorg cakap mcm ni depan2 dia. Ya, aku ada masa itu. Aku teman Iza pergi rumah mak bapak Farid, diorg jemput mkn2 nak kenal bakal menantu. Tapi tak sangka itu yang jd. Dpn kami Farid pertahankan Iza dan ianya bertukar jadi pertelingkahan dengan makbapak diorg sampai terhambur semua kata2 hinaan dekat atas itu. Kau tak boleh ke nak cakap blkg2 kalau ya nak kutuk pun.
Korang agak2 cerita ini tamat mcm itu je? Tak. Bayangkan, Iza tak pernah bercinta dengan sesiapa, inilah cinta pertama dia. Farid pun sama. Sama2 baru kenal cinta, baru jatuh cinta. Aku nampak kesungguhan diorang selama ini utk ke arah perkahwinan itu. Farid beli kereta, kumpul duit nak kahwin. Iza pun banyak belajar masak, perbaiki diri. Aku jadi saksi pada kisah diorg. Tapi sayang, hanya kerana Iza perempuan negeri, tak kaya, diorang tolak hasrat anak diorg nak beristerikan Iza. Dan bila makayah Iza dpt tahu, diorg lagilah marah, diorg pun tak bg Iza kahwin dengan Farid. Diorg kata, maruah mereka kena pijak, takkan dibagi rumah diorg Farid sekeluarga jejak.
Sejak itu aku nampak Iza jd lebih pendiam dari dulu. Byk termenung. Muram dan sugul. Selalu dia solat malam. Kadang2 aku terjaga terserempak dengan dia amik wuduk dekat bilik air. Tapi tetap wajahnya tak pernah ceria. Muka makin cengkung. Berbulan Iza mcm itu. Bila aku tanya, dia cuma senyum kata tak apa-apa.
Satu hari tuhan gerakkan hati aku nak singgah taman lps balik kerja dan aku terserempak dengan Farid dekat taman. Duduk sorg2 pandang tasik. Nampak sedikit tak terurus. Aku tegur dia. Aku borak dengan dia. Dkt tgn dia pegang gmbr Iza. Macam drama kan? Tak, ini cerita benar. Aku jd saksi 2 org insan yang merana kerana cinta. Kerana darjat. Farid bgtau dia nk jumpa Iza tp dia tak berani nak pandang muka Iza. Malu dan maknya pun dh bg amaran kalau dia jumpa Iza maka jatuh anak derhaka. Senang2 derhakakan anak haihh…
Farid bagi aku surat. Surat utk Iza. Ms dia bg ke aku, itulah kali pertama aku tengok seorg lelaki menangis. Kerana perempuan yang dia cinta. Selama ini aku cuma nampak dalam tv bila rosyam nor nangis kena tinggal makwe. Aku suruh Farid call Iza, pun dia tak sanggup. Aku pun berilah surat itu pd Iza. Aku pernah baca surat itu. Tak begitu pnjg. Aku tak sanggup nak kongsi dekat sini. Terlalu menyedihkan. Dan lepas itu aku dgr Farid dh pindah keje ke negeri asal dia mnkala Iza pula berhenti kerja sbb dia selalu sakit tak dpt bg komitmen pd kerja. Aku teruskan hidup mcm biasa utk bbrp bulan dekat KL sampailah satu hari aku dpt call kakak Iza bagitau yang Iza sakit.
Aku minta mc, aku pergi rumah Iza. Aku menangis sebaik sahaja aku masuk bilik dia. Dia baring dekat katil. Wajahnya makin cengkung. Dia senyum ms nmpk aku dengan susah payah. Bibir pucat. Sedih. Sedih sgt. Dia cuma kata bacakan yasin utk dia. Aku tnya mak ayah dia, doktor pun tak tau apa sakit dia. Sbb dia penat, stress ke apa tah aku pun tak begitu ingat apa yang makayah beritahu. Bawa berubat tradisional pun tak ada kesan.
Mungkin macam watak Zainuddin itu, yang sakit bkn tubuh dia tapi jiwa dia. Sebelum aku balik, aku borak dengan Iza, cerita dekat dia mcm2 psl life aku, cerita kelakar, cerita zaman U. Aku kata bosan dia tak ada dekat KL. Iza cuma dengar cuma senyum je. Sampailah ms akhir aku nak balik, dia ckp sesuatu dan aku masih ingat lagi smpai skrg kata2 dia. Ema, aku doa semoga kau bahagia. Jangan merana kerana cinta. Tuhan ada.
Tak sampai seminggu aku balik ke KL, Iza, kwn baik aku, yang sama2 janji akan jadi pengapit masing2 bila kahwin nanti pergi menghadap ilahi. Ramadan ke 10. Pukul 4 pagi sekitar macam itu aku tak berapa ingat sangat. Waktu itu, Farid datang. Ya, aku tak sangka sangat. Lepas org dah beransur balik, dia dtg dekat aku. Farid pun aku nmpk cengkung dari dulu. Aku bawa dia pergi pusara Iza. Lepas itu, aku tunggu dekat kereta pndg dia dari jauh. Aku tak sanggup nak tengok nak dengar apa yang dia nangis merintih dekat situ.
Tahun demi tahun berlalu. Aku tak pernah jumpa Farid lg slps hr itu. Sampailah suatu hari masa reunion kuliah kami hari raya, aku dpt berita Farid pun dah meninggal, kemalangan masa dalam perjalanan nak pergi umrah. Lama juga beberapa tahun selepas Iza meninggal, Farid pun dijemput ilahi. Dia tak pernah berkahwin selama itu.
Kisah ini dah lama berlaku. Setiap kali nak datang Ramadan, aku mesti terkenang. Teringat pada kisah yang bagi orang lain cuma ada di dalam cerekarama, drama dan filem. Tapi bagi orang yang pernah menyaksikan kisah seperti itu, Tuhan saja tahu apa yang aku rasakan.
Al-fatihah (Iza, 1978-2004)
Sentiasa dalam doa, dalam kenangan.
Kawan kau dunia akhirat,
– Ema
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit