Casual Racism

Salam semua, sekadar hendak berkongsi sedikit.

Sebenarnya banyak dari yang secara tak sedar guna satu perkataan yang boleh buat bangsa atau kaum lain rasa terhina atau racist nama popular dia.

Bagi aku kita orang Melayu secara majority terlalu banyak sangat membiasakan “casual racism”

Contohnya kita nampak orang berkulit gelap secara sambil kita guna perkataan yang seperti negro, atau pun bila berbual hal kemaluan lelaki kita secara melulu guna stereotype “besar macam Negro”

Bagi kita iyalah tak ada apa setakat perkataan bukan nak menghina. Tapi bagi mereka ni perkataan tersebut sebenarnya adalah satu perbuatan perkauman yang tak di terima.

Kita ambil contoh lain, selalu kalau orang indonesia kita panggil Indon.

Mungkin ada yang cakap ramai je yang orang indonesia yang kerja dekat Malaysia tak ada masalah bila di panggil indon. Sebenarnya tidak, ramai sahaja marah tapi sebenarnya telan.

Dekat internet pun ramai orang Melayu kita tulis dengan ejaan indon, mereka suruh gantikan dengan indo. Sebab perkataan tersebut ada kisah dia tersendiri.

Dekat Malaysia ramai perkataan contohnya, jakun, sakai, batak dan lain-lain. Perkataan ni sebenarnya sudah elok kita jangan gunakan.

Masih ramai yang cakap “eh bukan nak menghina tapi kami cuma nak luah perasaan tu” itu silapnya. Kita guna perkataan tu nak nyatakan yang kita terlalu excited atau terlebih teruja.

Tapi bagi kaum jakun, sakai, batak benda itu tidak sama sekali.

Perkataan itu sebenarnya menggambarkan orang asli yang pertama kali keluar dari perkampungan mereka dan teruja. Kiranya orang kampung pergi ke bandar, sebab itu kita banyak guna benda tu.

Sebab itu kita guna perkataan tu untuk teruja yang negative. “Sakai lah kau ni”, “weh jakun gila kau ni”, “batak betul kau ni” kita selalu guna nama kaum mereka ini untuk situasi teruja yang intonasi yang negatif.

Sebenarnya ramai keturunan dari kaum tersebut banyak kali buat campaign elakkan guna perkataan tersebut, sejak awal tahun 2005 lagi.

Perkataan lain keling, kalau boleh kita elakkan. Jangan guna perkataan ini, walaupun dalam sejarah ada kalinga apa semua benda ni tetap tak sedap di dengar oleh kaum india.

Kita kena ingat bagi kita memanglah tak ada apa sebab kita bukan kaum yang sama dari mereka, tapi bagi kaum lain benda itu adalah salah perkataan yang tidak boleh di terima.

Mak/ayah ahli keluarga kalau boleh kita elakkan “casual racism” jangan biarkan anak kita terbiasa, sampai mereka anggap benda tu tak salah.

Nanti mungkin ada yang komen “ini mesti geng² terpaling woke apa semua” bukan.

Isu perkauman ni kita dari bangku sekolah, pihak sekolah, mak ayah atau ahli keluarga lain jarang sekali tegur benda ni.

Sedangkan guru dekat sekolah pun dengan sambil lewa guna, kena ingat kita hidup bukan setakat Melayu sahaja, tapi India, Cina dan banyak lagi golongan minority.

Jadi kalau boleh kita elakkan hal perkauman ni. Benda yang selalu aku nampak dekat sosial media, bila nampak kaum selain Melayu buat hal kita selalu guna,

“Aku bukan nak cakap apa tapi kaum sekian sekian memang sekian sekian” jangan. Kalau boleh kita nak kutuk orang jangan label bangsa dia.

Kalau bangsa lain nampak kaum kita buat salah dekat internet dan diorang mula serang cakap,

“Ini lah bangsa M, tak guna” mesti kita marah dan cuba justified cakap “ini bukan salah bangsa” sebab kita pun rasa tak selesa betul?

Jadi mari sama-sama kita cuba jadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

– Adam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *