Sebelum saya mulakan, saya nak beritahu artikel ni adalah mengenai kucing, jadi pada yang tidak meminati kucing anda bole skip atau… anda bacalah untuk pengetahuan anda.
Sejak tahun 2019 bila dah ada rumah sendiri, saya bela kucing 2 ekor & ada juga yang saya bawa balik kucing jalanan samada saya jumpa di sekitar apartmen saya, kedai atau di jalan yang agak bahaya.
Bukan semua saya bawa balik kerana ada yang saya tak mampu nak jaga. Seperti, kucing yang penuh kurap, kucing yang sangat garang & situasi2 yang menyebabkan saya tak boleh bawa balik.
Ya saya pun ada kemampuan yang terhad kerana saya bekerja sepenuh masa di syarikat swasta & saya tinggal seorang.
Pernah kucing saya kene serang dengan kucing yang saya bawa balik & terpaksa kurung sampaila ada adopter sudi nak jaga dia.
Jika situasi macam ni. Saya hanya mampu bagi makanan. Adakalanya saya akan minta kawan yang boleh selamatkan untuk selamatkan kucing2 ni itupun jika dia mampu.
Baiklah. Bagi situasi di mana saya selamatkan atau jaga kucing atau anak-anak kucing yang terbiar diluar sana, saya akan hantar dlu ke klinik untuk dibuat pemeriksaan & diberikan suntikan atau ubat jika perlu.
Lepas kucing atau anak kucing ni da OK & sihat, saya akan open for adoption. Awal2 dulu saya tak kenakan apa2 caj, bagi free je walaupun kos perubatan & makanan ditanggung oleh saya.
Tetapi disebabkan seorang adopter yang saya gelarkan adopter dari neraka ni, saya da kurang selamatkan kucing2 jalanan KECUALI jika perlu & berkemampuan ketika itu.
Kisahnya, ada kawan saya bagi anak kucing yang berteduh di rumah dia. Dia tak bela kucing & memang seorang yang agak sibuk jadi dia minta tolong saya. Saya pun terima je la.
Selepas saya jaga anak kucing yang saya panggil Mimi, cukup vaksin sekali & dia pun da sihat & aktif. Saya open for adoption.
Ada seorang lelaki yang berminat dengan Mimi & katanya nak ambil malam tu juga.
Saya interview beliau dulu, antara soalan saya, pernah bela kucing & jika ada kucing lain kat rumah, tempat tinggal kat mana & boleh tak dia mandulkan jika Mimi da capai umur matang atau “on heat” nanti.
Jawapan dia, dia tinggal di Klang, pernah bela masa dia kecil dulu. Sekarang dia ada rumah sendiri dia nak bela sekor. Berkenaan soal pemandulan, dia pada mulanya kata OK tapi lepas tu dia cakap, kesianya nak mandulkan.
Saya bagitau dia jika tak nak mandul ada beberapa perkara la dia kene handle nanti, kebisingan dia bila nak mengawan, memancut & possibility tak balik rumah sebab nk cari jantan serta anak2 kucing yang akan dilahirkan nanti.
Dia cuma reply OK. Dan saya take it as dia da aware & akan bertanggungjawab.
Selepas sesi serahan, dalam seminggu macam tu saya follow up tanya keadaan Mimi. Dia bagi gambar Mimi tengah baring & cakap Mimi ok.
So far saya OK lagi. Disebabkn dia tak save no. saya jadi saya tak tahu keadaan Mimi melalui WhatsApp story.
Seperti adopter lain, saya boleh lihat keadaan kucing-kucing yang saya serahkan pada mereka. Macam dia ni, selepas saya wassap dia seminggu, saya akan WhatsApp pula bulan depan.
Sebulan kemudian, saya WhatsApp dia tapi WhatsApp tu satu tick je. Adakah dia block saya? Saya pernah cuba call dia tapi tak angkat. Ok fine maybe dia busy. Sebab tak nak fikir bukan2, saya doa je la supaya Mimi baik2 aje.
Allah nak tunjuk agaknya, rasanya selepas beberapa bulan, suatu hari masa saya melayari FB group ternampaklah satu posting ni minta rescue kucing yang dijumpai di kedai makan area selayang katanya dia nmpak ada orang buang kat pasar.
Saya tengok kucing tu macam Mimi. Ya Mimi ni ada satu tompok bulat kat bawah leher dia. Saya terus WhatsApp no. yang tertera & pick up Mimi dekat lokasi tadi.
Bila saya sampai, Mimi nampak lemah, sedih & murung. Mula2 saya panggil dia tak layan.
Tapi bila saya bagi dia hidu tangan saya suddenly dia happy seolah2 dia lega bila jumpa saya & bila saya panggil dia Mimi lagi sekali terus dia sahut dengan meow macam masa saya jaga dia. Allah, memang sedih dia diperlakukan begini.
Keadaan dia memang kusut, ada kutu banyak pula tu, kurus sangat. Berbeza dari masa saya serahkan pada adopter ni. Nampak macam tak terurus.
Kalau la, adopter jaga betul2 seperti bagi makan secukupnya, grooming & ubat kutu, tak dela sampai macam ni.
Sebab saya da pernah selamatkan beberapa kucing2 jalanan, ada yang elok, takda kutu walaupun dibuang oleh manusia.
Saya bawa dia ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan. Dr. cakap dia ada parvo. Allah.
Ini adalah nightmare bagi saya. tak pala, saya bawa balik & jagalah dia. Saya da niat kalau dia sembuh pun lepas ni saya tak nak da bagi kat orang lain. Rasa bersalah sebab bagi pada orang yang tak bertanggungjawab.
Tapi Allah lebih sayangkan dia. Lepas 2 minggu bertarung dengan parvo, Mimi mati. Sedih. Tapi sekurang-kurangnya Mimi pergi dalam keadaan tak sunyi sekor dia je. At least ada bersama saya.
Semenjak tu saya da kurang ambil kucing2 kat luar walaupun hati meronta2 tapi masa tu tak bole lupa apa jadi kat Mimi saya takut atas kecuaian saya mereka mengalami nasib seperti Mimi.
Lagipun saya sendiri hanya boleh jaga 3 ekor je kat rumah & tak mampu nak jaga lebih2 sebab faktor bekerja.
Mana-mana kucing2 yang saya selamatkan, bila open for adoption saya akan caj fee. Ni pun saya belajar dari cat rescuer yang lebih senior.
Kalau adopter tak nak bayar atau pertikaikan fee tu macam mana dia nak spend untuk kucing. So dari situ da nampak adopter mampu atau tak.
So far belum ada lagi adopter2 yang pertikai caj tu, semua setuju je sebab fee yang saya kenakan pun tak mahal, bawah RM100 je.
Saya pun tak nak la letak mahal2, cukup untuk membuktikan adopter tu akan bertanggungjawab melalui fee yang dia bayar.
So saya pun tak dela nak rasa tak sedap hati ke risau ke apa lepas ni. Fee yang saya dapat tu pun saya hanya spend untuk beli barangan & makanan kucing2. Saya tak guna pun untuk diri saya.
Niat saya share ni cuma nak share pengalaman, luahan & pesanan. Pesanan pada mereka yang baru mula nak bela atau beginner la katakan.
Tolong fikir & buat kajian dulu sebelum bela kucing contoh cara penjagaan kucing, makanan diet, bajet kewangan & sebagainya. Jangan rasa nak bela kucing sebab comel la, ikut trend la..
Ingat, kucing ke apa2 haiwan peliharaan ke mereka pun ada perasaan juga. Sila jaga baik2 & jadi la owner yang bertanggungjawab.
Tanggunjawap disini juga janganla sampai biarkan kucing2 anda merayap pergi rumah orang sampai ada kes berak kencing kat rumah jiran.
Jadi sangatla digalakkan memandulkan kucing tu untuk mengelak unwanted kitten lepas tu kes buang ibu & anak kucing.
Owh ya, even mufti2 pun dah cakap dibolehkan mandul untuk menjaga kebajikan haiwan. Tak percaya Google je.
Sekian dari saya, seorang cat lover..
– Miss S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit