Assalamualaikum warga IIUM Confession. Terlebih dahulu anda boleh la baca artikel saya sebelum ni mengenai cat adopter dari neraka, https://iiumc.com/cat-lover-
Artikel kali ni saya nak share pengalaman saya menjadi volunteers for cat rescuer. Saya mula jadi volunteer untuk hantar kucing2 yang ditangkap samada oleh pihak berkuasa di KL & Selangor ke cat shelter tahun 2017.
Misi ni leaded by one of my friend yang mana dia ni selalu selamatkan kucing2 & anjing2 jalanan atau yang ditangkap oleh pihak berkuasa.
Beberapa orang volunteer akan dipanggil untuk bawa kucing2 yang ditangkap ke shelter2 ni. Nama shelter & lokasi memang dirahsiakan untuk kebaikan bersama.
Sendiri boleh fikir la kan kalau bagitahu shelter name, apa akibatnya nanti. Sebab pernah terjadi, maklumat bocor, ramai pula yang buang kucing2 & anjing2 kat shelter2 ni.
1st time menjejak kaki ke tempat2 yang ada banyak anjing & kucing2 yang ditangkap, rasa sayu sebab mereka dikurung beramai2. Dalam sangkar yang agak kecil pula tu. Umpama macam melawat penjara walaupun saya tak pernah pergi penjara.
Keadaan agak bising sebab kucing2 ni meronta2 nak keluar. Macam2 keadaan kucing masa tu, menyedihkan semuanya.
Begitu juga keadaan anjing2 yang ditangkap. Rasa lagi kesian sebab bila lihat muka & mata-mata anjing ni terpancar perasaan diorang sedih, pasrah & ada yang takut sangat.
First time join, memang rasa tak kuat jiwa ingatkan da tak join next mission. Tapi ntah la masa tu Allah bagi saya kesempatan untuk join misi-misi ni beberapa kali juga la. Sampai satu tahap, bila datang sana hati jiwa perasaan ni da jadi ampuh dengan suasana kat situ.
Mana taknya, setiap kali datang, ada je beberapa situasi seperti; kucing yang da mati sebelum kami sempat bawa, ibu kucing yang keguguran sampai terkeluar fetus, ada kucing2 yang mati berpelukan ketika dalam perjalanan ke shelter & macam2 lagi la.
Ada juga, da sampai shelter pun, kucing2 ni tak nak makan minum, duduk diam2 je senyap sampaila dia mati.
Ada juga yang mati bukan sebab sakit walaupun Dr. da check xda sakit apa2, probably sedih atau stress. Sedih2 tapi tak boleh nak buat apa sebab bende2 macam ni yang diluar kawalan kita.
Pernah, masa kami tengah nak pindahkan kucing ke dalam sangkar, ada seorang budak perempuan ni tengah cari2 kucing dia, muka dia memang nampak takut, risau & nerves.
Nasib baik kucing dia ada kat situ. Dia cakap kucing dia bukan jenis outdoor memang indoor tapi terlepas, bila cari da beberapa hari tak jumpa, dia cuba cari kat tempat ni. Apa2 pun bersyukur sebab kucing dia sempat jumpa tuan dia.
Di tempat haiwaan2 yang ditangkap ni, ada makanan dan minuman disediakan disitu sementara kucing2 & anjing2 ni berada di sana. Owh ya, kami juga kene bayar fee untuk keluarkan haiwan2 ni. Fee2 adalah hasil sumbangan orang ramai.
Ya, ada je kucing2 & anjing2 berbaka pun kene tangkap. Teringat saya pernah nampak sekor anjing ni besar tak silap mcm baka pitbull jenis besar, ada tag mahal pula tu nampak macam mahal juga. Suspect ada orang complain atau dia pun tertangkap sekali semasa operasi.
Walaupun nampak garang tapi baik, bila lalu depan sangkar dia akan bangun & duduk seolah2 tunggu orang nak bawa dia keluar. Bila fikir balik, salah tuan dia la tak jaga betul2, anjing tu bukan boleh fikir macam manusia.
Tapi apakan daya, misi saya hanya selamatkan kucing. Untuk anjing2, shelter2 yang saya volunteer memang xde tempt kosong untuk anjing sebab anjing2 pun da banyak kat shelter2 ni.
Saya da stop join misi2 ni pada tahun 2019 sebab satu, masa tu sibuk dengan study saya (saya sambung belajar secara part time), dua sibuk dengan urusan kerja & pindah rumah baru.
Tiga, da start bela anak kucing masa tu 2 ekor. 2 ekor ni sampailah sekarang dengan saya, plus seekor lagi anak kucing yang saya baru adopt tahun ni.
Baru-baru ni saya diberi peluang untuk menjaga baby kitten berusia lingkungan 3 minggu yang direject oleh ibunya. So serba sedikit saya dapat belajar & pengalaman untuk handle baby kitten kerana baby kitten ni agak sensitif & perlu penjagaan lebih.
Alhamdulillah pengalaman sebagai volunteer ni sedikit sebanyak membantu saya dalam menyelamatkan kucing2 jalanan sebelum ni.
Cumanya, kalau la saya ada tanah, rumah yang besar & assistant, boleh la saya tempatkan mereka ni kan & rawat mereka sehingga jadi lebih baik.
Di artikel lepas, selepas peristiwa yang jadi kat Mimi tu, saya terpaksa berhati2 kerana disebabkan kecuaian saya Mimi dibela oleh adopter dari neraka tu.
Rasa bersalah dan saya rasa tu lagi perit sebab saya yang jaga & rawat Mimi walaupun habis beratus kat dia, tapi adopter macam tu pula yang tak jaga betul2.
Saya salute mereka2 yang rescue, bela & rawat kucing & anjing jalanan sehinggakan ada yang bela sampai berpuluh2 ekor kat rumah. Even saya sendiri pun belum mampu sampai ke tahap tu.
Lagi sekali saya nak pesan yang bela kucing tolongla mandulkan kucing atau anjing anda. Jadilah owner yang bertanggungjawap jaga kucing atau anjing anda kalau outdoor sekalipun janganlah sampai menyusahkan jiran-jiran.
Jangan pula ambil jalan mudah, buang dekat kedai2 makan la pasar la, rumah orang la, bukan semua orang suka kucing & anjing.
Bagi saya, pihak berkuasa pun tak boleh disalahkan juga, mereka hanya jalankan tugas mereka je, yakni bila ada aduan dari penduduk2 setempat, mereka akan tangkap kucing2 dan anjing2 yang ada kat situ walaupun ada antara haiwan2 ni yg bertuan.
Kita kene faham bukan semua orang suka & boleh bertolenrasi dengan binatang. Ada yang takut & fobia dengan haiwan2 ni.
Saya tak salahkan juga kalau tak mandulkan sekali pun tapi, bertangungjawapla untuk jaga kebajikan anak-anak kucing & anak-anak anjing ni. Janganlah dibuang mereka. Lagi kejam buang tanpa ibu mereka.
Actually isu-isu ini memang takkan ada kesudahan tetapi apa yang boleh kita buat adalah kesedaran & usaha dari kita sendiri.
Ingat la, haiwan peliharaan ni bukan hobi tapi adalah komitmen. Maaflah tapi bagi saya, saya tak berapa setuju statement bela haiwan ni adalah hobi. Maksudnya bila da tak minat, hobi ni boleh dibuang begitu sahaja, begitu juga dengan haiwan kan.
Sekian perkongsian artikel yang sangat panjang. Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya.
– Miss S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit